Friday, 31 May 2013

Tips Memujuk Teman Lelaki Yang Merajuk

Assalamualaikum
aku terbaca dan terus copy.
bagi aku tips nie sesuai bagi pasangan suami isteri
*aku saja je share*
tapi yang pelik. tak perlu pujuk ke? heheh :D



Mengapakah si dia merajuk?
Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan pasangannya.

Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan pasangannya. Perselisihan faham ini menyebabkan si dia tidak berpuas hati dan dia mengambil keputusan untuk membawa diri (merajuk) dan mendiamkan diri dengan tidak membalas mesej atau mengangkat call.
Apabila perkara ini berlaku, pasangannya akan berasa bingung dan pelik kenapa si dia perlu merajuk? Masalah yang berlaku bukan suatu isu yang besar dan tidak perlu merajuk sampai sebegitu rupa. Dan pasangannya akan terus cuba menghubungi si dia dan bertanyakan pelbagai soalan bagi menyelami perasaannya. Ini menyebabkan si dia akan semakin mendiamkan diri dan pergi semakin jauh.
Jadi, bagaimanakah caranya untuk memujuk si dia?

Terdapat 4 tips yang dapat anda gunakan bagi memujuk lelaki yang merajuk. Mudah-mudahan apa yang kami kongsikan di sini dapat membantu anda dalam memulihkan keadaan dan dapat memujuk si dia yang sedang mendiamkan diri itu.

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian
Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan
Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.

3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya
Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.

4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda
Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari Forum Tentang Cinta, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.


ilal liqa'

Doodle by BudakVanilla

Assalamualaikum. 
semalam tangan rajin nak buat doodle. 
muahaha. maka jadilah doodle comot nie. :)
kita guna paint tool sai. tanpa mouse. sedih -..-


nak ambik? ambiklah buat jadi header atau apa2. 
tapi jangan lupa bagitau ya. :)

harap bermanfaat
ilal liqa'

Thursday, 30 May 2013

Remember and forget






tentang BudakVanilla

Assalamualaikum.
aku tau dalam blog aku nie. aku banyak rahsiakan pasal diri aku. 
biasa la kan. aku nie kan pemalu. keh keh.  :D

tentang aku. *ini blog aku. biar la keperasanan aku terserlah*

aku minat melukis
aku suka doodling
aku suka pakai kasut *bertali*
aku tak minat benda yang canggih *pening der*
aku tak berapa suka main game yang mencabar otak *tapi layan jugak*
tapi aku tak suka matematik *otak aku lembab*
bab sains aku minat biologi je
aku suka software yang berkaitan dengan editor2
aku suka baca komik *sebab warna warni n boleh buat otak aku berimiginasi dengan gempak*
aku suka pen ink cair *hitam untuk aku menconteng*
aku suka tengok kening sendiri *sebab tebal. waakkaka*
aku suka tengok muka hensem/cantik/comel *fitrah manusia*
aku bluurrr *kelemahan paling ketara*
aku suka kamera *tak kesah la jenis n jenama apa*
aku tak berapa suka touch screen nie *terutama henpong*
aku suka produk kecantikan *tapi bagi aku belom ada gunanya*
aku suka sangat mee hong kong *faveret sejak dahulu kala*
aku minat design *aku dah bagitau beribu kali dah*
aku minat islam



aku dah taktau nak buat entry pasal apa.
sejak akhir2 nie aku suka perasan eh?
selalu buat entry pasal diri aku.
*sukati lar, blog aku kan?*
muahahaha. :D

ilal liqa'

Sunday, 26 May 2013

photography?

Assalamualaikum.
u know how much i love art?
muahaha. aku minat seni
*agaknya aku dah beribu ribu kali bagitau kat korang yang aku suka seni*
tapi sayangnya. rezeki aku sambung belajar bukan dalam bidang seni
uhuk uhuk. perjuangan belom abis lagi!!!
aku pun minat photography.
walaupun tak mampu beli dslr yang mahal2 tu.
kamera talipon pun jadi lah. :)

ok. nikmati la gambar yang aku ambik guna camera 360 kat tepon ninethology. :D
*hudoohh*







aku taktau nak buat apa. :D

ilal liqa'

BudakVanilla's Diaries #3 : merapu


Masa: asar
Tempat: ruang tamu (tempat biasa)

Bismillahhirrahmanirrahim.
Dear Diary,

bila la aku nak habis tengok drama korea rooftop prince. makin lama tengok makin berdebar lak rasanya. muahaha. best drama nie. lain ckit dari yang lain. unexpected. sebab ak tengok drama nie. semua terabai. termasuk tepon aku. haha. sampai orang dalam tepon tu pun terasa. maaf. :(

nak mengalir lelaju je air mata suci aku bila tengok drama nie. apatah lagi dengar lagu tema dia HURT. muahaa. sedih giler siot. mesti sakit rasanya bila yang tersayang tinggalkan kita kan? sakit lagi bila tiba2 pergi? apsal aku jiwang lak nie? hehehe. pengaruh drama korea lettuw. tak ke gittew *rasa gedik je aku guna ayat2 nie semua*

hmm. aku masih berbelah bagi sepuluh. antara politeknik atau form 6? aku mungkin ditempatkan kat politeknik kat sarawak nie je. antara matang atau mukah. aku rasa aku cuma bernasib baek dapat masuk poli. mungkin hanya untuk mengisi kekosongan yang ada. alhamdulillah syukur kepada ALLAH. :)

kucing comel aku si kookie nak dibagi kat nenek semula. atas kenakalannya yang suka melompat dan mencakar kaki orang. cian kookie. kookie memang tak boleh tengok benda bergerak. hahaha. ala2 rimau gitu. tak pe la. :'(

masih dalam mood sedih sebab drama korea. rooftop prince. tak lama lagi habis dah nie. hehe
sampai kat blog aku letak lagu dia. kalau nak dengar. tengok2 la kat sidebar tu.  :)

yang sentiasa menahan air mata, *wwwaaaahh. puitis gak aku nie kan?*
BudakVanilla

Friday, 24 May 2013

upu lagi?

