Tuesday, 16 September 2014

hari malaysia

Assalamualaikum
korang buat apa? aku tengah tercongak depan laptop sambil garu kepala yang tak gatal cari idea buat entry. hari malaysia nie sambutan di miri, sarawak kan. aku kat mukah, macam teringin nak tengok sambutan hari malaysia kat miri di dataran kipas. tapi sayaaanngggg, aku jauh sikit, takdak masa dan takdak duit. kalau tak lama dah aku heret luggage pergi naik bas ke miri. biarpun lama, aku bukannya pernah pergi miri pun kan.

untunglah adik aku join pembarisan. siap dia wassap2 lagi gambar dia. macam excited sangat pulak. mentang2 kau study kat miri ye dak. jadi untunglah dapat tengok keramaian hari malaysia. siap jumpa retis lagi. nangis bucu katil la camnie.

takpe geng, aku sambut hari malaysia dalam bilik je. cuti kan. jadi takde kelas. maka bertungkus lumus la aku menyiapkan kerja dan assignment segala. cuti tiada makna bagi manusia yang bergelar student seperti aku.

gambar cilok dari instagram aku. bunga raya double2 kat rumah nenek. :)


by the way,
SELAMAT HARI MALAYSIA. semoga malaysia kekal aman dan makmur. ALLAHUAKHBAR! :)

sekian.
ilal liqa'


No comments:

Post a Comment

drop a comment~
arigatouuu!