Wednesday, 30 April 2014

Chickilicious Sibu (outing with gugurlss)

Assalamualaikum
waaa~ lamanya rasa aku dah tak update blog kan. haha. nak update line wifi takdak. nie pun guna mobile internet jadi hotsepot. nasib kau la badan.

hari tu aku, adik dan sepupu pergi jenjalan. motif sebenar nak buat kad bank adik aku. tapi apalah nasib kad bank pulak habis stok hari tu. hahaha~ tak sangka pulak aku. sebab kami pergi tengahari dan belum makan lagi. kami sepakat nak makan.

bincang punya bincang. aku bagi idea nak makan kat tempat yang kira baru bukak dalam tahun nie tu. sebab aku dah usha page kat facebook. aku dah tanya halal ke tidokk? halal katanya. serve no alcohol n no pork. pekerja pun ada yang islam. dan ayam disembelih secara halal.

Chickilicious HERE WE GO!!!

dah lah masuk dari pintu belakang. haha. dah tu tengok tanda FREE WIFI. sakaian melanda okay. hehehe. tapi dah masuk ada password pulak. malas nak mintak punya pasal aku rela tak online. hehehe.

then, kes order makanan dan minuman. punyalah blur sebab first time makan kat situ kan. nasib baek la pekerja malay tu sporting habis.

aku makan kongsi ngan adik. jadi kitorang order Chickilicious Chesse (rm8.90) French Fries (aku rasa rm4.90) dan Tiramisu Milktea (untuk adik aku), Taro Milktea untuk aku. (both rm6.90). semuanya dalam rm25.

my cousin lak order, Chickilicious Curry (rm8.90), Potato Plum (rm4.90) dan jugak Taro milktea. kami makan sharing is caring doe. hahaha.

our milktea. nampak semua je tulisan chinese. but these halal okay. majoriti orang kat sibu chinese okay. :3

my cousin yang hot. hahaha. 

my little sister yang putih melepak sejak guna collagen. hahaha~ banyak orang tegur dia putih dah okay.

tuan punya blog yang ayu lagi cumelss. *mohon muntah buih* lalalala~

yey, makanan dah sampai. banyak oo. siap ada free lagi. french fries yang sama macam aku order tadi dapat satu yang sama free. murah rezeki. alhamdulillah.

seee? banyak la ayam tu. dahlah isi banyak. tak sangka pulak banyak kan. 

free satu french fries. rasa dia sedap. macam ada perasa bbq i think.

penat main jenguk2 kat dalam kertas tu. kami koyak je la, supaya senang nak makan. masa nie hampir kenyang dah aku. hahah *tipuu*

i like this thing. potato plum yang sepupu aku order. dia rangup dan ada rasa serbuk masam atas dia. benda tu macam cucur ubi kot. sedap wehhh. 

nie kitorang dapat free jugak. hahaha. sedap weh bau dia. 
fire roasted chicken keel.

cerita dia cenggini,
syok kami bergambar kat dalam tempat tu sebab tak berapa banyak orang, datang pulak sorang pekerja dia bawak henpon nak ambik gambar kami. kononnya nak letak kat page dorang. hahaha~ posing sakan la konon. malu tapi mahu. gilaaaa~ haha. dah tu dia kata kalau kami ambik gambar dan tag kat page dorang, kami akan dapat free fire roasted chicken keel. rezeki lagi, kami pun dapat. makanan pun tak habis jadi tapau la bawak balik rumah. 

jap tadi usha gambar kat page tu. ada pulak gambar kami bertiga bersama chickilicious. hahaha. malu kuasa dua okay. dapat gak menepek muka di page dorang.


gambaq aku lagi. korang perasan tak mata aku. haha. eyebag doee. penangan selalu tidur lewat. hmm. but still aku suka gambar nie. adik aku yang ambik. banyak pulak gambar entry kali nie. hehe


lain kali inshaallah nak pergi lagi. tunggu ada duit. hehehe~
sekian saja. penat pulak aku menaip nie. 
ilal liqa'



Monday, 21 April 2014

header baru. muahaha. :3

Assalamualaikum
aku guna header baru lagi. 
dilukis sendiri dan diedit menggunakan app cupslice dan picsart. muahaha.
dan jugak sedikit photoscape untuk touch up kononnya. 
aku dah jatuh cinta dengan tema simple is better untuk header. 

gambar dari henpong. 


dah habis edit jadi header. muahhaha. :3

jom blogwalkin' :3
ilal liqa'

Monday, 14 April 2014

late night

Assalamualaikum
minggu final exam adalah minggu paling heaven aku rasa. walaupun tension study tapi memang best. muahaha. entah orang fikir aku gila kot bila aku kata minggu final exam best. walaupun kekadang tension tidur lewat tapi okay la. hahaha. selalunya lewat tidur sebab tengok movie sesama para rumet2. untuk pengetahuan korang, kami sebilik termasuk aku ada 4 orang. tu la yang meriahnya.