Assalamualaikum.
hari nie batch 95 sekali lag gempar dengan keputusan permohonan bagi Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Pelajar ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti & ILKA
Ambilan Tahun 2013 . muahaha. dan aku? opcoz la join sama gemparkan. hehe. muka tak tentu arah tengahari tadi. kini semakin menghilang. hehe

kat upu aku mohon politeknik
Diploma Reka Bentuk Grafik (politeknik) Politeknik Muadzam Shah, Muadzam, Pahang *jauhnya*
Diploma Reka Bentuk Indusri (politeknik) tak dapat dikenal pasti kat mana. muahaha. :D

tup2 check upu kat tepon. alhamdulillah aku ditawarkan program EHD44. atas rasa ingin tahu apa benda program tu. aku cepat2 check kat laman web upu sendiri.

klik untuk tumbesaran mendadak

aku ditawarkan dalam
EHD44 - DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (PENGATURCARAAN)

hati tergerak kata. wuuu. amenda tu? teknologi maklumat tu.so dengan pantasnya tangan jenguk google. cari2 apa yang patut. muahaha. apa yang aku dapat cari? hah nie dia. 

SINOPSIS PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (PENGATURCARAAN)
Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, membuat kerja projek, melaksanakan kerja-kerja amali dan menjalani latihan di industri. Program ini menawarkan kursus-kursus pengkhususan dalam bidang teknologi maklumat seperti Asas Pengaturcaraan, Perisian Aplikasi, Komputer dalam Teknologi Maklumat, Sistem Digit dan Mikro Pemproses, Pengaturcaraan Visual Basic, Pengurusan Rekod, Sistem Pengoperasian, Komunikasi Data dan Sistem Telekomunikasi, Algorithma dan Struktur Data, Pengaturcaraan C++, Asas Perniagaan, Akitektur dan Organisasi Komputer, Multimedia, Sistem Pangkalan Data, Pengaturcaraan Java, Rangkaian Komputer, Pembangunan Perisian, Visual Basic dengan Pangkalan Data, Pengurusan Perniagaan, Pembangunan Web, Pengurusan Projek, Sistem Maklumat, e-Dagang dan Pengurusan Perisian. Kursus-kursus elektif seperti Prinsip Mikro Pemproses, Pengurusan SQL Server, Rekabentuk Rangkaian Kampus dan Animasi Digital juga ditawarkan sebagai pilihan kepada pelajar.



mak aiii? banyaknya pasal komputer2 nie? agaknya lepas belajar semua nie boleh jadi hacker yang berjaya tak? hahaha. yang aku tau bidang nie banyak memerlukan matematik. dah la bab matematik la aku paling lemah. otak lembab. adohai. kalau bab multimedia dan animasi digital tu aku minat la jugak. sayangnya aku minat iaitu Diploma Reka Bentuk Grafik tu tak dapat lak. aku tau pihak upu faham yang mak bapak aku taknak aku belajar jauh sangat. haahhaa. jadi pihak upu cari program yang hampir sama *malahan lebih complicated. muahaha* agar aku masih dekat ngan family. terima kasih upu. hahaha. 

so aku masih lagi keliru yang teramat. adakah aku patut ambil diploma nie yang tentunya mencabar minda otak kering aku? atau aku teruskan dengan form 6 yang perlu fokus sepenuh masa? 
hmm. susahnya nak buat keputusan. waakkaka. *sebenarnya aku agak minat dalam bidang teknologi nie*
apa pendapat korang? meh explain panjang lebar. :D

aku nak mintak petunjuk dari ALLAH. :)
ilal liqa'

Siapa BudakVanilla??

Assalamualaikum.
hari nie aku nak memperkenalkan diri aku seadanya. muahaha.

siapakah sebenarnya BudakVanilla nie? kenapa tak guna nama sebenar?
sebenarnya BudakVanilla nie gadis pemalu yang terover malu. hehe. but still peramah kalau jumpa orang yang peramah dan mahu berbual. bukan seorang yang pemarah. aku sarawakian dan merupakan kaum melanau islam. aku tak guna nama sebenar sebab. hmm. mula2 aku taktau apa sebab dia. mungkin saja nak buat nama pena. tapi akhirnya aku tau. aku nak nama femes yang takdak orang guna nama yang sama. muahaha. plus aku takut kecurian identiti *dongeng sungguh, pengaruh filem. ahaha*

kenapa dan bagaimana boleh terjebak dengan dunia blog?
aku boleh terjebak dengan dunia blog tanpa aku sendiri sedar. haha. aku takda kawan2 yang berblog. aku buat blog secara tak sengaja masa boring godek2 google. kat tabs google kan ada tentang blog. so aku terbuat secara tidak sengaja tanpa apa2 asas yang ada. basic memang takdak langsung. aku buat blog pada bulan mac 2012 dan mula aktif pada bulan may. aku masih ingat lagi siapa follower pertama blog aku. :) haha. dan aku masih ingat pengomen pertama. :D url blog nie wujud secara spontan jugak. aku tak pernah tukar dari masa mula2 aku buat blog dulu. :D

tema blog?
tema blog aku dulu2 masa mula2 hitam dan masih ada tema merah2 macam warna sekarang. sekarang lak aku lebihkan merah. *blog aku MERAH okay bukan PINK*. hahaha. taknak ngaku blog pink. hehe. dan tema penulisan dalam blog aku nie slamber dan syok sendiri. aku menulis memang untuk syok sendiri. asal takda orang sakit hati dah la kan. :D aku agak menyokong blog ke arah islamik. :) tapi aku suka jugak blog mengenai kehidupan sebab boleh muhasabah diri. :D


sekian saja tentang aku kali nie. 
terima kasih sudi baca. :)
jazakallahukhair
ilal liqa'





