Thursday, 30 January 2014

relationship

Assalamualaikum. 
hubungan. ada apa dengan hubungan atau relationship. bagi aku tak perlu la kau nak update tiap2 hari bagitau yang kau nie sayang dia sangat. kalau orang dah tau kau dengan dia ada hubungan. CUKUP LA. tak perlu nak canang sana sini yang kau sayang dia.

kalau aku tengok dan baca. okay lagi. aku boleh terima. 
kalau orang lain baca, dan tiap hari kau cakap benda sama. dan timbul la rasa dengki dan menyampah dalam diri orang tersebut. tak ke dia akan mendoakan yang bukan2 untuk kau. well, macam tu jugak bila kau tiap hari post tentang gambar korang dating ke mende. kau tengok maybe sweet giler ngop ngop. tapi bila orang tengok, macam tak sepadan je menatang dua orang nie. kan dah jadi satu doa.

aku rasa lebih baek berdiam diri. jangan buat orang menyampah. nak bergurau pun berpada pada. kang terbang penyepak ke muka.  

aku kekadang suka cerita pasal seseorang yang aku sayang. maybe untuk dijadikan CONTOH untuk yang lain *contoh supaya JANGAN jadi macam aku*. mungkin memang la ada keSWEETan yang cukup la tahap mangkuk hayun. keSWEETan yang mampu buat hidung berdarah. kebangangan apakah ini?

keSWEETan tanpa ada tambahan dari SETAN. tu lagi bagus.
jumpa mak bapak, mintak restu, kawen terus. lagi bagus. elak maksiat.
menangis SYAIIITOOONNN tengok muda mudi kawen muda.

sila baca kereta mayat

rasa macam MDPS *peribahasa* pulokkss. sila halakan mulut ke telingaku dan azan kuat kuat. mohon sedar~

nak jadi baek kena ada usaha baru boleh jalan. meh jadi baek sama2.

nak dengar bacaan surah yassin setiap malam khamis.
bateri henpon kong~

ilal liqa'




Wednesday, 29 January 2014

komitmen

Assalamualaikum
meh cerita pasal komitmen. muahaha. masih belajar dah cerita tentang komitmen bagai. masa kelas computer organisation, ada orang bukak cerita tentang kawen. siap tanya lecturer tu lagi bila nak kawen. hahaha~ so dengan selambernya lecturer tu cakap mengenai komitmen.

"bila dah kerja nanti korang tau la komitmen korang kat mana" lebih kurang yang macam tu la lecturer tu cakap. aku rasa komitmen dia masih terhadap family. sebab lecturer tu masih ada adik yang bersekolah. so tanggungjawab terletak kat bahu dia sebab bapak dia dah takda. terharu kot aku dengar.

pastu, teringat pasal aku sendiri. sebak pulak. muahaha. aku anak sulung. kira harapan keluarga. walaupun perempuan, memang aku dah rasa aku ada tanggungjawab kat family aku. jauh dari family memang mengajar aku banyak benda.

sepanjang dalam belajar kat tempat jauh. *takda menda jauhnye pong~ hee*
aku memang taknak susahkan mak bapak aku dengan mintak duit tiap bulan. aku bergantung pada ptptn. walaupun kekadang aku boros *gilaaaa boros*. tapi tetap taknak mintak duit ngan family. aku taknak susahkan mereka yang masih tanggung adik2 aku yang masih sekolah. tapi kalau balik rumah mesti bapak aku ada bagi jugak duit belanja. terharunyaaa :')

mak selalu kata, mak bapak tak dapat bagi duit tiap bulan macam orang lain, jadi pandai2 la berjimat. tapi kenapa la aku nie boros ya? :(

aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. hidup bersederhana. aku suka hidup bersederhana. sebenarnya banyak lagi orang yang lebih susah dari aku. :')

emo sikit bila cerita pasal family. muahaha~ :3

i love them forever and after :)
ilal liqa'



Tuesday, 28 January 2014

typing to express something

Assalamualaikum
pernah tak tengok kat mana ayat kat tajuk tu? sama macam header aku kan. muahaha. bila ada yang tanya, ada apa dengan blog? apa guna ada blog? banyak faedah sebenarnya blogging nie. macam aku sendiri. jarang aku nak luahkan perasaan kat siapa2. seriously jarang okay.

so aku luahkan je la kat blog. biar ayat yang berbicara. sebab mulut aku tak beberapa pandai berbicara. takut terkeluar bahasa yang tak elok. wahahaha. memang aku menaip untuk meluahkan sesuatu. tujuan blog aku memang untuk kehidupan aku. supaya dapat muhasabah diri sendiri.

