Friday, 29 November 2013

Tipikal Drama Melayu

Assalamualaikum
semenjak dua menjak tiga menjak nie makin menjadi lak drama2 melayu adaptasi novel. aku entah la bagaimana aku tak seberapa minat dengan drama tu semua. bukan sombong, tapi asyik genre sama je. kahwin paksa, jatuh cinta dan happy ever after *la sangat kan* kalau dulu okay gak la. boleh diterima, tapi asyik drama cinta je. pening pulak aku tengok.

best lagi kalau baca novel. aku kureng suka sangat drama adaptasi novel nie. tapi cari la genre lain. kalau nak buat FILEM adaptasi novel. aku amat menggalakkan para penerbit FILEM diluar sana buat filem adaptasi dari novel2 Ramlee Awang Murshid. buat Ramlee Awang Murshid jadi pengarahnya. biar lain dari yang lain. bosan dah dengan kisah cinta. muahaha *la sangat :P* buat lagi cerita yang epik2 sikit. *macam cerita Merong Mahawangsa. heee*

tetapi kekadang aku jugak yang layan semua drama2 tu, sebab kat rumah aku bukannya ada siaran berbayar macam astro tu, kat rumah aku cuma ada tiga saluran atau channel je iaitu RTM1, RTM2, TV3. kekadang bukak tv je drama melayu la apa la. aku suka lagi tengok drama English atau US sebab aku rasa dari drama dorang aku dapat sikit ilmu dan lain dari yang lain. hehehe

contohnya cerita drama bersiri BLUE BLOOD yang ada kat RTM2, aku suka drama tu sebab menceritakan tentang seorang detektif homisid dan family dia, hampir semua dari family dia jadi polis kan. jadi nama cerita tu sesuai kot. dan lagi satu drama Hawaii Five O, aku pun kira minat drama nie, kes dia complicated dan buat penonton tertanya tanya. tak macam drama melayu, kebanyakkannya, aku boleh agak apa ending dia. tapi memang ada jugak sesetengah drama melayu yang memang best. :)

nie hawaii five O, aku minat drama nie sebab, aku suka drama pasal pembunuhan dan penyiasatan. hehe.

nie lak drama blue bloods, mengisahkan tentang keluarga polis dan peguam. perempuan tu peguam dan adik beradik dia semua polis, bapak polis, datuk polis. memang best cerita nie, ada jugak cerita tentang family selain kes penyiasatan. :)

drama yang baru2 nie aku tengok, best drama nie. menceritakan tentang doktor2 yang ditugaskan merawat tentera yang tercedera, memang best. 


aku rasa semua drama yang ada pengajaran dan ilmu memang best. bagi la support ngan drama tempatan, kalau tak macam mana malaysia nak maju kan. *Malaysia Boleh* heheheh. lain kali aku nak cerita tentang drama korea pulak. heee. sampai sini saja dulu entry aku kali nie. 

ilal liqa :)







Friday, 22 November 2013

Dilamar Sponsored Advertorial

Assalamualaikum
aku taktau nak rasa gembira ke sedih ke. entah la. muahaha. :)
aku nak mintak pendapat korang. advertorial nie betol ke tak ea? aku takut kena tipu.
bila aku check emel petang terkejut lak aku dapat emel tentang advertorial. korang dapat yang macam nie tak?

baca apa dia nak. betol ke nie?

siap bagi alamat bagai. 

then aku nak mintak pendapat korang. patut ke aku bagi details tu. :3
aku sangat mengharapkan pendapat korang. THANKS. 

ilal liqa :)

Biore Facial Foam

Assalamualaikum
kali nie aku nak cerita produk apa yang aku guna untuk cuci muka. produk nie aku memang guna sejak mula2 pakai pencuci muka dulu *tipu, mengada. hehehe* bagi aku pencuci muka biore nie bagus untuk sesiapa je. hehe :) aku memang guna pencuci muka nie dulu dan sekarang. alhamdulillah. pencuci muka nie sesuai untuk aku.