Thursday, 23 May 2013

Diskaun 15% khas untuk pembaca blog BudakVanilla

Assalamualaikum.
berita terbaek untuk pembaca blog BudakVanilla. muahaha. :D hari tu ada terima email dari pihak tudung2u. :) mereka berbaek hati sangat bagi baucher 15% diskaun untuk pembelian di tudung2u untuk pembaca pembaca comel di blog BudakVanilla nie. hehe. bestnye. so apa lagi. meh la borong jangan tak borong. 

dari pihak Tudung2u 
Jualan Tudung Online Terbesar Malaysia
Tudung2u jual pelbagai tudung dengan harga berpatutan dan berkualiti. Para pelanggan boleh dapat tudung bawal, selendang half moon, anak tudung, inner neck di website kami. Terima kasih atas sokongan.

kat website jualan tudung online nie iaitu tudung2u nie bukan tudung2 je yang dijual. ada gak selendang. anak tudung dan kerongsang. dah lah cantik2 banyak pulak pilihan dia. harga pun berpatutan. :) meh tengok sebahagian contoh tudung2 yang ada dijual kat tudung2u. :) *nie design2 yang menarik minat aku.muahaha* harga pun boleh tahan kan? :D

Tudung Bawal
dari kiri : 
Tudung Bawal Ropol (rm19)
Tudung Bawal Sulam Batu (rm24)
Tudung Bawal Polkadot (rm15)
Tudung Bawal Corak Matahari (rm18)




Tudung Awning (Tudung Instant)
dari kiri: 
Tudung Awning Corak Lycra (rm20)
Tudung Awning Layer Plain Chiffon Brooch (rm45)
Tudung Awning Layer Chiffon (rm34)
Tudung Awning Layer Renda Lycra (rm29)




Selendang
dari kiri:
Selendang Panjang Jojet Batu (rm20)
Selendang Panjang Polkadot (rm18)
Selendang Panjang Chiffon Corak (rm14)
Selendang Panjang Jalur (rm14)



kat atas nie cuma sebahagian je. banyak lagi corak dan design yang menarik kat tudung2u.korang pergi la kat website mereka. bawak mak sekali untuk pilih tudung.hehe. 

untuk dapatkan DISKAUN 15% di tudung2u
sila guna baucher nie. 
BSV2013 
(sah sehingga 15 June, 2013)

kunjungi --


apa tunggu lagi. SERRBBUUU. terima kasih buat pembaca tersayang. muaahaha. :D
harap bermanfaat. 
ilal liqa' :)

Wednesday, 22 May 2013

BudakVanilla's Diaries #2 : pelupa

Masa: hampir maghrib
Tempat: ruang tamu (tempat biasa)

Bismillahhirrahmanirrahim.
Dear Diary,

hari nie. aku hadir sekolah macam biasa. esok last sekolah pastu cuti panjang selama dua minggu. yahhoooo! dapat online sepuas hati dan jiwa. hehehe. dan hari nie masa kelas pengajian am aku tergelak dengan kuatnya sebab first time tengok cikgu pengajian am yang kononnya garang tu ketawa. ok gak cikgu tu. bukan macam first impression aku masa mula2 masuk kelas form 6. masih releven lagikah first impression? hahaha. :D

aku yang pelupa nie baru ingat. YA ALLAH. baru teringat. kad pengenalan baru yang aku buat MAC lalu belum ambik lagi kat jpn. apa la pelupa sangat aku nie. plus, takdak orang nak temankan aku ambik. seedddiihhh. takpa la. ada masa aku ambik gak nanti. :) btw. tepon cikai aku dah mati akibat dihentak berkali kali oleh aku yang kejam nie. cian tepon tu. banyak kenangan. aku hentak tepon tu sebab dia pengsan berkali kali gak, muahaha. :D

dan lagi.. ... aku belom habis lagi tengok Drama Korea : Rooftop Prince. sedangkan adik aku dah habis tengok. hahaha. best gak drama tu. tringat lak kisah ashabul kahfi. sedih gak dengar lagu tema dia. HURT. nak nangess. uhuk uhuk. ececeh.  :D aku tunggu mesej tak datang2. nape ea? :'( bila masa2 camnie senang sangat aku rasa sedih. macam2 rasa ada. paling selalu aku rasa sedih. dipinggirkan dan tidak disayangi. hahaha. apakah? adakah ini PMS? aku benci rasa nie. :'(

yang menaip dengan awkward,
BudakVanilla

aku ade terfikir nak tukar template jadi sesimple yang boleh dan gambar kat atas jadi header.
tapi aku sayangkan template nie lagi, muaahaa. malas la nak tukar. dah sayang.  >..<"


