Sunday, 11 January 2015

mamee chef laksa kari

Assalamualaikum
aku jenis selalu lapar tengahmalam. kalau takdapat tido memang aku mencari makanan sambil cari benda untuk dibuat. hahaha. dan beberapa hari dan minggu yang lalu, adik aku ada datang kat rumah, datang cuti akhir tahun kot, sukati aku je. hahaha. bapak aku jenis suka beli stok makanan segera untuk dimakan ketika tiba2 lapar. cewah. hahaha. bapak aku beli mee laksa leefah. sedap gak. pastu si adik aku yang baru balik tu cadangkan beli mamee chef pulak. harga lebih kurang sama je la. 

so untuk permulaan bapak aku beli la mamee chef laksa kari dan mamee chef ayam pedas shitake. aku memula rasa mamee chef ayam pedas shitake. sedap jugak. rasa macam sebungkus takcukup. muahahaha. tapi stok dah habis lak adik2 aku kerjakan. memang sedap. 

dan malam bila entah, tengah malam aku rasa agak lapar la. so stok mamee chef laksa kari masih ada. aku sebenarnya tak berapa sangat dengan benda pedas nie. aku tanya la adik2 aku kalau mee tu sedap ke tidak. dorang kata sedap. so i give my try la konon. 
cilok dari google. nie rupa plastik dia. muauaahhaha. :D


tadaaa! serius sedap la. macam makan mee laksa betul. cuma mee segera je. sebab taknak pedas sangat. aku buang cili dalam tu. kira asing2kan la. sebab aku selalu tergigit cili. pedasnya weh, kalau tambah tauhu goreng, ayam cincang mesti sedap gilosss. memang tak cukup la sebungkus. wohahaha. 

sedap. sambil telan air liur tengok gambar nie. hahaha.

p/s : nak makan makanan segera biar ada had tau. pentingkan kesihatan. boleh makan. tapi jangan selalu, okeyhh?? :)
sekian, ilal liqa'


11 comments:

  1. sama lah dengan saya. kala tak dapat tido malam msti nak ada benda makan. hahah

    ReplyDelete
  2. akak pun suka kari mamee chef ni. rasa mcm mee bandung. sodapppp

    ReplyDelete
  3. kita pun suka makan mamee chef. tapi yang ayam pedas ngan cendawan punya. ayoyoyo. sodap ehh

    ReplyDelete
  4. nmpak lazat..dah lama tak makan cap mamee

    ReplyDelete
  5. Bestnya lahai kan kalau hidup boleh makan mi segera tiap-tiap hari tanpa fikirkan keburukan dia. ehekehekehek XD

    ReplyDelete
  6. Tak pernah try yang ni lagi.

    ReplyDelete
  7. akak kurang sikit ngan makanan segera macam ni terutama yang brand Maggi. sebab sejak kecik parents tak ajar makan mee segera.. kalau terliur pun akak beli Mamee atau Ruski Tomyam x) hehe

    ReplyDelete
  8. Sejak dh tkleh makan maggi saya slalu beli mamee. Tpi suka perisa ayam pedas cendawan tu hehe

    ReplyDelete
  9. sedapppp! lagi sedap dari kedai2 jual mee kari hahaha

    sincerely,
    Najlaa 'Aqilah

    ReplyDelete
  10. Ya Allah. Skrg ni dah nak pukul 2 pagi. haha terliuh nyee nengokkk. lapaq lapaq

    mane nak cari megi memalam bute ni.

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!