nie kelebihan dia. :) aku selalu guna warna OREN dan BIRU :3 aku selalu guna sekali sehari. tapi untuk kesan terbaek guna la 2 kali sehari.  :)

dulu aku paling suka guna nie. kulit aku bukan jenis yang sensitif *syukur alhamdulillah* tapi masa aku aktif dulu, jerawat kecik2 tu selalu timbul. bila aku guna nie. beberapa hari pastu jerawat jadi mengeras dan boleh ditanggalkan. *tangan aku memang gatal dan kopek2 benda melekat kat muka* hahaha. effect biore nie memang bagus la. :)

yang nie pulak aku guna sekarang. bagi aku jenis warna biru nie sesuai untuk kulit yang dah sedia baek. sebab sesuai untuk menghaluskan kulit. macam kulit muka aku kira okey jugak la sekarang walaupun ada masalah bintik2 hitam kat hidung dan acne kat dahi. tapi tak la teruk sangat. mungkin sebab aku selalu berjaga sampai tengah malam dan makan makanan berminyak. muahaha. :3 


aku nak bagi TIPS jaga muka nie. 
  • bagi aku bila korang pakai sesuatu produk, tapi tak bagi kesan langsung selepas beberapa bulan, jangan pakai lagi dah. mungkin tak sesuai untuk kulit muka korang.
  • dan lagi satu, kalau muka korang dah jadi teruk, berhenti guna produk2 tertentu kat pasaran biasa, sebab kebanyakan produk2 nie ada bahan kimia. :) sebaliknya mintak nasihat dari doktor atau pergi je ke farmasi mintak pendapat penjual tu dan cari ubat atau krim muka yang sesuai.
  • guna produk muka yang sesuai dengan usia korang. macam remaja2, jangan guna produk awet muda. korang dah muda pun. buat apa guna produk awet muda lagi. muahahaha. jangan la guna produk yang heavy2 tu sebab kulit muka remaja nie kira masih okay2 lagi.
  • JANGAN pakai BOTOX. *hahaha, tiada kaitan pun* 
  • JANGAN mengubah ciptaan ALLAH.  nak bedah plastik bagai. syukur lah dengan apa yang ALLAH dah bagi.
  • TIPS TERBAIK. selalu solat kerana bila kita nak solat, kita berwuduk, dan bila kita berwuduk kita pun kira cuci muka dan sebagainya serta cuci dosa2 kecik. jadi la muka korang bercahaya. anugerah dari ALLAH. :)


sampai sini saja dulu. 
kalau aku rajin aku update lagi. 
thanks sudi baca entry aku yang tak seberapa nie. :)
ILAL LIQA :3

aku dan Doodle

Assalamualaikum
bila aku bosan dan tak online aku buat benda nie. :)


belum habis lagi nie. :) 

kemaskan line dia. muahaha

monstr menyerang. :3




tengah cari artikel :)
nak cari benda yang bermanfaat. :3

ilal liqa'

Thursday, 21 November 2013

Gel Tint IN2IT

Assalamualaikum
nie benda yang aku slalu guna letak kat bibir.
benda nie macam lipt tint. teksturnya ringan.
tak melekit macam lipstick dan lipgloss. 
warna pun simple je. sesuai untuk orang yang simple macam aku. :D
aku suka pakai nie sebab macam pewarna bibir je
dan dijamin selamat. :3

Gel Tint IN2IT

packaging dia simple je kan :)

nie warna dia. aku suka guna dua2. :3

senang guna nie. calit sikit kat bibir :)

gel tint nie boleh didapati kat watson, guardian dan sebagainya 
dengan harga yang berpatutan iaitu rm9.90. boleh tahan kan harga dia. :) semua boleh beli lagi. hehe

ilal liqa'
sekian saja. :3

the hope that lost

Assalamualaikum
hari nie aku nak merapu dalam 'broken english' so abaikan kebrokenan tu dan fahami ya. kalau la korang pandai faham kan la. muahaha.

you see the title up there? the hope that lost (harapan yang hilang. cewah. muahaha). okay today i want to share with you about something la. something about myself that a bit crazy nowadays.