Tutorial : Hilangkan background hitam untuk header transparent

Asssalamualaikum. 
semua dah tau kan ada masalah kalau kita nak tukar header transparent. yang background header transparent tu bertukar jad warna hitam dan tak jadi transparent lagi. so meh kita buat tutorial untuk menyelesaikan masalah ni.. cewah. muahaha.  :D 

1. Pergi ke Dashboard > Layout > (Header)

klik remove header :)



2.  pilih "From the web. Paste an image URL below. "
    masukkan url header korang dalam kotak tu dan jangan lupa tekan ENTER





3. klik SAVE kalau header dah muncul. dan silalah check header blog korang. :)


berjaya tak? 
kalau tak berjaya bagi komen. 
kalau berjaya pun bagi la komen. muahaha. 

p/s : untuk url header tu. korang boleh upload kat blogspot (entry) dan copy image url. *pastikan saiz image original ya. dan boleh guna dah.  :) 

harap bermanfaat. 
ilal liqa'

Tuesday, 21 May 2013

BudakVanilla's Diaries #1 : pemulaan

Masa: hampir maghrib
Tempat: ruang tamu (tempat biasa)

Bismillahhirrahmanirrahim.
Dear Diary,

hari nie hari pertama aku buat diary kat blog. dulu2 pun aku rasa diary jugak. tapi tu kira aku bercakap atau berkomunikasi dengan readers di alam maya. tapi kalau dah kes2 diary nie. aku buat macam aku bercakap dengan diri sendiri je la. hahaha. semua yang aku nak cerita dalam nie. but here the rules bila korang baca muahaha.

  • mohon jangan ketawakan hari2 aku. mungkin diary nie penuh merepak.
  • jangan bagitau ngan orang lain pasal diary aku nie. *nanti aku malu pulak*
  • kalau terjumpa mana2 diary merepak. abaikan. 
  • mohon jangan ungkit2 lagi benda yang korang dah baca. muahaha
  • abaikan kegilaan aku dalam menulis. 

bak kata orang. menulis ikut akal. bukan perasaan. tapi aku nak guna dua2. hehe. muahaha. nama dah diary kan. hari nie aku tak sekolah. sakit perut. senggugut. sakitnya hanya ALLAH dan kaum hawa je la yang tau. sakitnya mula dari semalam. petang2 tu aku redakan sakit dengan tido sebanyak mungkin walaupun aku tau tido banyak2 tak elok untuk otak. wakaka. :P  so lepas bangun. kepala berat2. makk aaiiihhh. perut aku masih lagi sakit dan semakin sakit. so untuk redakan sakit tu. aku buat air panas dan letak dalam botol dan terus tuam kat perut. walaupun masih sakit. lega ckit la rasanya. mak suruh aku makan benda hitam yang pelik tu. namanya majum. mak kata bagus untuk melancarkan pengedaran darah. muahaha. pandai mak aku nie kan. keh keh keh. sebab kesakitan yang membara tu. aku tak dapat tido. mesej punya mesej. aku tak sedar masa berlalu terlalu pantas. ececeh. skema pulak ayat. macam biasa aku tido lewat. perut masih sakit. orang dah suruh tido. sempat pulak aku berangan. hahahaha. ape daa.

angan2 aku time perut sakit tu. aku pejam mata siap berangan lagi perut aku kena urut. hahaha. gila betol angan2 tu. alhamdulillah. rasa selesa lak perut aku masa tu dan aku terus tertido. pagi2 nya pulak, aku nak pergi sekolah. aku malas nak bangun. perut masih lagi sakit. jadi tak sekolah la aku tadi. tapi yang tak bestnya. aku sakit. redha je la kan. rugi pulak tak sekolah hari nie. hmm.

sorang kawan aku dah nak berangkat ke uitm kota kinabalu sabah. gudluck untuk dia. :) mudahan dapat ramai kawan nanti. aku masih melekat di form 6. harap dapat pindah. sebab nak ambik seni. dah la. panjang pulak aku membebel. heheh. goodnight diary. :)

tuan punya , 
BudakVanilla



Monday, 20 May 2013

Merapu Peng Pong

Assalamualaikum.
dah lama tak buat entry merapu bagai. muahaha. agaknya pembaca setia blog kesayangan aku nie dah bosan  kot baca entry yang langsung aku rasa hilang kefaedahannya *tatabahasa salah*. aku sebenarnya taktau nak buat entry pasal apa. kekeringan kekontangan idea. miahaha. apakah? tak pa la. nanti aku buat entry tentang ilmu pengetahuan pulak.

aku tau ramai blogger pernah menghadapi masalah yang aku hadapi sekarang. tak pe la. idea taknak datang. hehehe. by the way. aku rasa macam nak jadikan blog nie sebagai diari harian aku. macam apa yang aku buat setiap hari. tak kesah la benda remeh temeh timah ke. senang aku muhasabah diri bila dah besar2 nanti. hehe. rujuk balik entry lama. tak ke lucu camtu? :D haha. apapun menulis isi hati jantung kat blog nie boleh release ckit rasa yang terpendam dalam jantung aku nie. tak la berat sangat rasanya.

aku pun tak la rasa malu sangat. sebab korang tak kenal aku pun. hehe. dan semestinya tiada kawan2 terdekat aku yang baca blog nie. korang yang jadi rakan blogger aku je yang rajin baca. terima kasih sangat. aku sayang korang. *lap hingus guna lengan baju. terharu jap* hehe. rupanya ada jugak yang sudi jadi pembaca setia blog picisan nie. aku paling tabek silent readers sebab aku tau korang pemalu dan korang mesti admire penulisan aku kan? muahahaha *perasan tahap cipan*

nie kat dunia sebenar. :)

agak2 kalau kat dunia bloggers cam kita nie. 
Pembaca Setia think i'm slumber,
Silent Readers think i'm cool,
Only Visitor think i'm okay.

