Tuesday, 30 July 2013

aku dan ramadhan

Assalamualaikum
apa khabar korang? lamanya kau tak hupdate blog. berhabuk berdebu dan bermacam lagi dah kat blog nie. macam mana puasa korang? full semua? bagi aku full lagi. muahhahaha. alhamdulillah.

tak lama lagi raya. dalam satu minggu je lagi kan. hmm. puasa tahun nie aku jauh dari family. setakat nie. aku belum lagi berbuka puasa dengan family dan aku rindu nak berbuka puasa dengan family aku. tiap kali hujung minggu dan merancang nak balik mesti ada saja halangan yang menimpa *cewah. puitis pulak ayat aku nie* menyampah je la kan. :D

hahahah. aku menaip sambil diperhatikan orang. kau tahu apa yang aku rasa? malu derr. siap ada orang tegur lagi. kakakak. biasalah. maaf la bagi yang selalu jenguk blig aku tu. aku tak dapat nak balas kunjungan korang sebab aku sekarang jarang online, broadband aku buat masalah dan aku terpaksa online guna wifi kat cafe poli nie.

plus lagi. facebook kena block denganwifi nie. adoooohhaaiiiiiii. macam mana aku nak handle tempahan yang customer mintak semua tu? sorry. dugaan ramadhan agaknya. :)


ilal liqa' :)



Friday, 19 July 2013

alkisah si tudung bawal

Assalamualaikum
semua orang tau kan tudung bawal? tudung tang takkan ditelan zaman sejak dulu kala. puitis ayat aku. pada zaman globalisasi nie, tudung bawal menjadi trends gak selain dari selendang dan tudung belit2 semua tu. :D kat pasar atau kat mana2 pun ada dijual dengan harga mampu milik. sekarang macam2 bentuk dan warna dah ada. aku pun taktau nak pilih yang macam mana lagi.

masalah aku bila memakai tudung bawal nie ialah, kau sendiri tau2 la bila orang lasak macam aku nie pakai tudung bawal. mula2 pergi kelas, comel kemas lagi boom. dah sampai setengah jam baru je setengah jam tu. tudung aku dah kemek2 siap hilang dah flip2 yang aku buat tadi. pastu mula tangan gatal nak kemaskan tanpa guna cermin, main agak2 je. pastu tengok muka. ya allah, lucu je aku tengok diri sendiri. agaknya aku nie tak pandai pakai tudung bawal kot. nak pakai shawls yang bebelit tu lagi la aku tak pandai. hahaha~

taktau dah nak buat macam mana =..="
tolong aku.

jap aku nak bagitau, rupanya kat politeknik mukah tempat aku belajar sekarang ada kelab multimedia. aku minat jugak nak masuk kelab tu. tapi siapa yang aku perlu jumpa ya?

cita2 aku graphic designer tapi ambik course yang bukan bidang cita2 aku iaitu programming. aduyaiii. takpa la. rezeki aku. :D

ilal liqa' :)

Monday, 15 July 2013

Berpuasa di politeknik mukah sarawak

Assalamualaikum
macam mana puasa korang? dah ada yang berlubang? aku okay je lagi. masih full. hahaha~ gembira dooo. alhamdulillah dalam bulan ramadhan kali nie aku sememangnya cuba mendekatkan diri pada Allah. aku cuba penuhkan solat yang wajib. walaupun masih ada kekurangan dalam diri aku nie. aku terus cuba la. :)

puasa sambil belajar aku rasa best pulak. aku tak kesah pun aktiviti apa pun. sebab nikmat puasa rasanya aku tak rasa penat pun berbanding aku duduk diam tak buat apa2.


sampai tu saja la buat masa nie. :)
selamat berpuasa semua. :D

ilal liqa' 

Sunday, 14 July 2013

Freebies Header Comel

Assalamualaikum.
aku lama dah tak bagi freebies header.
so aku rajin la buat header nie apa semua 
kalau nak ambik bagitau dulu tau. jangan main hambek sebarang je. :D
tak credit pun takpe. asal bagitau. :)






ilal liqa' :)

Thursday, 11 July 2013

Pertama kali puasa tanpa family di sisi

Assalamualaikum
apa khabar korang? lama dah rasanya aku tak menaip kat blog nie. cian blog aku terbiar. heeeee~ meskipun aku sibuk ckit tapi aku tetap nak luangkan masa nak cerita kat korang pasal pertama kali aku berpuasa jauh dari family. agak awkward and sedih la sikit.

bangun sahur dalam pukul 4 macam tu. kat henpon dah set jam tapi biasa la aku nie kan. dah set jam bangun jap pastu tido balik. apa kejadahnya tu??!! hahaa. nasib baek la roomate aku semuanya okey dan baik hati. terharu agaknya diaorang kalau baca nie. hehehe. :D kami sahur kat meja study sendiri dan pastu solat subuh pun sendiri2. :)

dah study apa semua. ada ceramah lak dalam pukul dua hingga 3 lebih camtu. lepas habis aku dengan kawan2 yang lain pergi bazar ramadhan kat mukah nie untuk beli makanan berbuka puasa. aku beli tak la banyak. aku beli laksa sarawak, isi ayam dan abc milo je pun. tu pun da cukup banyak bagi aku. bazar kat mukah nie kecik sikit berbanding dengan bazar ramadhan kat sibu (tanah tumpah darahku).

dah berkumpul dalam bilik tunggu masa berbuka. dah berbuka pun. aku rasa sedih lah pulak. tapi tak la sampai nak nangis. hahaha~ tetiba roomate aku dapat panggilan and tetiba dia menangis dalam ketawa kot. comelnya. hehe~ rupanya dia baru bercakap dengan bapak dia. dia kata bapak dia dulu menangis. jadi dia pun ikut menangis sekali. kami seroomate kecoh kot cakap 'jangan menangis, nanti kami nangis juga' hampir camtu la bunyinya. semua baru first time jauh dari family bila berpuasa. mestilah sedih kan. inilah cabaran hidup sebagai pelajar politeknik. :) cewahhh. :)

esok lusa tulat aku akan update tentang kursus 1citizen. hehehe~
sekian,
ilal liqa'

Thursday, 4 July 2013

kenapa aku sukakan fotografi?




aku suka fotografi sebab aku memang suka. aku sejak dari kecik lagi nak pegang kamera walaupun aku tak mampu nak beli. aku selalu nak pegang kamera sebab setiap sudut pemandangan yang menarik aku nak ambik. dalam masa tertentu aku memang berharap sangat aku dapat pegang kamera untuk ambik gambar moment yang aku nak. tapi apakan daya. aku takdak kamera lagi.

sebab minat yang mendalam aku dalam diam memang nak beli kamera apa2 jenama la. asalkan kamera. heee~

gambar yang paling aku nak ambik adalah pemandangan. bila ternampak atau tengok pemandangan yang cantik hasil ciptaan ALLAH dengan segera aku berharap agar kat tangan ada kamera AKA DSLR sekarang. i really wish that happen. everytime and everywhere la kan aku nak ada DSLR so aku boleh ambik apa2 gambar yang aku nak.

for example,
sedang aku dalam perjalanan nak pergi cafe, tetiba aku ternampak siput tuuttt atas rumput dan aku rasa view tu mesti unik kalau diambik melalui DSLR. so i really want DSLR in my hand and that what really happen to me.

rasa tu ada setiap kali aku nampak view2 yang menarik minat aku. jangan heranlah kalau kadang2 aku termenung bila tengok sesuatu. hahahah~ i am in my own world :D

korang doakanlah aku agar dapat kamera cepat2 ya.