selain itu juga, *gila skema siap letak penanda wacana. hahaha*
aku pun nak share ilmu dan tentang islam. biar jadi peringatan buat diri sendiri. ye dak? pastu, sangat jarang aku nak letak gambar orang bukak aurat, takut dosa jadi tempias kat aku lak. apatah lagi nak menyebarkan gosip retis. takut jadi fitnah. dosa tersebar. si penulis pun dapat dosa. mohon dijauhkan. aib orang kita tutup. inshaALLAH, ALLAH akan tutup aib kita.

makin lama aku blogging, makin banyak kesedaran dan ilmu yang aku dapat. aku suka blogging. serious suka sangat2. jadi bagi aku blogging nie memang banyak manfaat. so aku ajak la kengkawan jadi blogger semua. muahaha. jadi, sesiapa yang kenal aku di dunia luar dan yang rajin jenguk blog aku tu, aku sarankan korang aktif la berblogging ya. kalau tak tau apa2 boleh je tanya aku. tak salahkan kita share ilmu??? :3

aku tau banyak orang yang kenal aku kat luar STALK blog aku. hahaha~ gotchaa! :3
sokay sorite, aku suka. u know me and my life. have some respect. muahaha :D


okay. TEST PROGRAMMING. 
wish me luck. inshaALLAH. 
doakan yang terbaik.

ilal liqa'

Monday, 27 January 2014

aauucchh.. that hurts

Assalamualaikum
virtual peoples on the virtual world. mirror mirror of the wall, who is the prettiest person in the world? noooo ooonneee. *chinchanayooo?* korean tetiba. muahaha.

okay. done with the super crazy intro.
let me focus to what i want to talk about. *it is not actually 'talk', just to express*
lately, i feel so free although there are many assignment to think about. haha. *typical lazy*

then come to feeling.
ouucchh, it is hurt when u hurt. :3
okay, lemme explain this, i actually hurt because of him.
nayyyy, it is actually because of my own mistake. LOL.

it is funny when he got hurt because of me, and i also hurt because of myself. i hate myself when i make he feel down. and the damn thing is i don't try 'pujuk2' him. *because i donno* feeling sorry for him because having someone like me. i adore his patience. :) i like him so muchhhhhh. wakaka. this entry is not dedicate to him, but as reminder to myself, to stop hurting my love one.

muahaha. sorry for the 'jiwang' thingy.
then i always pray for u to open ur heart and change to be a better person one day. inshaALLAH. and i always support u in anything good deeds u do. always be there for u thru good and bad. :)

please don't cry while reading this entry. muahaha :3


i enjoy studying and blogging at the same time.
sorry for interrupt *ada kaitan meh*

haha. 
ilal liqa'



Sunday, 26 January 2014

sarawak vs kelantan

Assalamualaikum
tadi ada siaran langsung sarawak lawan kelantan. sebelum pukul 8.45 malam. aku dan roomate sekalian bersiap siap nak pergi ke cafe nak tengok siaran langsung perlawanan sarawak vs kelantan. semangat ngap sayot. encang sarawak encang.

UNFORTUNATELY
no siaran langsung kat rtm1, sedih sikit. dorang kata siaran langsung kat astro arena. gila kuciwa tahap nak hentak kepala kat stall burger. penat2 roomate aku heret kerusi gi depan tv. apedaa. tak guna punya njoi. *haha* so dah kuciwa tadi kan, ambik la burger yang dah di order dan beli jagung susu sedap. yumm. terubat sikit rasa kuciwa gua.

balik bilik terus online dan makan jagung susu nie. harga rm2.50. mahal sioooottttt. burger cheese rm2.50 dan aku beli setin cola rm1.80. mahal makanan sekarang. so minggu depan aku taknak beli2 makanan mahal2 dah. elok jimat duit makan mee dalam bilik. hahaha~

sedapppp hingga menjilat sudu :3

layan blog sambil makan jagung susu *heaven*


dah habis makan. roomate ajak tengok movie. CARRIE, best jugak filem tu. pastu dapat berita, sarawak kalah 1-0 ngan kelantan. not bad la. tahniah kelantan. semangat ngap sayot tetap ada. okay. done. cepat2 la siapkan assignment. haha. no delay2 okay. :)

ilal liqa'

Saturday, 25 January 2014

mental breakdown

Assalamualaikum
dear darling ala bucuk2. *okay, sila muntah papel*
mental breakdown jap sebab belum buat problem base task programming. tetiba aku teringat pbt tu, padahal belum start buat coding pun. masa yang berlalu dibiarkan dengan perkara yang sia sia.

dia nak output macam tu. pening aku nak fikir nie. :3
sesapa boleh share2 coding2? hehe

ilal liqa'


Friday, 24 January 2014

my dayyy

Assalamualaikum
lately, i'm quite buzy. whooa. sound like a typical student life. yeah rite. too many assignment and rushing to follow the deadline. i prefer a buzy life than being alone at silence places. okay, in the last few days, i don't post any entry because of the internet connection PROBLEMS. yeahhh. it is like KATAK BAWAH TEMPURUNG. koz i really need to online to know about current issues *SKEMA haha*

today is FRIDAY. jumaat.
in the morning, we dont have any classes although i already wear the baju kurung, then suddenly i got a SMS from my fren. there is no classes this morning. and i was like "AAAHHHHHH" i already SIAP2, but need to get change because of there have gotong royong at every department.

