Monday, 9 June 2014

cashier part 2 aka last part

Assalamualaikum
semalam adalah hari terakhir aku kerja kat supermarket tu jadi cashier. quite happy but at the same time sad la. less sad and more towards happy la. hahaha. aku dapat banyak pengalaman pahit dan manis. semua bercampur dan menjadi pelangi yang indah. kemain berbunga mekar ayat aku. sebulan aku kerja kat situ, bangun tiap pagi (kalau dapat shift pagi) dengan kemalasan tahap gaban dan kekadang ada rasa sedikit menyesal kerja masa cuti sem. hahaha. *perangai tak elok nooo*

masa kerja macam2 jenis ragam customer yang aku jumpa. i do respect customer yang respect me. but kalau jumpa customer a lil bit annoying, aku buat macam biasa je. kalau customer ramah, automatically aku akan jadi peramah jugak. jadi cashier tak la susah mana. tapi part short and excess tu susah sikit. muahaha. aku paling takut short. nasib baek short paling banyak aku pun rm2.10. tu pun sebab aku salah kira malam sebelumnya lebih atau excess rm2.10. dusshhh. akibat nak balik awal. 

*********

aku ditugaskan dekat department store iaitu tempat baju2 dan aksesori. kalau nak dibandingkan ngan tempat market tu, tempat aku ditugaskan tu la paling relax sekali. haha. market memang meriah sentiasa kalau nak dibandingkan dengan kat department store. aku selalu ngantuk la. dah la kaki tido. nasib baek tak pernah tertido masa kerja. kaunter kat situ ada 3 je. tapi cashier ada 4. so agak kurang meriah la. heehehe. cashier 3 orang tu semua chinese dan aku melanau. haha. nasib baek ada akak promoter yang rajin sembang. 

dan lama kelamaan, si chinese2 tu pun rajin bergurau macam2 dengan aku. siap bercerita lagi. hahaha. dorang sporting la. lebih sebulan kerja disitu, okay la aku rasa. bila kita bekerja dengan ikhlas, inshaallah ALLAH akan permudahkan urusan kita.

******

last day kerja,
aku dapat shift morning. shift paling diminati oleh semua orang. hehe. sebab balik kerja awal. iaitu pukul 6 petang. muahaha. happy tak terkata la bila last day.

paling touching,
bila kawan sekerja aku which is yang chinese, yang ajar aku sejak memula jadi cashier dulu. nama dia hie ling. kami panggil dia ling. memula dia jenjalan je kat depan kaunter tu yang ada jual aksesori. dan dia tunjukkan la keronsang dua bijik yang comel, dan tanya mana lagi cantik?? aku kata taktau ooo. dua2 cantik. hahaha.

rupanya dia beli sebab nak bagi hadiah untuk aku sempena last day kerja. alaaaa. sweetnyaa amoi cantek sorang nie. menangis terharu guaaa. *aku tak menangis pun, cuma muka excited dapat hadiah. hahaa*

thanks ling. and all my fellow colleagues. hehe. gudluck and see you soon.  :)

sentiasalah ikhlas dalam segala benda yang kita lakukan.
inshaallah ALLAH akan permudahkan urusan kita.  :)


ilal liqa'



6 comments:

  1. baik nya amoi tu kak hihi untung dapat hadiah kerongsang.

    ReplyDelete
  2. Untung dapat hadiah. Cantik pulak tu :)

    ReplyDelete
  3. best kan kalau dapat kawan sporting macam tu. :D

    ReplyDelete
  4. Biarpun sebulan je tapi pengalaman bekerja tu penting.

    ReplyDelete
  5. teringin jugak nak ambil pengalaman kerja sebagai cashier.. belum ade peluang lagi.. dengar jugak cerita member short duit... takut gak eh...huhu

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!