Wednesday, 19 February 2014

throwback

Assalamualaikum
meh campakkan diri ke zaman kanak2 riang macam ribena. hairan aku, asal kanak2 je mesti dikaitkan dengan ribena. mentang2 la iklan dia benda bulat warna ungu tu dok nyanyi dan menari sana sini. muahaha.

kalau la aku terjumpa benda bulat warna ungu macam tu menari dan menyanyi tetiba. pengsan makk~ ngeri pulakks.

masa kecik2 kan, masa budak2 kecik. selalu kita berlagak nak jadi dewasa. siap cerita lagi ngan geng budak2, dah besar nanti nak jadi apa? nak kawen macam mana? rumah nak berapa bijik? anak nak berapa orang?. lucu bila teringat zaman budak2 hingusan. lap hingus pun tarik hujung lengan baju dan lap.takpun lap je kat lengan. haha~ bila dah besar panjang ko buat macam tu, tak pasal2 orang gelar ko pengotor gilaaa~

zaman aku kecik2 dulu, takda la laptop2 nie semua, candy crush, angry bird pun belum wujud lagi. masa tu kalau ada komputer besar gedabak kat rumah sepupu tu pun hanya tau bukak paint dan menconteng habis habisan. zaman aku dulu memang zaman mesra alam agaknya. aku bergelumang dengan permainan yang melibatkan unsur2 tanah air angin *macam boboiboy pulak* petir je aku tak main. haha. selain tu main tumbuh tumbuhan dan segala macam yang melibatkan alam sekitar la. haha. memang mesra alam betul.

yang melibatkan tanah, dulu aku suka main tanah. takdak dah rasa geli masa tu. kumpul banyak2 tanah letak dalam satu bekas dan jadi la macam kek, pastu hias atas dia dengan bunga2. habis la bunga2 yang mak tanam masa tu aku petik. siap terpekik terlolong mak tengok sebab selamba badak je aku cabut bunga2 yang dia tanam. haha. :D dan paling dahsyat, aku korek tanah nak cari cacing untuk pancing ikan. masa tu memang selamba badak air je aku pegang cacing tanah yang panjang tu. sekarang, tengok dalam tv je pun aku geli geleman kau tau.

pastu, main air. whoaa. kalau banjir. rasa best je merayap dalam banjir tu tanpa rasa geli. siap mandi lagi kau. feeling berendam kat swimming pool. *memang budak2 nie pemikiran pendek la* kalau sekarang, rasa teragak agak sikit kalau nak masuk dalam air banjir. takut ada binatang berbahaya. dahsyat aku masa kecik dulu. sekarang lain dulu lain.

*gambar lama*


dulu best. sekarang mencabar. otak makin matang. :)


ilal liqa'







5 comments:

  1. Sama. Dulu suka sangat main tanah, Tak geli pun semua tu

    ReplyDelete
  2. zaman kanak kanak dan remaja memang terbaik..... tapi da lama tinggal... menjadi kenangang dan sekarang tengok anak anak dan terus cuba membimbing die...

    ReplyDelete
  3. zaman kanak2 dulu kala sgt best dan sgt seronok..kalau la zaman tu mampu di beli dgn wang ringgit..niesa sanggup pecahkan duit tabung utk beli zaman tu..hukhuk... :')

    ReplyDelete
  4. akak pandai doodling yer? mohon tunjuk ajar sifu ;) hehe. suka last pic tu, xberkelip mata tengok ^^

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!