randomness #1

Tuesday 23 December 2014


keletak keletuk bunyi papan kekunci komputer riba itu ditekan jemarinya yang comel. hasrat ingin menaip entri diblog tidak dapat disangkal lagi. kerana ingin menjadi seorang blogger berjaya, dengan gigih dia menaip dan mengeluarkan entri beberapa entri dalam masa sehari. entri yang mampu memberi inspirasi kepada pembacanya.

bukan mudah nak jadi blogger berjaya seperti papa blogger malaysia Ben Ashaari. beberapa perkara perlu dititikberatkan dalam usaha ingin menjadi blogger berjaya. ianya bukan hanya ayat dihujung jari ketika menaip. tetapi ia merupakan usaha dari titik peluh ketika bersengkang mata menahan panahan cahaya dari laptop. kekadang bisa bingung seketika otak dalam kepala bila tiada setitik idea pun menitis dalam minda untuk menaip entri. ingat senang nak jadi blogger berjaya? tak senang. tak mudah. tak ringan.

bak kata orang yang lebih makan garam kononnya, usaha tangga kejayaan. tangga kejayaan. usaha tu macam tangga. kita bina tangga dari usaha dan nak mencapai kejayaan. kejayaan tu tinggi sebab tu naik tangga. dah naik tangga capai kejayaan jangan pulak terus meninggi sampai tak sedar macam mana kita sebelum kejayaan dicapai. jangan mudah lupa diri. walaupun kejayaan dari usaha sendiri jangan sesekali lupa diri. orang yang dulunya rendah diri kini jadi tinggi diri sebab merasanya dirinya ditangga yang tinggi. padahal tempat tinggi tu boleh saja jatuh tersembam ke bumi jika tiada keseimbangannya. sentiasa ingat tanah. sebab kita dari tanah.

tabek spring kreng kreng dengan manusia yang masih ingat usul bila berjaya.

entah kenapa tetiba aku jadi puitis pulak. sekadar peringatan untuk diri sendiri.
muahahhaa~
sekian, ilal liqa'

10 comments

  1. saya ni nak update blog seminggu sekali pun malaih, ni kan pulak hari hari hmmm

    takleh jadi blogger berjaya la macam ni T.T

    ReplyDelete
  2. Terkejut juga bila baca entri ni sebab tiba-tiba jadi puitis. hehe.

    ReplyDelete
  3. menarik betul ayat2 dlm entry ni :p nasihat yg bagus, dh jadi org yg berjaya jangan sekali-kali lupa asal-usul kita :)

    ReplyDelete
  4. yerp yerp tak mudah. time kering idea, rasa malas je nak buka blog. hehehe btw hebat ah tu follower riban2 dah :) kena simbah air becak

    ReplyDelete
  5. cun eh bunga. *tetibe. hahhaha

    ReplyDelete
  6. nak berjaya kena usaha lebih kann :)

    ReplyDelete
  7. bukan senang nak buat ayat power. hehe.

    BV, nak tanya sikit boleh? awak layan fixi kan? ade tak edisi terhad kopi, bola @ klcc? hehe. kalo nak letgo, kasitau :)

    ReplyDelete
  8. blogging ikot minat & kemampuan hehe

    ReplyDelete
  9. cantiknya bunga..!
    nak jd blogger spenu masa,perlukan banyak benda tau,bukan mudah. tanpa usaha pun tak guna jga..hehehe..

    ReplyDelete
  10. bukan senang nak berjaya kan. ikut kemampuan. kalau ada rezeki, ada lah :)

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!