Thursday, 6 March 2014

We Unite For Islam WUFI *part 1*

Assalamualaikum.
kat entri sebelum nie aku kan ada cerita yang pada jumaat lepas pada 28 feb 2014 hingga 2 mac 2014. aku join wufi. cerita dia cenggini. muahaha. tak perlu mukadimah panjang lebar.


28 Februari 2014 (Jumaat)

roomate aku aina, mintak 'tolong' aku ngan roomate aku yang sorang lagi tu, nena untuk join WUFI tu sebab tak cukup orang. pujuk punya pujuk jadi la si nena setuju then dia pun ajak aku. aku setuju je kalau dia setuju. muahaha. aku ikut je. :3

dalam pukul 2.30pm camtu, kat jabatan aku ada program iaitu sukaneka dan jogathon. weeehhhh, penat gilaaa mak. balik dalam pukul 4pm. aku sempat lagi online dengan selamber. belum packing apa semua sedangkan sebelum maghrib para peserta mesti sampai ke pusat islam untuk mendaftar.

dah dekat nak maghrib macam tu. aku baru start packing apa semua sambil call kengkawan n roomate yang jadi ajk untuk wufi tu dan tanya apa yang aku patut bawak. berapa helai baju? dan soalan yang kira penting tahap gaban jugak la. haha~ paling NAZAK SEDIH GILA SIOTTT, aku dengan roomate terchenta iaitu nena yang turut jadi bidan terjun BELUM LAGI MANDI pun masa tu. waaaa~ masa nak dekat maghrib. so packing2 tukar baju dan tak mandi. amekauuuuu, dah la aku baru lepas berpeluh apa semua. semua bau badan pun tersebar dengan indahnya. pastu packing semua terus la kami heret luggage pergi pusat islam. tapi, kawan suruh mandi je kat pusat islam. tapi rasanya pagi keesokan harinya baru kitorang mandi. hahaha~

so, kita pergi ke aktiviti malam tu selepas solat maghrib. :)
lepas solat maghrib muslimin muslimat pun makan asing2. muslimin satu tempat muslimat satu tempat. dan makan dalam satu dulang besar. makanan pun sodap mak. ikan goreng sambal. memang bab sambal2 nie faveret aku la. hahaha.

cer tengok ikan sambal tu. mengancam tak? huahua. 

abaikan muka roomate aku nena. hahaha. tengok dulang tu, hampir licin kami kerjakan. :3

aktiviti taaruf *berkenalan*

taaruf

present tentang group kami. :) bentuk tangan bersalam tu macam tak jadi je. haha~

lepas semua aktiviti selesai kami semua pun tido.
malam tu sejuk. aku tak bawak bantal, tak bawak selimut. 
berbantal beg yang untuk aku letak sejadah dengan telekung and berselimutkan cardigan yang aku pakai tu. 
kecian saya. hahaha :3

nanti sambung cerita. 

ilal liqa'





2 comments:

  1. Ya Allah, sedapnya ikan sambal tu. Terliur tengok.

    ReplyDelete
  2. mmg mgancam la ikn tu..tetiba lpr tgh mlm ni..haishh

    http://ibuzara-corner.blogspot.com/

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!