and.. i full of bau debu.
and the poor things, my roomate got fever and i really hope that she will get well soon. inshaallah. it is really sad when gotten sick when u are faraway from home.

i got married. hahaha *okay, juz kidding* it is my habit since a long time ago. 
wearing a ring at my 'pinky promise' finger :) *right hand*

i love BROWN colour because, i juz love it walaupun i am BudakVanilla. and Vanilla is white. PURE :3
enough with all those selfie thingy :D *muka mintak lempang*

ilal liqa'

Sunday, 19 January 2014

kesayangan

Assalamualaikum
aku rindu family aku. muahaha.
kekadang homesick je rasa.
gambar2 nie masa raya tahun lepas.
semua baju sama dan sedondon. heee~
hari raya yang sangat bersederhana bagi aku.
rindu dorang. :') *aku takdak dalam gambar. hee*

from right, in front : 4th sister, 3rd sister, MUM, 2nd sister.



DAD and 5th brother


they are my strength :)
ilal liqa'

Saturday, 18 January 2014

saturday

Assalamualaikum
tak jawab dosa kalau jawab sayang. :3
aku penat. baru lepas beli barang tadi. banyak barang doe. aku angkut macam nak angkut beras 10 kilo. agaknya kalau tiap minggu macam nie, siap ada muscle la aku. haha~

tadi,
aku ingat nak beli raket skuasy, tapi lupa. dah sampai sana benda lain pulak yang aku beli. -..- apedaaaa. perempuan memang macam tu eh?

nie aku tengah sediakan hadiah2 untuk GA dan segmen yang aku sponsor. maybe lama ckit sebab aku kat poli sekarang. sampai sibu nanti baru aku post semua nie. sorry for delay okay. harap bersabar. 

so kalau korang cari sponsor untuk GA/segmen boleh je PM aku. 
aku boleh sponsor barangan blog je buat masa sekarang sebab banyak lagi hadiah yang belum post nie. haha :3. anything, boleh je jenguk page fb aku.  :)

ilal liqa'



Friday, 17 January 2014

take care of ur lips

Assalamualaikum
tak jawab dosa, kalau jawab sayang. :3
aku nak ceghita tentang lipsss,
*sebab taktau dah nak cerita tentang apa. haha*

aku guna Gel Tint + Lip Treat = Bibir tak kering sangat.

sekarang aku guna pulak obuse tint, yang warna pink aku suka guna sebab warna dia. dan jugak lepas applykan obuse tint nie, mesti aku pun apply Lip Treat IN2IT supaya bibir tak nampak kering. 

aku pakai nie semua upaya hari aku ceria dan muka aku tak nampak pucat.
aku memang tak guna benda lain. cuma untuk bibir dah cukup. :)

so korang pulak macam mana?

ilal liqa'

Thursday, 16 January 2014

First Day Of School Contest by Izzul Labiqah

Assalamualaikum
aku ada join satu giveaway gempak nie. mengingatkan moments masa aku sekolah. btw now i am a student doe. poli's student.



first day of school

in darjah 1 (2002) 2(2003) 3(2004) 4(2005) 5(2006) 6(2007)
aku memang totally blur okay. first day masuk sekolah akulah budak pendiam dan masuk kelas heret beg barbie yang beroda tu. *aku guna beg barbie. muntah hijau. tak sangka. hahaa* dan rambut mak selalu tocang dua sebelah kanan satu, sebelah kiri satu. dan pernah sekali cikgu puji aku. haha. *kembang kempis hidung sepanjang kelas*

aku dulu pun suka main kerusi, yang kaki dua tu. tapi tak la sampai tersepit kepala atau badan kat kerusi. aku dulu selalu kena buli dan diejek. budak2 lelaki yang nakal selalu ejek aku dan aku menangis macam budak kecik masa tu. hahaha.

masa darjah 3 4 5 6 sikit, aku dah mula bertudung. masa tu paling banyak orang suka kutuk aku. kejam weii. masa suka main nama bapak dan ejek segala macam. pernah sekali tu aku kejar budak lelaki guna penyapu sebab dia ejek aku macam2. aku pendiam, bila dia ejek berkali kali, naik darah jugak aku.

