Sunday, 4 May 2014

terima kasih itu sangatlah bererti

Assalamualaikum
lama dah tak post. muahaha. macam la lama sangat kan. sekarang masa cuti sem aku kerja part time kat market. kerja aku bungkus barang dengan plastik beg. masa hari pertama kerja, aku kerja kat tempat market jual makanan dan sayur plus ayam plus ikan semua. memang penat jugak kerja pack barang masuk dalam plastik nie. apatah lagi kalau orang yang membeli tu beli penuh satu troli. dengan berasnya lagi. memang angkat balik letak dalam troli. bak kata sepupu aku, lama2 kerja kat situ timbul muscle lak kat tangan kitorang nie. asyik angkat benda berat je masa tu. hari pertama shift aku tengahari sampai malam. dah malam tu aku disuruh naik kat atas tempat baju2 dan barang aksesori.


kerja yang sama jugak. tapi aku ada jugak diajar sikit2 guna machine cashier tu. amenda apa yang diajar pun aku faham sikit je. haha. cepat sangat la budak yang mengajar tu. aku nie memang lembab sikit bab macam nie. tapi bosan la kat sana. aku lebih prefer suasana yang meriah. walaupun penat2 kadang2, tapi aku rasa puas sangat bila ada orang ucap TERIMA KASIH lepas aku simpan barang dorang dalam troli. happy je rasa. rasa diri ini dihargai walaupun sekadar tukang simpan barang dalam beg plastik. so lepas nie kalau nak beli barang mestilah ucap terima kasih kat siapa yang tolong pack barang tu ya. :)


pengalaman pertama kali orang ucap terima kasih kat aku masa kerja adalah bila aku pack barang satu family. ada tiga beradik kecik2 semua kalau tak silap. mak dia tukang bayar kat kaunter. yang kakak paling besar agaknya masih sekolah rendah dalam darjah 4 5 macam tu kot, kecik je badan dia. dia tukang sorong troli, sorang adik dalam troli dan sorang kat sisi dia. masa aku habis tolong angkat barang dorang masuk dalam troli, dia ucap makasih dengan suara lembut sangat. hahaha. aku terharu kot. budak2 tu beb. orang tua besar pun takpandai nak ucap terima kasih kat si tukang pack barang kannnnn. hmm. family dorang nampak sederhana tapi tinggi adab. bagus la. :)


panjang pulak entry aku kali nie kan. hahaha. ~
ingatlah ucapan terima kasih amat bermakna. 
alhamdulillah sangat bermakna. tanda syukur kepada ALLAH.

semoga ALLAH permudahkan urusan aku. :)
doakan aku ya. INSHAALLAH. .

ilal liqa'

7 comments:

  1. Terima kasih awak. Hahaha. Untung laa keje. Kita tanam anggur je :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 awak. .hehe. .nak timba pengalaman la kn. .tu la g keja. .hehe. . :D

      Delete
  2. wahh kira kerja kt cashier la ni..
    ecah pun kekadang tgk akak2 masukan barang dlm plastic bag macam best je.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akan datang kot. .hehe. .mmg best tapi penat :D

      Delete
  3. Replies
    1. sama2. .kmk krja kat supermarket terdekat. .hehee :3

      Delete
  4. betol.. ucapan thank you tu boleh menyejukkan hati orang yang menolong kita :)

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!