Sunday, 21 December 2014

yey, PTPTN dah masok?


Assalamualaikum
nasihat nie untuk adik2 yang nak sambung belajar. takpun untuk kakak2 abang2 yang nak sambung belajar. sesungguhnya nasihat nie bukan datang dari seorang yang pro mahupun berpelajaran tinggi melangit kononnya. ini hanyalah pandangan dari seorang student sendiri iaitu aku. aku student. student diploma. baru diploma peoples ye. dan maybe aku tak layak nak bagi nasihat sebab aku pun takpandai bab nasihat nie. dan aku gunakan pinjaman ptptn. mesti masih banyak yang terkial kial, patut ke tak patut guna ptptn nie.

sempena dengan masuknya duit ptptn kepada peminjam didalam akaun bank masing2. happy la korang kan? dengan aku sekali. huahuahua~

*********************

ptptn adalah pinjaman yang memerlukan peminjamnya membayar balik pinjaman tersebut setelah tamat tempoh belajar. kira hutang la. best thing bila ada diskaun la untuk yang situasi tertentu. dan nak apply ptptn ada prosedur tertentu siap ada agreement bagai yang student uruskan sendiri. memang ada profesionalisme disitu ye. hahhaha~ ptptn ini membantu pelajar yang kurang berkemampuan dengan meminjamkan duit untuk mereka. pastu bayar balik jangan lupa lak.

skip the intro.

nasihat aku la kan, kalau kau mampu, family kau mampu. please jangan mohon pinjaman ptptn. guna je duit sendiri bagi yang mampu. dan bagi yang takmampu, usaha semampu boleh dapatkan biasiswa, sekarang banyak je biasiswa dari pihak swasta dan sebagainya. hendak seribu daya kan? gituu~ nak dapat biasiswa? belajar la rajin2. dapat result bagus2. jangan nak harapkan duit makbapak je. cian makbapak kita. T^T

ptptn kan ade??! memang la ada. kau bayar la lepas kau guna. hutang beb, dahtu hutang dengan kerajaan. muda2 dah berhutang. pastu lepas habis belajar takdak kerja, hutang ptptn tak bayar. ko cari la sendiri apa jadi lepas takbayar ptptn. memang ptptn bantu kita sambung belajar. memang ptptn baik sangat tak memilih siapa2. tu la. tapi hati mesti cekal ye. macam aku. hahahah XD

biasiswa banyak je. boleh je mintak nasihat dari unit kaunseling atau hal ehwal pelajar dari ipta ipts memasing. mesti dorang bantu punya. dorang takbantu? report je ke HQ. wakakak . kidding~

banyak kata ptptipu la. tipu menda? dah tulis dalam agreement kot. kau je yang takbaca agreement tebal2 tu. print je tau tapi takbaca. excited je nak dapatkan ptptn. jangan salahkan ptptn ye, nak jadi pengguna bijak. guna la akal. otak tu storage sementara je. akal ALLAH bagi untuk berfikir. eh. emo pulak. hahahhaaha XD sebagai pengguna ptptn kau sendiri patut tau baek buruk dia. nak berjaya? kena ambik risiko. eh tetiba.

kekadang tengok orang ada ptptn nampak loaded, ngekk ko. hambek. haha. ptptn guna untuk sara diri kat ipta ipts, yang nampak loaded2 tu, imaginasi je. kakakkaa. macam aku jugak. typical student kan. so better biasiswa. mohon biasiswa je. mohon je. mohon tau. pastu buat baek2 dalam study. balas jasa makbapak. mohon biasiswa, takpayah susah2 tanggung beban hutang.  :)

just saying n giving opinion,  nak guna ptptn atau tidak itu hak individu sendiri. hutang WAJIB dibayar. nak mohon biasiswa pun hak masing2. hendak seribu daya takhendak seribu dalih.
harap takde pihak yang terasa dengan entri nie. terasa? pm aku, kita bincang baek2 kaw2 punya.
sekian, nasihat tak bertauliah dari BudakVanilla.
nak berjaya didunia? ingat akhirat.

ilal liqa'

10 comments:

  1. kalau yg dah dapat duit PTPTN atau biasiswa tu, bolehlah buat simpan sikit sikit :) jangan boros. boleh guna untuk tampung hidup sikit lepas grad kalau tak dapat kerja lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol tu kak. guna ikut keperluan je. :)

      Delete
  2. Betul tu. Setuju sangat. Macam my sister, parents kitaorang yang tanggung dulu buat masa ni. Nanti baru nak suruh dia apply biasiswa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betol tu. bagus lagi apply biasiswa. :)

      Delete
  3. Kalau nak dapat biasiswa itu acano :T ? Kalau boleh memang nak jauhkan diri daripada PTPTN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je tanya dengan unit kaunseling. takpun google je biasiswa malaysia. .memang melambak biasiswa . :D

      Delete
  4. smpai skrg akk xbyr lg duit ptptn..
    arghhh stress.. haha..

    jgn gune ptptn kalo mmpu..
    gelap ms depan.. kehkeh.. eh gurau je..

    ReplyDelete
  5. im one of the peminjam PTPTN. hutang wajib bayar. cemane sekalipon,kena bayar.
    ini pinjam pandai. time nk byr -- liat. haahaha

    ReplyDelete
  6. akak nyesal gila amek PTPTN. Sebab akak rasa parents akak mampu je bayar yuran satu sem. yuran akak rm1,300 je satu sem. Yang lebih tu sebab perbelanjaan je. Nyesal amek PTPTN. hmm

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!