lost and found
i hope the HOPE that i been hope are found. *whatever mash potato*

end with THE HOPE THAT LOST. that title actually not the topic of the day.
they are just a few days before i start new sem at Politeknik Mukah Sarawak. really excited dooeee.
my roomate just like the old days. but not so old lah. just like before. just one of my roomate get out of our team. muahaha. :D not really. she just wanna have a new roomate which is her own coursemate. and our new roomate is one of business student and she is a senior. wooww, a senior in our room. so we must BEHAVE. and just be yourself. so end with ROOMATE THINGS!

i really really really miss... mmm.. just wanna knock my off head to the wall.
just check my result. and what i got. ALHAMDULILLAH. lulus. :3


ilal liqa' :)




Wednesday, 20 November 2013

Dapat felt craft dari greennpanda :)

Assalamualaikum
hari tu aku menang giveaway yang dianjurkan di facebook. 
hehehe. gembira tak terkata tau. dah la dapat benda comel
hadiah nie dah lama aku dapat tapi baru nak update :3
hehehe. pemalas abadi la kan :D Thanks a lot to greenpanda :)
aku memang adore la kekreatifan dia nie. hehehehe. :D
 
 
 comel kan benda nie?????? geram lak. nie sebenarnya bantal. besar dia kira sebesar dua tapak tangan *ape aku mengarut nie. hehehe*


 thanks a lot dear for the kawaii things. . :)
 
nak order barangan felt yang kiut miut?
boleh lah order di LINKIES kat bawah nie ye. :)

merajuk ngan bapak

Assalammualaikum
muka ketat macam muka seposen doploh sen. semalam aku merajuk ngan bapak sebab dia tak jadi bawak aku gi mall kecik tu. aku nak keluarkan duit buat belanja. dah cantik2 comel2 aku kemas dengan pakai tshirt, cardigan, tracksuit serta bertudung bawal dan berselipar jepun, dan paling hancuss aku dah duduk dalam kereta dan hari pun hujan2 renyai2 budi bahasa. dapat pulak tak jadi.

ape lagi, anak dara yang over manja nie *takde pun manjanye pon adooooii* bedesap desup berlari naik atas dan menangis dalam bilik. ALLAH, mudah sungguh aku menangis. hahahaha~ bapak aku sebenarnya ada urusan. tolong orang la kan. aku nie lak jenis mudah menangis. seriously aku bila marah dan tak dapat pun nak luahkan, aku akan menangis senyap2. bukan bising2 ya.

pastu bila bapak balik rumah, bapak tanya jadi tak pergi. aku kat bilik tekup muka guna bantal, pura2 tido la kononnya. dan adik aku dengan bangganya dan bengapnya kata kat bapak "KAKAK MERAJUK SEBAB TAK JADI JALAN" amende la budak nie. kacau line orang nak merajuk.

aku betol2 tertido pastu dan terbangun balik lewat malam sebab mesej. pastu bapak tanya la apa2 yang patut. *takdak kaitan dengan hal aku merajuk pun* aku jawab macam biasa je. tak elok merajuk lama2 tau. sedih bapak aku nanti. muaahahahah :D maafkan anakmu ini bapak. hehehe :D

habis cerita pasal merajuk.


 
aku tengok kucing nie macam style MatLutfi lak. muahaha

ilal liqa' :)



Monday, 18 November 2013

Freebies : Header Typography

 


Assalamualaikum. 
 sejak dua menjak tiga menjak nie
aku rajin pulak buat freebies kan. :)
sebenarnya aku DAH BUKAK TEMPAHAN. 
aku bagi memang murah tahap gaban la tu. 
boleh check kat sini :)


untuk pertanyaan SILA PM page aku ya. muahahaha :D


 







 ilal liqa' :)

Sunday, 17 November 2013

SEGMEN MACAM CANTIK JE MACAM COMEL JE

Assalamualaikum
emmm. macam cantik jewww. emmm mmmm. macam comel jewww. eeeee nyampah nyee. hahha. :D hari nie aku nak join satu segmen yang bisa bikin korang semua meroyan sampai aku pun temeroyan sekali. puahahaa. aku bosan la kan. so aku nak join semua segmen pada cuti nie. inshaALLAH..

