Sunday, 16 November 2014

bekas simpanan harta benda

Assalamualaikum
aku ada bekas. bekas tu jadi tempat aku simpan semua benda yang aku sayang la. walaupun kekadang semua benda yang aku sayang tak muat masuk dalam bekas tu. tapi okay la. boleh lagi jadi tempat simpanan barang. aku jenis suka sangat dengan benda comel. kekadang aku beli je benda comel tapi tak pakai pun. kira jadi koleksi je la. 

sebenarnya bekas nie tempat aku letak segala alat tulis. especially marker la. semenjak aku suka mendoodle dulu2. 

senang je nak cari bekas nie dekat kedai. selalunya dorang jual untuk letak benda2 macam nie la. untuk letak benda menjahit ke apa ke. 

koleksi marker memenuhi segenap ruang didalam bekas terchenta ini. ayat kau. hahaha

nie cop. aku suka beli cop sebenarnya. tapi taktau pulak nak cop kat mana. hahha~

dan aku suka beli sticky notes comel dan segala alatan alat tulis yang comel. abaikan penyepit baju kat atas tu. hahaha~

koleksi marker sharpie. sebenarnya banyak aku simpan. tapi ada yang dah kena buang sebab habis ink.

marker warna warni. jarang guna nie. kecuali kalau bosan. 

aku nak letak gambar nie besar2 gedabak. extra large punya. tapi sebab gambar banyak dan takut lambat loading aku kecikkan je la. entry nie sebab aku taktau nak cerita apa. muahaha. apa daaa. jadi aku ceritakan je la minat aku yang mendalam dalam seni nie. cewahh. walaupun tak pandai melukis. aku minat jugak. heheheh~

sekian. 
ilal liqa'

13 comments:

  1. dulu minat la kumpul cop2.. pastu malas dah..pass ke adik ja.. teratur sikit barang2 letak dalam satu bekas..senang nak cari.. kita barang kesygan campak dalam kotak kasut..hehee..jimat duit ..bila mengemas,belek2 rasa syg nak buang ..sudahnya simpan ja la berkurun lama dlm tu..

    ReplyDelete
  2. wah mcm2 ada.. mesti rajin melukis ni kan? ^^

    ReplyDelete
  3. Ouhh boleh jadi tempat simpan barang ea ? Ekekeke miza sekarang bila dah sambung belajar jadikan tempat letak makanan :3 kuikuikui

    ReplyDelete
  4. Nice. Senang nak capai pastu elakkan hilang. Sedih bila benda yang kita sayang pastu simpan elok2 hilangkan. So, simpan macam ni mmg selamat :)
    Jemput singgah : Barang Dari Zalora Dah Sampai!

    ReplyDelete
  5. Akak punya marker pens semua simpan dalam plastik je.

    ReplyDelete
  6. Haha dah lama tak nampak cop tu..Zaman sekolah rendah dulu pemes cop2 tu .. Kalau nak simpan dalam satu kotak mmg takkan muat .. heheee ^_^

    ReplyDelete
  7. Wah..banyaknyer koleksi..dulu ske gak mnyimpan tp bkn utk mlukis la..xreti la lukis2 ni..huhu

    ReplyDelete
  8. haha sama la macam Anis tau , suka beli benda comel buat koleksi antaranya macam cop tu haaa , plus satu lagi . sticker.

    ReplyDelete
  9. comelnya sticky note tu xD geram ina tengok!!

    ReplyDelete
  10. banyaknya koleksi marker. saya punya koleksi cuma marker stabillo wana-warni untuk tulis nota kuliah ja. hehe. untuk melukis memang dak la. hehe ^_^

    ReplyDelete
  11. kita pun ada satu bekas cenggini. simpan pen2 semua.. senang!

    ReplyDelete
  12. salam singgah dari follower ig pcl. Kiranya macam tools box lah ye..

    @nazleeismail

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!