agaknya camtu la kot. perasaan lebih lak. hehe
entry nie auto publish. masa publish nie aku kat sekolah kot. hehe
makasih sudi baca. hehe. moga diberkati ALLAH. :)

ilal liqa'


Sunday, 19 May 2013

aku redha

Assalamualaikum.
semua bebudak batch 1995 sibuk cerita pasal upu kan? aku pun nak cerita. muahaha. sedih ckit la sebab aku tak berjaya dalam permohonan. cian aku. hehe. takpe2 mohon tabahkan hati hamba yang kerdil ini. :) banyak gak kawan aku yang kurang bernasib baek. result gempak2 tapi tak dapat. takpe la. bukan rezeki kan. mungkin ALLAH dah tentukan rezeki kita kat tempat lain. :)

buat yang Berjaya tu. alhamdulillah dan TAHNIAH diucapkan sebab berjaya. aku tumpang gembira. :D
buat yang Tidak Berjaya. rezeki kita kat tempat lain. jangan putus asa tau! boleh buat rayuan lagi. kehkeh. :D

Rayuan ke IPTA bagi program pengajian Lepasan SPM/Setaraf dibuka untuk capaian mulai 24 Mei 2013 jam 12.00 tengah hari sehingga 02 Jun 2013 di URL berikut :-
https://online.mohe.gov.my/upu/onlinerayuanupu/


maafkan aku kalau aku membosankan. :'(
aku tau aku seorang yang happy go lucky dalam hati je. wakaka. :D

ilal liqa' :)


Tutorial: Pasang Footer di Blog

Assalamualaikum. 
jom pasang footer comel kat blog korang. hehe.
apa tu footer? nie la footer. :D

nie footer blog aku.  :D

1. Pergi ke Dashboard > Template > Edit Template > bukak FOLD > Ctrl+F > cari kod <footer> > klik enter

2. dah jumpa? masukkan kod nie kat bawah kat bawah kod no 1. tadi.
<center><img src='URL FOOTER' style='width: 960px; height: 150px;'/></center>
3. Merah: Masukkan URL GAMBAR FOOTER yang comel tu. :)
    Biru: berdasarkan width n height gambar footer korang la. :)

4. Preview dan Save kalau menjadi. :)


comel dah blog korang? tahniah2. mueehee
ilal liqa' :)

Tutorial : Scrollbar blog macam BudakVanilla

Assalamualaikum. 
jom buat scrollbar di blog macam aku punya. muahaha.  :D
sama2 kita jadikan blog kesayangan cumel2 kawaii2 belaka. :)


1. Pergi ke Edit Template > buka fold > tekan Ctrl+F > cari kod ]]></b:skin> dan tekan enter

2. dah jumpa? copy n paste kod nie sebelum atau kat atas kod kat no 1. tadi. :)
::-webkit-scrollbar {
width: 8px;
height: 8px;
}
::-webkit-scrollbar-track-piece  {
background-color: #A9F5D0;
border: 3px solid #FFFFFF;
}
::-webkit-scrollbar-thumb:vertical, ::-webkit-scrollbar-thumb:horizontal {
background-color: #01DFA5;
border: 1px solid #FFFFFF;
}


3. tukar kod warna yang telah di BOLD kan kepada kod warna yang korang suka.

4. preview dulu dan SAVE la kalau puas hati. :)

comel dok?
smoga berjaya. 
ilal liqa' :)


Tutorial: Pisahkan Sidebar Wrapper (sidebar borders) *Style 2*

Assalamualaikum.
mood rajin gila nak buat tutor. :P
nie style kedua untuk sidebar borders. 
comel kan? ada dua warna. dan yang pasti. COMEL. :D

nie preview yang dah jadi. :)

1. Dahboard > Edit Template > Buka FOLD > cari kod ]]></b:skin> > enter

2. dah jumpa kan? masukkan kod ini kat atas kod yang dicari kat no 1 tadi. 
.sidebar .widget {
background: #FFF;
border-top: 4px solid #F5A9BC;
border-bottom: 4px solid #A9BCF5;
border-left: 4px solid #A9BCF5;
border-right: 4px solid #F5A9BC;
  margin:5px 5px 1.0em;
  padding:0px 5px 1.0em;
border-radius: 10px;
 }
3. preview dan save kalau menjadi. :)

tukarkan yang kod warna BIRU dengan kod warna yang korang suka. SINI.

kemas kan? cantik lagi. hehe. :) tahniah. blog anda dah comel. :D
sebarang petanyaan akan dijawab kat komen box okay! :)
ilal liqa'

Tutorial: Pisahkan Main Wrapper (Entry Borders)

Assalamualaikum.
hari nie rajin nak buat tutorial. nie khas untuk simple template. :) so yang bukan simple template tu aku tak yakin lah dapat ke tak guna tutor yang nie.

preview yang dah jadi. :)

so kita mulakan tutorial :)

1. memula pergi ke templates dan klik benda yang ditunjukkan anak panah merah seperti dalam gambar dibawah. 
klik benda hitam yang ditunjuk anak panah :) klik yang 1 tu je. jangan memandai nak klik benda lain. 

dan jadi camnie kan? 

2. klik Ctrl+F serentak dalam kotak tu dan cari kod .post { tekan ENTER. 