http://www.bicaramakdara.com/2013/11/segmen-macam-cantik-je-macam-comel-je.html
nie la punca kemeroyanan aku *errkkk. hehe. MakDara yang super ohsem. kita nak join segmen mak dara tu. miahahaha :D

1) Letak tajuk Segmen: SEGMEN MACAM CANTIK JE MACAM COMEL JE (utk wanita)/  Letak tajuk Segmen: SEGMEN MACAM HENSEM JE MACAM KACAK JER (utk lelaki)
2) Tak Perlu follow Blog Meroyan Mak Dara ni.. Tapi kalau sudi dengan rela hati Mak Dara tak halang hehehe
2) Tepek header Mak Dara dan linkkan ke blog ini. *besar gedabak dah aku tempek2*
3) Berikan sekeping gambar yang memperlihatkan gambar anda , anak anda , kawan kawan anda atau ahli keluarga anda yang cantik yang comel, yang hensem dan yang kacak itu. Kalau boleh dapat serlahkan ke arah mata tu ye kalau takde pon takpe hehehe" *aku dah try focus mata nie hah* hehee
4) Lepas siap tinggalkan url link di ruang komen dibawah ye.

besar gedabak aku bagi gambar nie hah :D
mata tak bersalah shin chan.
dan penumbuk tangan besi menunggu bagi sesiapa yang kuajaq.
no COPYCAT ok. nak rasa penumbuk nie? 
berani2 la copy entry2 blog aku. 
ALLAH maha ADIL ya :)

ilal liqa :)




Dinner di de' ORANGE jalan bandung, Sibu (sarawak)

Assalamualaikum
semalam aku dan family outing sama2 dan dinner di restaurant de orange.
 biasa la kan, kalau bila part makan, family aku tetap akan kekal dengan satu tempat yang diaorang rasa sesuai dengan citarasa diaorang. aku pun macam tu jugak. :) suasana kedai nie best, service pun ok. 
family aku pun kira kenal la jugak dengan pemilik kedai makan nie. harga berpatutan dan memang terbaek la. :) simple dan menarik

 
nie air teh c special. air yang paling aku suka semenjak kat kedi nie takdak jual air cola. miaahahah :D

 
 air sampingan. sky juice. :D

 
Nasi Goreng Ayam. nie majority family aku order dan suka makan.

 
nie pulak yang aku suka makan. nie mee goreng basah. mee nie hampir sama dengan mee hongkong. cuma kuah je lain dan mee hongkong lebih banyak kuah. :D apepun aku memang suka makan mee2 nie. :D

 aku nie agak cerewet dari segi makanan. 
tapi kalau dah bab makanan yang memang sedap.
memang licim pinggan la aku melantak. hehehe

sampai sini saja dulu:)
ilal liqa' :D


Saturday, 16 November 2013

Wasatiyyah :)

 
baca dan fahami :)
credit : Lukisan Dakwah Islam :D

P/s : Moga diri ini akan berubah dengan lebih baik. Inshaallah :)

ilal liqa' 

a message means everything




assalamualaikum
aku asyik mimpikan dia kebelakangan nie.
aku rindu nak mesej ngan dia. tiap malam aku baca mesej yang dia hantar dulu2.
entah kenapa, bila kita sayangkan orang tu kan, semua yang dia buat kita suka. wakakaka :D
aku ada jugak mesej kt dia tapi guna FB sebab aku kan takda kredit jugak. *musim kering la katekan*
aku dapat online pun tumpang line orang yang baek hati.
macam biasa, bila aku mesej simple je. memang simple habis la. dan aku harap dia balas.
kalau mesej panjang2 dia tak balas buat aku rasa sedih je kaannn. *lap hingus, air mata guna tudung* cewah
agaknya mesti dia kecewa tengok mesej aku yang pendek2 tu kan.
cian dia.
rindu nie sakit.
aku rasa macam nak merajuk je sebab lama dah dia tak mesej aku.
tapi aku takut. . .
takut dia malas layan rajuk aku
dan terus TINGGALkan aku. :'( *imaginasi yang berlebih lebihan*