paling tak boleh blah bila dia sampai hati letak CICAK MATI KERING *dah kaku aku tengok* kat tangan aku. punya la aku menjerit satu kelas macam orang kena histeria pastu nangis tersedu sedan macam orang mati laki. sampai sekarang aku geli ngan cicak. haha~

in tingkatan 1(2008) 2(2009) 3(2010) 4(2011) 5(2012)
memula masuk form 1, aku masih blur. masih dibuli sikit2. bila masuk sekolah, tak kesah la kat mana2, mesti ada kawan2 yang kenen2kan aku ngan seseorang. dari sekolah rendah. haha~ tapi like always, aku memang tak layan. nama pun hati batu beb. siapa kenal aku mesti tau betapa kerasnya hati aku. haha.

benda lawak paling aku ingat, ialah. . . . . .
masa form1 aku dan kengkawan kena denda sebab tak siap kerja sekolah. kami disuruh berlari dari hujung blok ke hujung blog. serabai doee. aku tengok senior selamba badak je gelakkan kitorang, aku pun join gelak2 sambil berlari. macam best pulak. hahaha~

terus terang aku kata, aku dari sekolah rendah dan setengah daripada sekolah menengah, takda menda crush2 nie bagai. nak kata forever alone, BUKAN, sebab ALLAH always there. :)

so bila masa single mingle dulu2 tu, banyak la bebudak kenen2kan aku dengan siapa2. pantang sikit tengok aku dekat dengan budak lelaki memang akan jadi usikan. so aku memang cipta TEMBOK BESAR CHINA la dengan kaum adam nie. sikap tu melekat sampai sekarang okay.

sampai la satu hari pada tahun 2010 aku kenal ngan manusia dari TEPON samsung cikai. tepon tu dah pun berganti. tapi memang dia la tetap dihati. *muntah pelangi, jiwangnye makkk -pengsan-*

aku nak letak gambar. tapi saaayyaannnggg, gambar2 banyak kat rumah. haha~



okay done :P

ilal liqa'

random again and again

Assalamualaikum
happiness is about love. 
one of the key of happiness. :)





ilal liqa'

Wednesday, 15 January 2014

wordless wednesday : jaga ikhtilat

Assalamualaikum
:)

ilal liqa'

Tuesday, 14 January 2014

'that' folio

Assalamualaikum
weee. i got my new header. no more plain. haha. may this 2014 year give me colourful colour. and i hope to be better person and wanna make everyone around me happy la. muahaha.

edit with photoscape. simple is better. :3


yeah, actually i want to write about folioooooo. ooo. that folio is for subject 'sains teknologi dan kejuruteraan dalam islam'. and our group had choose the main topic about "LASER". *then i remember the star wars movies, where there have a laser sword. wuhuhu*

this folio was assigned 3 weeks ago. and in the first week, we was like
This is still early la. no worry2 la.

in second week. 
okay, just find any information about laser. anything la. like blaaa. blaaa. *silent for a week*

the third week *last*
whooaa? already third week meh?? so fast time berlalu. very short time la. our folio still not finish yet. what to do? ohhh. what to do? *yeahh, masa tu baru fikir nak buat. kecoh maii*

last minute. hahaha~
and my team mate always like to say "macam nie tok? macam nie tok??!!" *it means : macam mana nie, macam mana nie?*. haha. funny. :3

the deadline is THIS FRIDAY.
3 day left. whooaaa. 
haha~

wish we luck okay?
ilal liqa'






maulidur rasul

Assalamualaikum.
today, my post is simple. how ur maulidur rasul? i just in my room. it is raining. hujan turun membawa rezeki dihari kelahiran nabi junjungan kita Rasulullah SAW.

sanah helwah ya rasulullah.
the light in islam.
we miss you ya rasulullah.

Allahumma solli a'la saiyidina muhammad, wa a'la alihi muhammad.

ilal liqa'


Monday, 13 January 2014

Sanah Helwah

Assalamualaikum
hari tu pada 6 januari dan 7 januari, hari jadi adik2 aku. dua2 perempuan. hmm. so aku tak rancang pun nak beli apa2 hadiah masa aku balik hari tu. tapi bila dah singgah kat satu bakery sebelum bas bertolak dari mukah ke sibu, aku sempat jugak tengok kek. nak beli kek yang besar bajet tak cukup. hehe.

jadi aku beli je la kek kecik yang comel. sekurang kurangnya ada jugak hadiah untuk dorang kan. tak la jugak dorang tertunggu tunggu aku bagi hadiah. hehehe.



lepas aku bagi kek nie, dorang happy sangat. hee. pastu makan pun kongsi2, biar semua merasa.
lain kali, kalau ada bajet lebih, aku akan beli kek lebih besar untuk harijadi family aku. inshaallah. :)

sekian
ilal liqa'



Sunday, 12 January 2014

Tempahan Dibuka

Assalamualaikum.
aku dah buka tempahan setelah sekian lama mendiamkan diri dalam dunia edit blog sebab merajuk dengan sesetengah manusia yang tak pandai bayar lepas aku penat2 edit blog dorang. :'(

buat yang pernah tempah tapi aku tak siapkan, maafkan aku sebab page facebook yang NIE aku ada masalah. tapi nasib la korang belum bayar ye dak?? :D

kali ini aku bukak tempahan dah. harga dh jadi berpatutan dengan apa yang aku buat. hmm.
so kalau sesiapa nak tempah BARANGAN BLOG. boleh la usha SINI. dah pilih semua? PM facebook aku. okay.