3. bawah kod di nombor 2 korang akan jumpa kod margin: 0 0 $(post.margin.bottom) 0; dan delete kod tu. 

4. kemudian masukkan kod ini dibawah kod di nombor 2. 
margin:0 0 1.5em;
padding:10px;
font-size: 12px;
background:#ffffff;
border: 2px dashed #000000;
border-radius:10px;
line-height:1.9em; 
5. klik Preview Template dan kalau tak da error boleh SAVE  :)

nota pelangi:
Kuning: ketebalan border yang korang nak
Biru: border tu boleh tukar jadi dotted atau solid
Merah: warna border korang. pilih warna SINI

menjadi tak? kalau jadi komen la sikit. :)
ilal liqa'


Tutorial: Pisahkan Sidebar Wrapper (sidebar borders) *Style 1*

Assalamualaikum. 
jom buat pisahkan sidebar wrapper supaya blog nampak leebih kemas. :)

nie preview yang dah siap. :)
comel dok? muehehe


1. pergi ke Dashboard > Edit Template > Bukak FOLD > cari kod ]]></b:skin> > Enter

2. dah jumpa? letak kod nie kat atas kod yang korang cari tadi

.sidebar .widget {
background: #FFF;
border: 2px solid #000;
  margin:5px 5px 1.0em;
  padding:0px 5px 1.0em;
border-radius: 10px;
 }



3. Preview dan Save kalau menjadi :)

Nota Pelangi :
Kuning: ketebalan borders
Biru: boleh tukar jadi dotted, dashed, double
Merah: warna borders SINI
Hijau: lengkung borders

comel dan kemas kan? :)
syabas kalau menjadi. tak jadi cuba buat betul2. :D
ilal liqa'

Tutorial: template editor style baru 2013


Assalamualaikum.
umum dah tau kan edit template kita dah jadi warna warni dan ada yang masih blur?? aku pun masih blur ckit. tapi sekarang dah ok. :D jom belajar camna nak edit template style baru nie dan camne nak ctrl F dalam template editor nie. :)


1. memula pergi ke Dashboard > Templates > Edit Templates > dan klik benda hitam (FOLD) kat atas sekali yang ditunjukkan anak panah merah seperti dalam gambar dibawah. 

klik benda hitam (FOLD) yang ditunjuk anak panah :) klik yang 1 tu je. jangan memandai nak klik benda lain. 


dan jadi camnie kan? 

2. klik Ctrl+F serentak dalam kotak tu dan cari kod yang korang nak cari dan tekan ENTER.

3. dapat dah kod yang korang cari kan? so edit2 la apa yang perlu. muahaha. pastikan kod yang korang cari betul tanpa sebarang kesalahan *cewah* :D

*benda hitam tu kira FOLD sebab dia kira lipat2 benda yang tak perlu nampak. *ade ke* haha.

pandai dah? tahniah2. :)
selamat mengedit template. :D
ilal liqa' :)

Friday, 17 May 2013

Lagenda Ikan Patin & Kenapa Kebanyakan Melayu Sarawak Tidak Memakannya


Assalamualaikum.
hari nie nak cerita pasal sarawak. negeri kelahiran aku. :)
aku orang sarawak yang tak makan ikan patin. sebab kononnya pantang. 
entah betol atau tidak. walluahalam. aku tak percaya sangat. cuma memang aku tak makan la ikan nie sebab mak bapak aku tak makan pun. muahaha. dan aku tau memang ada legenda tentang ikan nie yang jadi sebab ada antara orang sarawak yang memang tak makan ikan patin. so aku baru tau apa cerita panjang dia. wakaka. :D so rajin2 baca la ya. 

camnie rupanya muka ikan patin tu ya. hehe :)

Ikan patin adalah salah satu jenis ikan sungai atau ikan air tawar. Ikan jenis ini memiliki bentuk yang unik. Badannya panjang sedikit memipih, berwana putih perak dengan punggung berwarna kebiru-biruan, tidak bersisik, mulutnya kecil, memiliki sesungut berjumlah 2-4 pasang yang berfungsi sebagai alat peraba. Ikan patin termasuk ikan yang hidup di dasar sungai dan lebih banyak mencari makan pada waktu malam. Diceritakan keenakan memakan ikan patin jika kena dengan menu masakan kelazatannya sehingga menjilat jari tetap walau seenak mana atau senikmat mana ikan patin mengapa ramai Melayu Sarawak tidak memakannya. Sudah tentu ada cerita legenda disebalik mengapa dan kenapa masyarakat Melayu Sarawak mahupun Melayu di nusantara tidak menjadikannya hidangan pembuka selera. Inilah paparan Borneo Oracle buat kali ini iaitu Legenda Ikan Patin Dan Mengapa Ramai Masyarakat Melayu Sarawak Tidak Memakannya.

Umum mengetahui bahawa kebanyakan masyarakat Melayu Sarawak leluhurnya adalah daripada negara-negara Nusantara seperti Indonesia dan yang lebih spesifik adalah leluhur yang berasal daripada Riau, Sumatera Barat. Sebenarnya ada sebuah cerita legenda di kalangan masyarakat Riau di Sumatera sejak beratus-ratus tahun dahulu. Cerita legenda tersebut mengisahkan seorang nelayan yang bernama Awang Gading, yang menemukan seorang bayi perempuan di atas batu di tepi sungai saat ia pulang memancing. Konon, bayi itu adalah keturunan raja ikan di sungai tersebut. Oleh kerana merasa kasihan dan simpati, si nelayan membawa bayi itu pulang ke rumahnya untuk dijaga dan dibesarkan seperti anak-anak yang lain. Bayi itu diberinya nama Dayang Kumunah. Selama dalam asuhannya, si nelayan telah mengajar Dayang Kumunah dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan budi pekerti yang baik, sehingga ia pun membesar menjadi seorang gadis yang cantik, bijak dan berbudi pekerti luhur. Setiap pemuda yang melihatnya pasti akan terpikat kepadanya.

