Thursday, 28 August 2014

7 things about BudakVanilla

Assalamualaikum
thanks to dayah sebab sudi tag BV ya. thanksss sangat. dahlah sekarang nie jarang dah blogwalking. dahlah mood tengah sedih. buahahah. sedih la sangat kan. jadi kita ceriakan diri dengan menceritakan tentang diri. well said. hahaha. happy tau ada orang sudi tag kita. makasih sangat ya. hehehe. jadi jom la kita memerah otak menceritakan tentang diri sendiri ya. BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

sebelum tu, baca dulu instruction dia.

  1. Thank the nice fella who gave you this award ;)
  2. Include a link to their blog (DAYAH yang baik hati)
  3. Select 15 blogs/bloggers you've recently discovered/followed regularly. 
  4. Nominate these 15 to the Versatile Blogger Award
  5. Tell the person who nominated you with 7 things about yourself


lets start. 7 THINGS ABOUT BUDAKVANILLA YANG COMEL LOTTE (perasan tahap cipan)

1. sensitif
actually, to be honest la, aku seorang yang sensitif. bukan sensitip marah2 bila takpuas hati. tapi sensitif tahap menangis bila sakit hati, kecik hati dan marah. aku takkan cuba nak marah. koz itu makin buat aku sakit hati. so, menangis la sebagai cara untuk release perasaan itu. perggghhh, macam serius pulak kan. heehehe. aku taksuka orang kasar2 dengan aku. even kalau orang tinggikan suara sikit pun hati aku dah kecik. sensitip la camtu kan. hehehehe.]

2. open minded
aku jenis yang open minded, how?? aku boleh terima apa2 topik yang kau nak ceritakan kat aku. koz i really an open minded person. if u ask for my opinion, whether aku jawab ENTAH atau aku jawab dengan sebetulnya. hehe. bergantung kepada benda yang kau ceritakan. even kau nak cerita tentang makhluk asing pun aku boleh terima. being open minded boleh buat otak aku berfikir lebih sikit. makin tua makin pelupa la aku nie. hahahaha.

3. demure
atau pendiam. aku seriusly pendiam. kalau jumpa kawan2, takla pendiam sangat kan. hehehe. aku lebih suka mendengar dari bercakap. agaknya kalau aku tiba2 menjerit dalam kelas mesti semua orang terkejut kan. aku kan pendiam orangnya. bak kata coursemate aku. hehehe.

4. easy to trust
 senang percayakan orang. kalau orang buat cerita tipu pun kekadang aku dengan mudahnya percaya. susahnya. hahahaa. kekadang lawak pulak bila macam tu. macam aku ni naif sangat. padahal aku nie keras kepala, degil, kepala batu bata.

5. blur
aku manusia blur tahap tenuk. dahlah sound trouble blur je lagi. cian kan aku. kalau kau cerita sesuatu yang aku taktau hujung ke pangkal, memang otak aku akan ????????? ?????. pastu buat muka blur sambil kerut2 kening. tipu la kalau kau tak pernah kan? hahahahaa

6. suka seni
aku sukakan benda yang berunsur seni macam melukis, designing, ayat2 puisi. buahahha. macam tak percaya je. mohon jangan percaya.

7. tak suka menunggu
aku paling tak suka menunggu. tapi entah la aku boleh sabar bila menunggu. kira pujuk diri sendiri la. aku dikira menepati masa jugak. aku tak suka melambat2 masa. tak suka lambat. kekadang kelas pukul 7.30. aku dah sampai depan kelas pukul 7.10. kira setengah jam awal turun dari hostel. hahahaha. aku lebih suka aku yang tunggu lecturer dari lecturer tunggu aku. tapi bila menunggu lecturer untuk ambik ilmu, takpe la. aku suka sebab aku memang sengaja datang awal kan.


macam banyak pulak aku nak cerita nie tapi sampai sini saja je la dulu. hehehehe

jadi aku nak tag blogger ohsem2 yang sudi jenguk blog picisan aku nie. hehehehe jeng jeng jeng.

http://qasehqudwah.blogspot.com/
http://namasayafil.blogspot.com/
http://sayanadiathulkamaliah.blogspot.com/
http://nurainahanis.blogspot.com/
http://nothingmuchbutyeah.blogspot.com/
http://loveneddy.blogspot.com/
http://stupidity-zone.blogspot.com/
http://farahanaramlan.blogspot.com/
http://budakpeliksstory.blogspot.com/
http://notesfromwawa.blogspot.com/
http://www.schanazri.com/
http://zafarah.blogspot.com/
http://aeinafq.blogspot.com/
http://qileh.blogspot.com/
http://haruno-hana.blogspot.com/

ilal liqa.