nak dekat cuti semester, semua makanan dikeluarkan untuk dihabiskan. hahaha. habis penuh tikar kat tengah2 bilik dengan makanan. aku sumbangkan maggi goreng je. muahaahha. makan sambil tengok movie dengan rumet2. study diketepikan jap sebab nak release tension kononnya~ abaikan makanan yang bertaburan. sebab sesi mengeluarkan makanan baru bermula. hehe~

masa tengah tengok movie. sampai pukul 3 pagi tengok movie. hahaha. apa lagi rumet2 buat air teh. waaa~ takpun nescafe. memang layan la. muahaha. part sedihnya, semester akan datang kami rumet2 sekalian akan terpisah bilik. sobsss~ sedih pulak kan. 

dear 'piwit'
jangan marah sini update ye. hahaha~

ilal liqa'


Saturday, 12 April 2014

how ur final exam

Assalamualaikum
apa khabar manusia sekalian alam blogger semua? lebih kurang 4 hari cenggitu aku tak update entry. muahaha. konon nak update entry tiap hari kan. tapi takdak idea pulak. hari rabu yang lepas aku hadap paper fundamentals of operating system. nak gigit kaki je tengok kertas soalan. apa yang aku study semua terbang entah kemana masa final. hehehe~ inshaallah boleh. tawakal je la kan. :) ALLAH kan ada. :)

dan semakin banyak dugaan. tak sabar nak cuti semester. cuti semester 2 bulan kau tau. aku nak buat apa masa tu? nak kerja? kerja sebagai apa ya? :) tapi sebab aku taktau nak kerja apa. mungkin aku akan relax je sepanjang cuti semester tu. hehehe. nak makan angin? siapa nak temankan aku ea? nak makan angin kat mana? taknak2. sebab takdak teman.

minggu final nie pun banyak bebudak layan movies. orang yang mintak movies dimana mana. konon nak bawak balik rumah dan isikan cuti sem dengan movie marathon. hahhaa. aku pun antara golongan tu. aku banyak ambik drama korea. movie pun tak kurang banyaknya. hehehe.

harap mood study kembali datang dengan jayanya. :3

suasana bilik di suatu petang yang aman. :)
katil yang berterabuq tu aku yang punya. konon nak study kakaka. :3

ilal liqa'



Monday, 7 April 2014

i miss this fren

Assalamualaikum
dalam buzy2 study untuk final exam sempat jugak aku online ye. update belog lagi tu. hahaha. tak boleh tinggal blog walaupun sehari. kemain. hahaha. kali nie aku nk cerita lama dah aku tak memain dengan nikon coolpix nie. nama dia lil' nikon. hahaha. semua benda aku nak letak lil'. konon comel la little2 nie kan. hee~ hari tu aku baru caj bateri dia. baru la nak hidup balik. 

sekarang dah ada semakphong lenovo a656, camera dia 5 megapixel. cantik lagi tu. tu la malas nak bukak kamera nikon nie dah. hahaha. kaciang betol. tapi yang lama jangan la dilupakan ye tak?? :3

camera 360 lagi. hiokss. 


i miss you mucuk2. kakaka. *muntah buih*

comel pulak. 

berdebu kau ye. kaciang. :3

ilal liqa'

Thursday, 3 April 2014

dugaan daftar bilik

Assalamualaikum
hari nie aku dan kengkawan daftar bilik untuk semester depan. semester depan aku sem 3, muahahaha. hampir genap setahun aku jadi student kat politeknik mukah yang ohsem nie. best2. kakakaka. alkisahnya, aku dan kengkawan yang akan jadi jiran dan roomate aku semester depan merancang bangun awal2 pagi menanti kat depan pejabat felo untuk daftar bilik.

nak bilik yang terbaik mesti la daftar dan tunggu awal pagi. kaunter bukak pukul 7.45 am, tapi kami dah tercongak depan kaunter tu sejak pukul 6 lagi, masa tu takdak orang masih gelap2 lagi pun. hahaha. semangat nak dapat bilik terbaik la konon. tunggu punya tunggu makin banyak orang kat kaunter. so sebab kitorang datang awal, kitorang la yang mendominasikan kaunter tu hahahaha~ *kemain ayat aku*

felo dah datang, aku berdiri kat depaannn sekali, mula la menghimpit sesama sendiri, dah jadi macam sardin aku rasa, hahaha. nasib baik perempuan semua. hmmm, paling aku tak puas hati, lepas penat lelah menunggu hampir dua jam kat depan kaunter tu, bila tiba masa daftar bilik, si felo sorang tu pulak sibuk2 moody tak tentu pasal, so aku la yang kena dulu sebab aku kat depan. serius je muka dia pepagi, dia tanya ngan serius aku pun jawab serius la. annoying gila la. cuba la senyum sikit, nie tak, kasar je kerja dia. sabar je la jantung.

habis semua selesai, alhamdulillah.


wewit, suka guna stoking comel kalau nak keluar. :3

masa nie, kami tengah study kat library. muahaha. aku salin semula final exam untuk semester lepas2, sebab tak boleh nak fotostat kan. nak ulangkaji punya pasal sanggup je salin soalan.

lepas tu, hampir pukul 4.30 pm, kami balik dan aku singgah koperasi jap nak beli makanan. hahaha.

sedap yaaaa~ hehehe

sampai tu saja. 
ilal liqa'