Pada suatu hari, seorang pemuda tampan dan kaya yang bernama Awang Usop telah melewati rumah orangtua Dayang Kumunah. Pemuda itu melihatnya sedang menjemur pakaian. Saat itu pula, Awangku Usop langsung jatuh hati kepada Dayang Kumunah dan berniat untuk menyuntingnya sebagai permaisuri hidupnya. Beberapa hari kemudian, Awangku Usop datang ke rumah Dayang Kumunah untuk meminangnya. Dayang Kumunah bersedia menerima pinangan Awang Usop, asalkan ia juga bersedia memenuhi syaratnya. Syarat Dayang Kumunah yang harus dipenuhi oleh Awang Usop adalah untuk tidak meminta Dayang Kumunah ketawa walau sekalipun. Satu syarat yang pelik bagi Awang Usop tetapi demi kecintaannya kepada Dayang Kumunah syarat yang pelik ini telah dipersetujui dengan rela hati.

Setelah kata sepakat telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak akhirnya seminggu kemudian, mereka pun telah disatukan di dalam satu pesta perkahwinan yang berlangsung dengan gilang gemilang. Semua kaum kerabat dan tetangga kedua mempelai telah diundang bagi memeriahkan suasana perkahwinan tersebut. Para undangan turut gembira menyaksikan kedua pasangan yang bagai pinang dibelah dua sama cantik sama padan disatukan. Dayang Kumunah gadis yang sangat cantik dan Awang Usop seorang pemuda yang sangat tampan. Mereka pun hidup berbahagia, saling mencintai dan saling menyayangi.

Namun, kebahagiaan mereka tidak berlangsung lama. Beberapa minggu setelah mereka menikah, Awang Gading ayahanda Dayang Kumunah meninggal dunia kerana sakit. Ini membuatkan Dayang Kumunah sering sedih-sedih kerana kehilangan ayah yang telah mendidik dan membesarkannya sejak dari kecil lagi biarpun bukan ayah kandungnya yang sebenar. Hingga berbulan-bulan lamanya, hati Dayang Kumunah diselimuti perasaan sedih. Untungnya, kesedihan itu segera terubat dengan kelahiran anak-anaknya yang berjumlah lima orang. Kehadiran mereka telah menghapus ingatan Dayang Kumunah kepada “ayahnya”. Ia pun kembali bahagia hidup bersama suami dan kelima-kelima anaknya.

Namun, Awang Usop merasa kebahagiaan mereka kurang lengkap kerana semenjak mereka berkahwin tidak pernah dia melihat Dayang Kumunah ketawa. Pada suatu petang, Dayang Kumunah berkumpul bersama keluarganya di serambi rumah mereka. Saat itu, si Bungsu mulai dapat berjalan dengan tertatih-tatih. Semua anggota keluarga tertawa bahagia melihatnya, kecuali Dayang Kumunah. Kerana keinginan yang amat sangat Awang Usop meminta isterinya untuk ikut tertawa namun Dayang Kumunah menolaknya tetapi suaminya terus mendesak. Akhirnya ia pun menuruti keinginan suaminya. Disaat dia tertawa itulah, tiba-tiba tampak insang ikan di mulutnya. Menyedari hal itu, Dayang Kumunah segera berlari ke arah sungai. Awangku Usop berserta anak-anaknya hairan dan mengikutinya dari belakang. Sesampainya di tepi sungai, perlahan-lahan tubuh Dayang Kumunah menjelma menjadi ikan dan segera melompat ke dalam air. Pada masa itu Awang Usop pun baru menyedari kekhilafannya kerana dia sudah memungkiri syarat sewaktu mereka hendak melangsungkan perkahwinan dahulu. Dikala itu tiada apa yang dapat dilakukan kerana segalanya sudah pasrah.

Sebelum menyelam ke dalam air, Dayang Kumunah berpesan kepada suaminya Awang Usup untuk menjaga anak-anak mereka menjadi manusia yang berguna dan tiada sesiapa di kalangan keturunan mereka yang dibenarkan untuk memakan ikan patin kerana barangsiapa yang memakannya adalah seumpama memakan keturunan sendiri dan boleh menjadi gila ataupun mendapat penyakit yang boleh membawa kepada kematian. Awangku Usop dan anak-anaknya sangat bersedih melihat Dayang Kumunah yang sangat mereka cintai itu telah menjadi ikan. Mereka pun berjanji dan bersumpah akan mematuhi segala larangan yang dikenakan. Sumpahan ini diteruskan ke atas semua keturunan mereka selepas itu.

Inilah cerita legenda ikan patin dan mengapa ramai masyarakat Melayu Sarawak tidak memakan ikan patin. Tidak diketahui samada kebenaran sumpahan ini ke atas semua keturunan Melayu Sarawak namun yang pasti ada sesetengah masyarakat Melayu Sarawak sememangnya tidak memakan ikan patin. Sesungguhnya setiap hal yang berlaku di dunia ini ada ceritanya dan cerita legenda adalah satu cerita yang digembar gemburkan untuk mencantikkan jalan ceritanya. Sejauhmana kebenarannya hanya Yang Maha Kuasa yang lebih mengetahuinya.