Monday, 25 August 2014

kek cheese lelehan meleleh

Assalamualaikum
tengok tajuk macam nak bagi tengok kek cheese je kan. hahaha. semestinya tidak. tajuk je gempak bagai nak rak. dulu pernah alam blogger dikecohkan dengan kek cheese paling pailang abad ini. sekali makan pasti nak lagi kan. hehehe.

masa kelas tadi, kawan aku sorang nie sibuk tunjukkan kek cheese yang dia buat. bestnyaaaa. aku dari dulu nak buat. tapi bahan dia mahal. cheese tu aishhhh. mahal beb. mana nak cekau duit nie. hahahah. okay, sabar sabar. so aku mintak aaa resipi, ada aku mintak eh? ke dia yang bagi? hahaha. (mental).


nie haaa. gua screenshot kasi baek punya. hehe. terbaek la. kalau ada bajet dan masa aku buat ya. tengok la apa jadi nanti. heheehehe.

dan part paling best dan terharu tahap infiniti adalah,
kawan aku yang buat tu tadi, dia balik rumah dan bawak kek cheese bagi kami merasa sikit. taknak kempunan la katakan. dalam kelas tadi dok sibuk sembang pasal resipi dia sampai menelan air liur. so, dia dengan baekhatinya datang ke bilik kami ketika aku sedang tido, siap bangunkan aku lagi suruh merasa kek cheese. hahahaa. aku apa lagi, rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari. hahahaa. alhamdulillah, merasa jugak kek cheese tu. sedap.

sekian saja. ㄟ(≧◇≦)ㄏ
ilal liqa.

Saturday, 23 August 2014

im okay

Assalamualaikum.
how are uolss? jarang sangat dah blogging sekarang. macam jarang sangat dah. hehe. maaf kalau rindu. ada ke orang yang rindu kita nie? opcoz la takda kan. hahaha. macam makin kesian ke blog nie di anak tirikan.


belanja gambar kucing kita satu. yang comel gemuk gedebab nie smoky. pernah dulu aku letak gambar dia masih kecik kat blog. entah la bila. kan aku nie pelupa orangnya. hahaha. tiap kali tengok gambar nie, rindu nak cubit2 dia. comel n gemuk sangat. hahahaha. geram bak hang.

plus, sekarang kat politeknik mukah kira masih ada pesta konvo. hmm. habis duit. hahaha. belanja kat gerai2.

malas la nak cerita panjang2. hahaha. bukannya ada orang baca pun kan.

ilal liqa:

Sunday, 17 August 2014

lama krik krik

Assalamualaikum
macam lama dah aku tak buat entry berfaedah kat blog nie. tak habis2 cerita pasal aku sendiri je kan. well, that my blog. tempat aku meluahkan perasaan. like always, aku malu untuk meluah. taktau la kenapa.

lama dah aku tak blogwalking, buat entry nie pun guna phone je. thanks to bloggeroid app. senang je nak update dalam phone. walaupun space nampak kecik je.

apa khabar rakan blogger sekalian? macam betahun dah aku tak join giveaway n contest. rindu pulak masa tengah rajin join contest dulu2. hehe

so sesapa ada buat contest ke apa. meh la jemput. hehe.


lama dah tak mendoodle. haha. miss that moment. :)

sekian.
ilal liqa.

Tuesday, 5 August 2014

back to normal

Assalamuaalaikum
pe khabar? aku so far so good la. and i always good. bwahaha. puji diri sendiri. at all time, aku a lil bit confuse sehh. confuse about what? well, about everything i guess. so let stop guessing. aku dah kembali ke alam belajar. and like always aku pening and pening. kerja sentiasa disiapkan last minit. i hate it. i donno why i love to procrastinate (aku taktau la ejaan betol ke tak, coz aku taip dalam semakpong yang tidak menggariskan ayat dengan line merah jika perkataan inggerisnya salah).

selain menangguhkan kerja. masa aku juga dihabiskan dengan baca buku novel.

opcoz bukan lagi novel jiwang. bwahaha. tukar angin kata orang.



buku yang aku baca sekarang. kapal angkasa yang terhempas di subang jaya.

aku taktau la nie cerita alien ke apa. janji layan k. hahaaha.

banyak kali aku janji nak buat review novel. tapi aku takbuat kat blog. slalu kat insta dan wechat.

sekian saja.
meh boikot mcd.
#supportgaza

ilal liqa'

Sunday, 3 August 2014

laptop aku retak seribu

Assalamualaikum
dukacita dimaklumkan beberapa hari yang lalu, laptop acer yang telah hidup bersama aku selama empat tahun telah retak seribu skrinnya dikerjakan adik2 aku yang gangster. gangster sampai pecah laptop aku. menangis tak berlagu la gamaknya. ye dok??

meh aku santapkan mata korang dengan keretakan skrin laptop.





laptop boleh hidup lagi, cuma skrin dia. aduhaiii. dahlah semua assignment aku melibatkan software dlm laptop tu.







salam takziah kepada diri ini. moga ada hikmah disebalik semuanya. inshaallah. dan buat sementara, aku terpaksa guna notebook yang aku gelar 'damn laptop' gara2 rosak dan menyebalkan hati. rasa nak hempas notebook nie. tapi apakan daya. acer aku tu masih dalam pemulihan. keciang.

thanks to . . . .kerana menyabarkan diri ini agar tidak meletopp ketika berhadapan muka eeeiiinonnncennnttt adik2.

sekian.
ilal liqa.