Saturday, 26 July 2014

aku bukan shopping baju. tapi buku.

Assalamualaikum
raya nak dekat, aku shopping sakan bila online je. malas nak keluar konon. tapi aku keluar jugak akhirnya. hahaha. hari tu aku beli buku online. again i choose fixi and yang terbaru aku pilih lejen press pulak. aku borong lima bijik buku dan di promot kat kawan dua bijik buku. so ditolak tambah semua jadi tujuh buah buku. semalam baru aku bukak bungkusan poslaju tu. buku tu berkurun dah sampai. tapi aku baru bukak kot. mentang2 baru balik dari poli kan. sadis.


selain itu, (siap penanda wacana aku bagi, hambekkk).
aku beli skirt dua pasang dekat insta, murah mak minah. dua pasang aku dapat rm50 mak jahhhh. kalau beli kat luar satu tu pun dah rm49.99. khooonnn dah jimat disitu. aku pilih maroon dan hitam. dan mak aku meleter, asyik hitam hitam dan hitam. and for your information, aku jugak beli jubah hitam. mungkin sebab tu mak aku bising. hitam itu gojes kau tau. bila aku cuba pakai, mulut celupar adik aku kata "tengah berkabung ke?" . aahh, tengah berkabung untuk penduduk gaza nun yang tengah berperang saat kita nak beraya. nak cari tudung merah je lagi.


sedih kot.
bila aku nak jumpa ramadhan lagi nie. harap masih panjang umur lagi jumpa ramadhan tahun depan.
sayang, jom kita mantapkan iman sesama.


5 bijik nie yang aku punya. selain tu, kawan aku fafa yang punya. 


malam tadi malas dah nak ambik gambar cantik2. hahaha. asal korang nampak dah la. nak showoff jap. hahaha. beraya dengan novel la aku kali nie. .hahahaha.


PRAYFORGAZA, PRAYFORPALESTINE. prayforPEACE.

ilal liqa'

6 comments:

  1. Rindu nak baca buku Melayu :(

    ReplyDelete
  2. Wahh novel lejen n fixi memang best. Terrrbaik. Selamat hari raya yoo :)

    ReplyDelete
  3. Pernah gak baca buku yg lejen. Best la jgk. :)

    Selamat hari raya ye :)

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!