Sunday, 5 January 2014

kejam seh kau

mohon baca dengan tenang sebab banyak ayat kejam yang aku guna. MAAP!



Assalamualaikum
mohon sesiapa yang senang sakit hati jangan baca entry nie *mengandungi ayat kejam*

kali nie nak merepek sikit. sukati aku la nak merepek bukan pasal kau pun. haha. aku nak merepek pasal remaja zaman sekarang. *aku pun remaja jugak doee* sedih tengok remaja kurang akhlak sekarang. makin teruk aku rasa. aku pun remaja.. memang sedih gila tengok macam2 benda dah jadi sekarang. *sedut hingus dalam2*

meh la kita kupas kentang pasal tajuk akhlak remaja zaman sekarang. keruntuhan akhlak remaja zaman sekarang. *gila skema punya ayat*. bukan semua remaja dah runtuh akhlak. tak semua jugak sedang membina akhlak yang baik. macam aku sendiri. aku pun masih keliru samada aku nie baek ke jahat. hahaha~ bangang abadi punya. aku tak sempurna mak jah oii. pemalas tahap cipan. nanges mak mentua aku kalau dapat menantu pemalas macam aku. *tetiba* hihihi :3

berbalik kepada topik asal, paling banyak aku tengok bukti akhlak remaja makin kureng adalah melalui laman sosial macam faceboookkk, twitter. macam sengaja je nak tunjuk kebangangan dorang. makin2 yang batak tu. mohon ampun bagi yang terasa. paling tak boleh terima bila ada yang couple post gambar2 dorang peluk2 bagai dengan caption *bahagia till JANNAH*. pastu ada pulak yang komen TILL JAHANAM ada la. bawak2 ler bertaubat. baru couple dah peluk2 bagai. mohon kawin cepat2 tolong2. (peringatan buat diri sendiri. he)

lepaih tu bila dah break up apa semua. minah yang dulunya ayu tetiba keluaq ayat sumpah seranah. sibuk sumpah seranah ex dia sana sini. macam nak lempang lelaju je. adab couple la kan bila dah clash, breakup. bengap punya stail. ada lagi, lepas putus cinta, post gambar menangis kat facebook twitter bagai. hahaha. bangang apa, menangis pun sempat snap ambik gambar muka sedih? pelik punya manusia. dah tu tahap paling bengap pernah aku jumpa, bila sanggup mencederakan diri sendiri. sanggup cederakan tangan sampai berdarah darah pastu post kat fb n twitter.

“Dan Janganlah kalian menjerumuskan diri kalian dengan tangan kalian sendiri ke dalam jurang kerosakan.” (QS. Al Baqarah (2): 195)

“Dan Janganlah kalian membunuh diri kalian sendiri ..” (QS. An Nisa (4): 29)

dunia akhir zaman.
belum terlambat untuk bertaubat.
moga ALLAH lindungi kita.
ilal liqa'

5 comments:

  1. Yeah , kadang kadang rasa takut pulak keluar rumah *tetibe* , haha . Ramai jugak sebaya saya yang kapel mengaple ni . Bagi saya macam , 'mak ayak kau ada , tak cukup lagi ke kasih sayang nye ? ' haha . Biasalah , orang hati batu macam saya , mana faham istilah kapel , haha

    ReplyDelete
  2. aduh.
    Jgn ah. Qila mmg lagi lagi gila sakit hati betul dgn budakk wempitzzz duk buat cemtu ya allah T_T
    why?!!??!
    Perlu keeee gambar till jannah tu ugh!! diorang ni mcm misused jannah tu. Jgn ah main2 haih.
    Yg mampu doa je lah diorang berubah kan :)))
    Hm, betul. Nk kiamat.
    Ma'salamah wa ilal liqaa' :D <3

    ReplyDelete
  3. paling tak tahan siap buat video nangis kononnye merayu cinta lelaki...hahaha

    ReplyDelete
  4. Emm xtau la nak kata apa..zmn skrg ni terlalu terdedah..terdedah dgn maksiat...bt sesuatu kn fikir..kesan jgka pnjg utk diri sndr jugak..

    ReplyDelete
  5. doakan mereka yg sesat dapat NUR dari ALLAH =)

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!