ilal liqa'

Saturday, 11 January 2014

shopping online lagi :3

Assalamualaikum
aku dah jadi gila shopping online dah sekarang. sebab mudah dan cepat. tapi sebelum shopping online kita mesti lah tau diaorang jujur ke tak. sebab takut kena tipu kan. cara aku, aku selalu tengok feedback atau komen dari customer diaorang.

dan barang dah sampai. tapi lambat bukak sebab aku kat poli kan. :)
so let started :) *aku dah macam addicted pulak. haha*
semua barang nie POSTAGE MAHAL dari orang lain sebab aku kat SARAWAK. haha :3


Camera Pouch : RM16 (custom made) *include postage*
beli dari : TWINSCRAFTLIFE (Blogshop)
terbaek la. aku suka. hehehe :3. kat blog tu ada jual pelbagai macam jenis craft dan macam benda yang comel macam felt craft, dan beg2 comel. wowow. rambang mata nak pilih haritu. hehehe. so aku mintak la owner tu buat camera pouch untuk aku. siap email dia lagi. sangat berpuas hati. :)


Tudung Bawal Siang Malam (Double-sided) : RM29 *include postage*
beli dari : Zainaliza stylistaa (FB page)
nie aku suka sebab cantik sangat la. macam nak beli lagi je. masa aku beli tu harga tudung tu rm10 je. so aku beli dua. tapi postage mahal rm9. T.T. hehe. btw berbaloi la :). kat page tu pemilik ada jual pelbagai jenis tudung dan shawl. penat wei aku menahan nafsu tengok tudung dan shawl yang dijual. haha. harga sangatlah berpatutan. :)


Obuse Tint (red & pink) : RM45 (box : 12pcs) *include postage*
beli dari : Hisyfadz Beauty Home (FB page)
nie aku beli share2 dengan mak. cuma ada dua warna iaitu pink dan red. :)
aku suka. weww. kat page dia selain jual obuse tint nie, pemilik ada jugak jual produk cathydoll.
terbaek la. macam nak beli lak produk2 dia. mana dan cedok duit nie. :P


sekian saja. bawak la berjimat ye kengakawan. 
hehe. aku nak simpan duit dah lepas nie. haha~
sekian. 
ilal liqa'


Friday, 10 January 2014

digital media

Assalamualaikum
aku ada jugak ambik kelas digital media. bagi aku kelas tu best sebab ada belajar apa yang aku minat. iaitu graphic design. muahaha. bermain dengan photoshop. dan aku pulak dah lama ada photoshop tapi baru tau guna dia dengan lebih mendalam.

selama aku ada photoshop nie, aku cuma tau buat stroke je. haha.

dalam kelas digital media memang banyak jugak belajar. rupanya best jugak godek2 photoshop nie ya. hehe. so korang tengok la hasil pertama aku godek2 photoshop. :)

1st artwork in Digital Media : Poster Pertandingan Bola Sepak
simple giler der. masa tu nak masukkan text pun aku taktau. hahaha~

2nd artwork in Digital Media : Poster Family Day JTMK 
*masa nie kira okay sikit dah, pandai main layer2 dan edit segala*

3rd artwork in Digital Media : Banner Majlis Konvokesyen
*masa nie pun okay jugak la. masih banyak yang perlu aku belajar*

dan paling latest 4th ARTWORK : cover magazine. *dah la ada muka sendiri* nyampah. haha
tapi sebab aku tak da copy dia jadi tak dapat la nak tunjuk. aku buat kat lab dan terus hantar.
sayang tak copy mak. memang simple giler sebab masa ciput. hehe.

nak godek2 lagi photoshop. macam best pulak. hee

ilal liqa'

New Year Giveaway by FD & FariqanAfina

ASSALAMUALAIKUM



Klik banner untuk join.



Senarai hadiah :

Novel x 1, face towel x 1, door stopper x 1, contact lens (power 0) x 1, bookmark dari Langkawi x 2, Smurf Shoes Hp Plug x 2, sabun susu beras x 1, 2 pcs shiseido mask x 1, topup RM10 x 2, topup RM5 x 2, set note clip x 2, set pen & keychain x 1, facial cleanser by Face Shop x 2, dua helai tudung bawal plain x 1, hadiah misteri x 1, felt brooch x 5, dan bookmark untuk 10 peserta terawal dan terakhir.



