rezeki melalui kucing meow meow

Tuesday 28 October 2014

Assalamualaikum
hari tu entah bila aku ada post pasal kucing kan. muahaha. sebab tengok cerita melayu yang kafarah tu betapa kejamnya dia ngan kucing. aku tengok asyik nak terjerit je, kesian tengok kucing kena lambong kauuuu. rupanya last2 cerita dia diaorang guna penyelamat. hahaha. aku je nebes sepanjang cerita. rasa nak bagi je silat kat orang tu. padahal dia belakon je pun. hahahaha~

aku sebenarnya nak share apa yang aku dapat dari twitter. hmm. dari gambar tapi sebab line kat asrama nie slow gila tuttt jadi takdapat la nak upload ye. jadi aku taip je la.

"bila kita makan dekat kedai makan, tiba tiba ada kucing datang minta makanan dengan kita. kenapa tidak dengan orang lain? saya biasa alami situasi ini, saya dapat rungkaikan, 3 tanda apabila kucing datang kepada kita bukan orang lain.

PERTAMA
Allah sedang mengingatkan makanan kita, hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. sebahagiannya rezeki kucing tu sebab itu ia datang pada kita.

KEDUA
Allah sedang memberitahu apabila kita memberi makanan kepada kucing tersebut, rezeki lain akan Allah ganti yang lebih baik. sebab 1 kebaikan itu Allah balas dengan 10 kebaikan@pahala. 

KETIGA
Allah sedang bagitahu apabila kita tak memberi makanan kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak bagi kepada kita. rezeki itu luas, bukan hanya pada wang. tetapi meliputi semua kehidupan. ingin ikhlas memberi, berilah pada haiwan kerana haiwan tak pandai ucap terima kasih kepada kita. ia hanya tahu minta dan makan."

aku taktau siapa punya. jadi halalkan ilmu nie ye. 


Abu Qatadah Radliyallaahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah ï·º pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia adalah termasuk haiwan yang suka berkeliaran di rumah (haiwan pemeliharaan).” [HR At-Tirmidzi, An-Nasa’I, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah].

 Abdullah bin Umar ra. juga meriwayatkan bahawa Rasulullah ï·º. bersabda: “Seorang wanita diseksa kerana mengurung seekor kucing sampai mati. Kemudian wanita itu masuk neraka kerananya, iaitu kerana ketika mengurungnya dia tidak memberinya makan dan tidak pula memberinya minum sebagaimana dia tidak juga melepasnya mencari makan dari serangga-serangga tanah.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)



tengok la betapa berharganya kucing. eh?
kucing nie dahla haiwan manja. pernah ke dengar orang mati sebab pelihara kucing? yang aku banyak dengar kucing mati sebab kena racun, kucing mati sebab kena baling dari tingkat tiga, kucing mati kena langgar.

Rasulullah pun suka kucing, kenapa kita manusia biasa nie nak benci kucing?

kalau benci kucing, janganlah dera dorang. jangalah hina. sebab dorang makhluk ALLAH jugak. buat la baik dengan dorang walaupun taksuka geli. mana tau dapat doa dari kucing. hehe~

kalau isu pegang anjing tu aku no komen lah.
ada sebab ALLAH larang kita pegang anjing semena mena.

sekian.
ilal liqa'




2 comments

  1. Suka sangat dengan kucing. Kalau nampak je, mesti rasa nak bagi makan dekat kucing.

    ReplyDelete
  2. Kucing comelll sangatt , geramm tengok dia >< rasa nak ciummm ciummm tapi ada jugakk orang yang sanggup racunkan kucing . tak fahamm ~ syann kucing-kucing tuu

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!