kau tahu kan. bila aku baca mesej, aku seriously tak boleh sembunyikan perasaan aku.
kadang2 aku senyum2 baca mesej sampai kawan aku kata aku gila.
kadang2 lak aku syok sangat baca mesej sampai jari aku sibuk berbelit ngan rambut, *gedikkkss kaww!*
sampai rambut jadi kusut.
*gila laaa, dunia aku dalam tepon*

memang kekadang aku macam orang gila. macam takda sosial dalam tepon *errkk??
kalau takda mesej dari dia, tepon aku memang macam tak guna. boleh je kekadang hilang taktau letak kat mana. heee
kalau ada bunyi mesej pun, aku memang harapkan mesej dari dia.
masuk mesej bunyi BEEPPPPPP!!!! terus la aku melompat ala ninja. kalau tido pun boleh terbangun
tapi rupanya mesej dari CELCOM n so on. hammmpppeeehhh. kuciwa la gua! aku nak mesej dia :(

sebenarnya kan. aku rasa diri aku nie kasar. tapi dengan dia kan. aku control je. ayu gitu. haahahahah~
menyampah sat. apesal aku macam tu eaa??
aku jadi diri aku bila dengan dia. diri aku yang selamber dan simple.
aku taktau nak sweet2 la. ape daaa. malu aku. aku kan pemalu orangnya. heehe~

tapi kannnnn, aku memang suka dia. buahahaha. :D

jiwang pulak aku nie kan. nasib aku jauh. kalau tak lama dah kena lempang lelaju. hehehehe~
sampai sini saja la dulu ya.






ilal liqa :)

Friday, 15 November 2013

aku rindu katil aku kat poli

Assalamualaikum
lama dah rasanya aku tak menaip terus dalam post nie kan. muahaha. :D
cam cantik je, cam comel je :P
aku rindu la dengan roomate aku yang suka buat bising. hehehe
aku pun rindu nak tido lelama dalam bilik sampai beberapa hari tak keluar *hah kau adeee??!!*
 tak pa la. tak lama lagi kan 28.11. akan kembali ke PMU. inshaallah. 


 tapi kan, bila dah sampai poli. 
aku jadi homesick pulak. hahaha. tak sabar nak balik rumah la. apa la. 
biasala kan. manusia. :D


 
 nie katil yang ku rindu. muahaha *tu cadar sendiri ye*
bersepah katil aku. :)

ilal liqa' :)

Freebies : Anime Header Again :)

 Assalamualaikum
lamanya dah aku tak bagi freebies kan. seperti biasa.
aku suka bagi freebies header. :D
so aku bagi header je kali nie. 
kalau nak ambik klik gambar tu dan copy je. 
korang mesti bagitau kalau nak ambik tau.
jangan main cilok je. tak elok. :)


http://4.bp.blogspot.com/-Th2wDLwmQI8/UoUA8D1ftmI/AAAAAAAAEKg/mNRUVX0NWKY/s1600/HeaderByBV5.png

http://3.bp.blogspot.com/--3KL15dHiO0/UoUBAln27FI/AAAAAAAAELA/yuEesySrHF4/s1600/HeaderByBV3.png


http://3.bp.blogspot.com/-8cRWGgH2UDU/UoUBCIFtZ8I/AAAAAAAAELI/Hqdemw6WljI/s1600/HeaderByBV.png
http://2.bp.blogspot.com/-RY0hxdCcKKM/UoUEF8SnsMI/AAAAAAAAELQ/PhjxtQGkmuc/s1600/HeaderByBV2.png


http://1.bp.blogspot.com/-J712uj6HJo0/UoUEGy5IhpI/AAAAAAAAELY/Dr6sbkmR5fo/s1600/HeaderByBV4.png
http://3.bp.blogspot.com/-C7M7F6Pi96s/UoUBAwTYigI/AAAAAAAAEK8/216k6XaLofU/s1600/HeaderByBV1.png

p/s: semenjak dua menjak nie aku rasa sunyi je. hmm.
ilal liqa. :)