New Year Giveaway ditaja oleh Fatin Diana, Fariqan Afina, Syamimi Al-Fatihah, Airis Arissa, Nadratul Syazwana, Azyan Ramle, Syiera, Aiman Aziz, Azwar Syuhada, Lienda Liedot, Nur Farahain, Yumida, Fhatin Amelia, Coretan Mambang, Hatin Athirah, dan Little Khalifah.





Tamat 25 Januari 2014, 10 Malam.



giveaway pertama yg aku join pada tahun 2014.
akan join lebih banyak giveaway lepas nie.. heee :D

ILAL LIQA'


Wednesday, 8 January 2014

Tips menaikkan berat badan



Assalamualaikum
aku kurus kering macam tiang. wahaha. tak la macam tu sangat. cuma aku kurus dan boleh dikatakan tinggi sederhana 156cm dengan berat 40kg. *wwaaa~ berat aku tak berubah sejak form 3 kalau tak silap*. kalau ikut BMI pun aku memang kurang berat badan.

dan aku sedang menanam misi untuk menambah berat badan. so aku share la tips menambah berat badan AKA tips menaikkan berat badan dengan korang semua. mana la tau korang pun sama macam aku. :D


banyak makan makanan yang berprotein dan karbohidrat tinggi
macam makan banyak ikan, telur, nasi dan jangan lupa makan sayur sayuran dan buah buahan. biar seimbang tapi makan protein dan karbohidrat ambik je banyak2. tapi banyak sangat pun tak boleh jugak. membekalkan tenaga :D

jangan tinggalkan makan malam atau dinner
siang2 kita dah penat buat segala macam aktiviti so masa malam pulak kita charge tenaga dengan makan dengan sihat. haha~

makan mengikut masa
sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. makan makanan yang seimbang ye kawan. macam nasi putih+kari ayam+sayur kubis masak lemak+air kosong. untuk sarapan pagi pun bagus lagi kalau dapat makan nasi kan. :D boleh jugak makan petang. :3

snek tambahan
snek nie bukan bermaksud macam twisties, coca cola dan segala macam snek makanan ringan yang lain. snek nie macam buah buahan cam epal. nak makan masa free2 pun boleh. sandwich ke, susu rendah lemak dutchlady ke, kacang2 macam tu. *ma faveret* :D.

ambil vitamin untuk menambah selera makan
macam aku, bapak aku bagi vitamin B untuk tambah selera makan aku. tapi sampai sekarang aku tak layan vitamin tu sebab pahit makkk. aku tak suka benda pahit. :3

bersenam atau bersukan
menambah berat badan bukan bermaksud menambah lemak dalam badan. haha~ so kita bersenamla untuk elak lemak berlebihan kan. selain tu boleh jugak tambah otot muscle dan sebagainya. heheee

sekian saja tips menaikkan berat badan. so doakan aku berjaya menaikkan berat badan dengan ideal. :D
inshaALLAH.
ilal liqa'



Monday, 6 January 2014

Mr Nuffnang punya cerita

Assalamualaikum
aku bukak nuffnang macam biasa. sampai hati dia kata aku curang. aku tak curang pun dengan nuffnang. dah hantar tiket tadi, cepat jugak dia balas. dia kata sebab blog aku yang satu untuk contest tu jarang ada pengunjung. takut kira macam spam la. apa dia cakap pun aku taktau.

sedih GILAAAA

yang aku faham, jika masalah tu dah selesai, dia akan kembalikan status GLITTERATI aku dalam masa 4 hari. makaseh nuffnang. muah sikit. haha~

dan bila aku bukak nuffnang. keyword paling pelik pernah aku jumpa. apa benda yang kau nak cari tu?


CARA BUAT BABY YANG BETUL FULL MOVIE?????!!
makin pelik2 lak keyword semenjak dua menjak nie.

yang aku pernah post mengenai BABY cuma SINI dan SINI
pelikss.

semoga ALLAH lindungi kita.
ilal liqa'




Sunday, 5 January 2014

kejam seh kau

mohon baca dengan tenang sebab banyak ayat kejam yang aku guna. MAAP!



Assalamualaikum
mohon sesiapa yang senang sakit hati jangan baca entry nie *mengandungi ayat kejam*

kali nie nak merepek sikit. sukati aku la nak merepek bukan pasal kau pun. haha. aku nak merepek pasal remaja zaman sekarang. *aku pun remaja jugak doee* sedih tengok remaja kurang akhlak sekarang. makin teruk aku rasa. aku pun remaja.. memang sedih gila tengok macam2 benda dah jadi sekarang. *sedut hingus dalam2*

meh la kita kupas kentang pasal tajuk akhlak remaja zaman sekarang. keruntuhan akhlak remaja zaman sekarang. *gila skema punya ayat*. bukan semua remaja dah runtuh akhlak. tak semua jugak sedang membina akhlak yang baik. macam aku sendiri. aku pun masih keliru samada aku nie baek ke jahat. hahaha~ bangang abadi punya. aku tak sempurna mak jah oii. pemalas tahap cipan. nanges mak mentua aku kalau dapat menantu pemalas macam aku. *tetiba* hihihi :3

