Wednesday, 22 October 2014

terjebak dengan kdrama

Assalamualaikum
aku taktau la kenapa dan whyyy aku boleh terjebak dengan kdrama nie semua. sedangkan aku bukannya suka layan drama. apatah lagi drama melayu dan sinetron indon tu. hampehh, semua jalan cerita dapat je diagak. dah tu episod takhabis2 nak twisted2 segala. dan twisted dia tu dapat diagak. hahaha. dan sekarang, macam tak percaya aku dah terjebak minat dengan drama korea.

rasanya mula2 aku terjebak dengan drama korea adalah masa aku pinjam cd drama korea dari kawan aku. kakak dia peminat cerita korea termasuk la dia sekali. dan drama korea pertama aku tengok adalah dream high. best gila la drama tu sampai sekarang aku suka tengok cerita korea kot. hahaha. dan setiap kali aku jumpa kawan tu mesti tanya pasal drama apa yang dia ada, movie apa yang dia ada??? soalan lazim bila berjumpa. hahaha. dah takde kerja lain la aku nie. asyik nak kumpul movie dan drama korea je.

dan di sini aku nak listkan drama korea yang aku dah habis tengok. kakakaka. :3
(dari tv)
1.pasta
2.thank you *takpasti dah cemana ending*
3.bachelor vegetables?? *tajuk pun dah lupa* hahah. takpasti ending gak.

**********************************************************************
susah gila kot nak catchup sama dalam tv. aku bukan ada masa sangat pun nak dok depan tv tiap hari. kalau dalam laptop boleh jugak la aku pause2 dan tengok bila2 masa aku nak kan. haaaa~
***********************************************************************

(dari laptop)
1. dream high
2. secret garden
3. flower boy next door
4. flower boy ramyun shop
5. 49 days
6. to the beautiful you
7. you're beautiful
8. gentlemen dignity
9. cinderellaman
10. fashion king *tak habis tengok sebab aku skip g ending hero dia mati kena tembak so aku malas dah nak tengok. hahahah*
11.rooftop prince
12.playfull kiss
13.emergency couple
14. i hear your voice *nie otw tengok*


watak2 dalam drama i hear your voice. best drama nie. pasal lawyer. walaupun serius sikit tapi tak berat sangat. hahaha. so aku suka drama nie la. masih dalam proses untuk dihabiskan. muahahaha. :D

untuk pengetahuan korang la kan, aku taksuka la cerita yang serius sangat. aku suka yang happy2 dan tak berapa serius. kalau cerita serius sangat malas dah aku nak tengok. macam cerita doctor stranger. sedih gila kot, first episod dah sedih2. hahaha. dahlah aku taksuka cerita sedih. dah tengok first episod skip punya skip terus aku delete. hahaha. kejam. banyak jugak cerita korea yang aku delete sebelum tengok. sebab macam serius sangat. kejam tak kejam?? haha.

so korang cemana? drama korea cemana yang korang minat. dan ada tak drama korea yang korang cadangkan best untuk aku tengok??? hehehe. bagi la cadangan. boleh aku cari nanti. hahaha~

bagi aku la, drama korea nie kadang2 twist dia pelik. hahaha. so aku minat la jugak. walaupun ada sesetengah cerita cerita korea nie dia ambik dari drama jepun. tapi tetap best. entah la kenapa. bahahaha.

sekian. banyak pulak membebel kali nie.
ilal liqa'


23 comments:

  1. samalah kita. terjebak dalam drama korea tapi yus dengan sendirinya tengok kdrama ni. semuanya sebab bosan. tapi lepas habis tengok satu cerita tu (Master's Sun). punyalah rasa macam syok pulak nak tengok yang lain.

    yus pun tak suka cerita yang berat2 sangat dan memandangkan akak dah suka ni yus recommend sikit ye hehehehe..

    -reply 1997
    -reply 1994
    -master's sun
    hi school love on

    :DD

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama je. dari satu drama ke drama yg lain. macam addicted pulak kan. hahaha~

      thankss recommendkan ye. hehe. nanti BV cari dan tengok. :3

      Delete
  2. Saya dulu pun tak suka drama korea tetapi terjebak jugak sejak Nov 2013 masa tengok ada orang share pasal drama You're Beautiful. Terus tengok kdrama sampai sekarang. Byk betul kdrama yg best2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2. sama jugak macam BV. terjebak sejak sekolah menengah dulu. hehe

      Delete
  3. oh peminat k-drama :) - akak pula sebaliknya - akak meminati anything Japanese - macam dalam darah daging la pulak ewah - perasan haha - besides that - akak LOVE American TV Shows - mmg since dari kecil - the only thing yang akak minat pasal kpop ialah makanannya atau EXO jer haha (sorry akak ni pelik sikit)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. okay la tu kak, sy pun suka jugak drama japanese. tp sebab kureng dapat source drama japanese tu la jd minat kdrama. sebab mostly kawan sy byk simpan. hahaha XD

      Delete
  4. Tak ingat juga macam mana boleh terjebak tapi memang suka sangat tengok K-drama. Tapi, tak tengok semualah :)

    This is my suggestion
    -Reply 1997
    -Reply 1994
    -Marriage Not Dating
    -Master's Sun
    -You Who Come From The Star

    Aaaaaa, banyak gila je sebenarnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. thankss for ur suggestion. macam banyak je yang suruh tengok master sun tu. .hehehe

      Delete
  5. sama lah kita! haha tiba tiba je terjebak. cuba tengok School 2013. Best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kita cari ya. .hehe. .thanksss :D

      Delete
  6. akak! tagged! http://faranymboboiboy.blogspot.com/2014/10/liebster-award.html sila jawab yea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanksss tag. .nanti wt entry k. .hehe :D

      Delete
  7. Dulu pun sya x minat korea lgsung

    start minat sejak tengok boys over flower. hewhewhew.

    skrg adalah tngok ckit2..

    tp kpop lgsung x layan. ahahaha

    -http://nabihahsuriana.blogspot.com/-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. BV sekarang masih nak tengok tiap masa kalau ada free.
      kita pun tak layan kpop sangat. hehe

      Delete
  8. korea kami 50-50 klau tgk.huhuh last cerita FULL HOUSE 1st time tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. full house blm tgk lagi. .banyaknya drama best. .hehe

      Delete
  9. hi kita geng. dari zaman sekolah menengah lagi suka layan kdramas, sampai dah tak boleh berhenti rasanya XD banyak drama yang best >.< try

    -reply 1997
    -reply 1994

    err banyak lagi ekceli hahaha >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. yey geng!! high five. .hahaha. memang takmampu berhenti kalau dah terjebak. wakakaka. XD

      nanti BV cari drama tu. ramai yang suggest. hahaha. :D

      Delete
  10. mostly ape yg BV dah tengok tu kita dah tengok.. heheh,,
    skang nih tengah layan Vampire Prosecutor...

    try nih
    - the suspicious housekeeper (daebakkkk storyline dia, unexpected things always happen, ni fasal femly)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waahhh, mesti suka kdrama gak nie kan. hehehe.
      nanti kalau ada masa kita cari kdrama tu eh. macam menarik pulak. :D

      Delete
  11. saya start tengok drama korea sejak winter sonata ditayangkan kat tv dulu2. sekarang ni dah tak terlayan dah k-drama ni. banyak sangat nak dikejar. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu memang zaman mula2 kdrama pemes dulu. :D xpyh kejar2. .heheh :D

      Delete
  12. Cer tngk cita " Master's Sun "
    .
    Jalan cita : saspens;
    Features : Increase critical thinking.
    Cons : tengok byk kali mmg boring

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!