berbalik kepada topik asal, paling banyak aku tengok bukti akhlak remaja makin kureng adalah melalui laman sosial macam faceboookkk, twitter. macam sengaja je nak tunjuk kebangangan dorang. makin2 yang batak tu. mohon ampun bagi yang terasa. paling tak boleh terima bila ada yang couple post gambar2 dorang peluk2 bagai dengan caption *bahagia till JANNAH*. pastu ada pulak yang komen TILL JAHANAM ada la. bawak2 ler bertaubat. baru couple dah peluk2 bagai. mohon kawin cepat2 tolong2. (peringatan buat diri sendiri. he)

lepaih tu bila dah break up apa semua. minah yang dulunya ayu tetiba keluaq ayat sumpah seranah. sibuk sumpah seranah ex dia sana sini. macam nak lempang lelaju je. adab couple la kan bila dah clash, breakup. bengap punya stail. ada lagi, lepas putus cinta, post gambar menangis kat facebook twitter bagai. hahaha. bangang apa, menangis pun sempat snap ambik gambar muka sedih? pelik punya manusia. dah tu tahap paling bengap pernah aku jumpa, bila sanggup mencederakan diri sendiri. sanggup cederakan tangan sampai berdarah darah pastu post kat fb n twitter.

“Dan Janganlah kalian menjerumuskan diri kalian dengan tangan kalian sendiri ke dalam jurang kerosakan.” (QS. Al Baqarah (2): 195)

“Dan Janganlah kalian membunuh diri kalian sendiri ..” (QS. An Nisa (4): 29)

dunia akhir zaman.
belum terlambat untuk bertaubat.
moga ALLAH lindungi kita.
ilal liqa'

Friday, 3 January 2014

bulan terbelah dua

Assalamualaikum
salam jumaat semua. pada hari jumaat pertama 2014 dan penghulu segala hari nie aku nak share sikit pasal cerita yang aku dapat dari kelas sains teknologi dan kejuruteraan dalam islam pagi tadi. sesiapa yang baca blog aku sejak dulu mesti tau dalam semester 2 nie aku ada kelas sains teknologi dan kejuruteraan dalam islam.

alhamdulillah, memang banyak ilmu dapat. macam2 cerita pulak tu. haha~ pagi tadi lecturer tu bukak cerita pasal David Musa Pidcock. dalam hati tanya apa benda tu? pelik pulak nama tu. okk. meh cerita tentang beliau.

apabila beliau sedang membuat penyelidikan yang luas dalam perbandingan agama, dan salah satu orang Islam telah memberikannya satu salinan terjemahan al-Quran. Apabila beliau membuka salinan ini buat kali pertama, beliau ternampak Surah al-Qamar, dan beliau membaca ayat-ayat pada permulaan Surah itu, dan tidak percaya bahawa bulan telah berpecah kepada dua bahagian yang berbeza dan bercantum semula, jadi beliau menutup salinan terjemahan dan lalu diketepikan.

dan ditakdirkan pada suatu hari beliau menonton satu program tentang pengembaraan angkasa. dan menceritakan tentang keretakan di bulan yang membuktikan bulan pernah terbelah dua. pastu korang baca la sendiri kat SINI. malas dah aku nak translate haha. .sorryyy..

Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan. Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku. (Surah Al-Qamar – 1 & 2)




Kisah Bulan Terbelah Dua
Bulan terbelah dua pada zaman Rasulullah S.A.W adalah kisah benar yang dirakam dalam Quranul Karim iaitu dalam satu surah yang Allah namakan sendiri Suratul Qamar (Surah Bulan).

Allah berfirman:"Sungguh telah dekat Hari qiamat, Dan bulan pun telah terbelah" (Q.S. Al-Qamar: 1)


Memang ada hadis yang meriwayatkan peristiwa terbelahnya bulan di zaman Nabi S.A.W. masih di Mekah. Hal ini terjadi ketika kaum musyrikin 'mencabar' Nabi untuk menunjukkan bukti kenabiannya dengan meminta membelah bulan.

Ini adalah beberapa di antaranya:
Hadis daripada Abdullah bin Mas'ud ra., Ia berkata: Bulan terbelah menjadi dua pada masa Rasulullah saw., Lalu Rasulullah saw. bersabda: Saksikanlah oleh kalian. (Shahih Muslim No.5010)

Hadis daripada Anas ra.: Bahawa penduduk Mekah meminta kepada Rasulullah saw. untuk diperlihatkan kepada mereka satu mukjizat (tanda kenabian), maka Rasulullah saw. memperlihatkan kepada mereka mukjizat terbelahnya bulan sebanyak dua kali. (Shahih Muslim No.5013)

Hadis daripada Ibnu Abbas ra.: Sesungguhnya bulan pernah terbelah pada zaman Rasulullah saw .. (Shahih Muslim No.5015)


Kisah itu adalah sebelum hijrah dari Mekah Mukarramah ke Madinah Munawarah. Orang-orang musyrik berkata, "Wahai Muhammad, kalau engkau benar Nabi dan Rasul, cuba tunjukkan kepada kami satu kehebatan yang boleh membuktikan kenabian dan kerasulanmu (dengan nada mengejek)?

Rasulullah bertanya, "Apa yang kamu inginkan?" Mereka menjawab, "Cuba belah bulan ..." Rasulullah pun berdiri dan terdiam, berdoa kepada Allah agar menolongnya. Lalu Allah memberitahu Muhammad s.a.w agar mengarahkan telunjuknya ke bulan. Rasulullah pun mengarahkan telunjuknya ke bulan dan terbelahlah bulan itu dengan sendirinya. Serta-merta orang-orang musyrik pun berkata, "Muhammad, engkau benar-benar telah menyihir kami!"

Akan tetapi para ahli mengatakan bahawa sihir, memang benar boleh saja "menyihir" orang yang ada disampingnya akan tetapi tidak boleh menyihir orang yang tidak ada di tempat itu. Lalu mereka pun menunggu orang-orang yang akan pulang dari perjalanan.

Orang-orang Quraisy pun bergegas menuju keluar batas kota Mekah menanti orang yang baru pulang dari perjalanan. Dan ketika datang rombongan yang pertama dari perjalanan menuju Mekah, orang-orang musyrik pun bertanya, "Apakah kalian melihat sesuatu yang aneh dengan bulan?" Mereka menjawab, "Ya, benar. Pada suatu malam yang lalu kami melihat bulan terbelah menjadi dua dan saling menjauh masing-masing-nya kemudian bersatu kembali ... "

Maka sebahagian mereka pun beriman, dan sebahagian lainnya lagi tetap kafir (ingkar). Oleh kerana itu, Allah menurunkan ayat-Nya: "Sungguh, telah dekat hari qiamat, dan telah terbelah bulan, dan ketika melihat tanda-tanda kebesaran Kami, mereka pun ingkar lagi berpaling seraya berkata, "Ini adalah sihir yang terus-menerus ", dan mereka mendustakannya, bahkan mengikuti hawa nafsu mereka. Dan setiap urusan benar-benar telah tetap ... (sampai akhir surah Al-Qamar).

*SUBHANALLAH*

Peristiwa bulan terbelah ini memang benar berlaku dan wajib dipercayai. Walaupun ada yang mempertikaikannya kerana bertentangan dengan ilmu sains namun muzjizat Rasulullah tidak dapat dibuktikan dengan kaedah saintifik. Seperti juga mukjizat Nabi Isa boleh menghidupkan orang yang mati juga bertentangan dengan ilmu pengetahuan manusia.

Peristiwa bulan terbelah bukan saja disaksikan oleh penduduk Mekah tetapi juga dilihat oleh penduduk di seluruh semenanjung Tanah Arab. Apabila mereka datang ke Mekah menceritakan pernah melihat bulan terbelah kemudian bercantum semula.

Sekiranya ada yang mempertikaikannya, tidaklah menghairankan kerana Abu Jahal dan Abu Lahab juga mempertikaikannya walau mereka melihat dengan mata sendiri peristiwa bulan terbelah itu.



Bukti Bulan Pernah Terbelah Dua dan bercantum semula
Kajian sains oleh angkasawan NASA mendapati bahawa seketika dulu bulan pernah terbelah dua. Kajian ini dijalankan apabila gambar-gambar yang dirakamkan oleh satelit dan teleskop menunjukkan terdapat garisan rekahan pada bulan.





Pengunjung-pengunjung bulan yang terdiri daripada angkasawan Amerika Syarikat & Rusia, pernah merakamkan gambar di atas bulan yang menunjukkan kesan rekahan besar di atas bulan, mengelilingi bulatan sebesar bulan itu. Gambar yang diambil telah tersiar pada beberapa akhbar dunia & disiarkan dalam sebuah majalah tempatan kita yang bernama al-Hunafa isu 2009/2010 di bawah tajuk 'Splitting of the Moon' yang bermaksud bulan terbelah. Oleh kerana telah disedari bahawa jika dibesar-besarkan cerita tersebut & diketahui umum bulan terbelah dua, dengan kesan yang nyata, maka akan terbukitilah satu lagi bukti yang paling nyata & kuat.


SUBHANALLAH. WALLAHUALAM.
allahumma solli ala saiyidina muhammad
sumber ilmu : syukran



dapat lagi ilmu bagus hari nie. Alhamdulillah. hehe. korang macam mana? dah lama tau cerita tentang bulan pernah terbelah dua nie? best kan? heeee

ilal liqa'