Sumber: PenPatah

pelik kan? aku tak percaya sangat benda camnie.
tapi aku takkan berani melawan kata orang tua. :D

ilal liqa' :)

Wednesday, 15 May 2013

Liebster Award

Asalamualaikum. :)
sekali lagi aku ditag. 
manusia raji yang tag aku ialah http://ainsentiasasayangibu.blogspot.com/
terima kasih sudi tag :)


1) List 11 facts about yourself.
2) Answer the 11 question  given to you.
3) Create 11 new questions for the bloggers you nominate.
4) Thank the person who nominated you and link back to their blog.
5) Choose 5 bloggers with 200 or less followers to nominate.
6) Go to each bloggers page and let them know about the award.

1) 11 facts about myself
  1. i love watching anime all the times
  2. i love art too much and so much
  3. i love photography as well
  4. demure
  5. sensitive *i cry a lot*
  6. i love reading and the smell of new book
  7. i love to discover new recipes but lazy to cook
  8. i hate being ignored
  9. open-minded in all situation except . . .
  10. i love cute things
  11. i love markers

2) Answer the 11 question  given

1) Suka warna apa?Sebab?
putih. sebab putih itu suci. muahaaha :P

2) Rasa diri 'hot' ? Sebab?
takpun. orang hot masuk neraka sebab panas kan? hahaha :D

3) Sayang sape? 
sayang siapa yang sayang aku la. :P

4) Apa berubahan yg nak dilakukan oleh korng dlam hidup ?
jadi lebih rajin dari yang biasa2. :D

5) Impian? Macam mna nak realisasikan nya ?
banggakan mak bapak. berusaha bersungguh sungguh *skema ayat. hehe*

6) Siapa 'bias' korang?
amende lak bias2 nie? haha. tak minat. :P

7) Suka matapelajaran apa?
matapelajaran yang tak mencabar minda. hahaha. *ade ke camnie*

8) Pernah tergedik2 tak demi nak cmburu kan hati seseorng?
tak pernah. aku bukannye gedik pun. :P

9) Rasa-rasa sape yg bnci korang ? 
wallahualam

10) Siapa yg pling pnting dlam hidup korang ? Apa keistimewaan dia?
family : sebab mereka tulang belakang aku

11) Kalau korang dipilih jalan.. antara cinta dan keluarga.. yg mna korang pilih.. choose 1 only !
keluarga la. keluarga tak boleh ganti2. :)

3) create new question *aku skip2 la*
4) thanks to ain sebab sudi tag *makaseh2*
5) aku tag sesape yang tinggalkan link di cbox. hehe
6) ok2. :P


thanks ya. jazakallahukhair.
ilal liqa' :)




Tuesday, 14 May 2013

Malas Situ Malas Sini

Assalamualaikum.
hati nie aku nak cerita pasal malas. kenapa dengan malas nie? apa kena mengena dengan aku nie? muahaha. aku nie pemalas dah. nak update entry kat blog pun malas. alahai apalah yang bagusnya sikap malas nie. tak bawak faedah pun kan. so nasihat aku jangan la korang malas2 ya. mak aku kata orang malas takkan dapat hidup kat dunia nie. aku pun selalu malas2 sampai mak menjerit hampir bergegar rumah. hehe. 

aku sebenarnya nak cerita pasal form 6. kat atas tu mukadimah je. dalam form 6 kat sekolah yang aku ditempatkan sekarang. aku jurusan kemanusiaan. ambil matapelajaran BM, Pengajian Am, Pengajian Perniagaan, Sejarah dan Muet. tapi aku nak pindah sekolah. atas idea bapak aku. sebab sekolah tempat aku belajar sekarang jauh. lagipun takdak seni. aku nak ambil seni. so borang mohon pindah sekolah dah pun dihantar dan sedang diproses agaknya. muahaha. harap dapat pindah sekolah lah ya. aku nak seni. muahaha. 

bagi aku cikgu kat sekolah tu ok je. selamber la katakan walaupun ada yang paling tegas. buat aku takut je. hahaha. rasanya satu ciri2 yang perlu ada kalau nak masuk form 6 adalah hardworking. yakin puin mesti ada. mesti berani bersuara. bila la upu nak kluar nie????  tak sabar nak tau. harap dapat. inshaallah. 

bila la aku nak jadi montel nie. hahaha *kluar tajuk jap*
eh kerja muet belum siap lagi *mak aiiihhh.*


korang tidur dalam kelas dalam posisi mana?
aku dulu2 slalu cam no 2 dan 4. 
haha. *aku tidur bila bosan tak buat apa2 je*
jarang la aku tidur dalam kelas. 
jangan tidur dalam kelas tau! tak elok!!
sampai sini je la entry kali nie. 
jazakallahukhair. :)

ilal liqa' :D

Monday, 13 May 2013

REVIEW Pemenang Mini GiveAway by ainamansor.com (Drama Eymasu)

Assalamualaikum.
baru nak buat review sedangkan giveaway nie dah lama tamat. maaf T^T .
maaf ea. maaf maaf. sekarang baru nak buat full review.


yang aku tau blog nie memang pasal korea. tengok header pun tau kan minat drama2 korea la tuan punya blog nie. :) blog nie simple je. loading pun punyalah cepat. sidebar pun tersusun dan iklan2 diletak kat tempat yang sesuai. senang blogger2 lain nampak. :) kita bukak je blog nie terdengar satu lagu korea yang mendayu dayu. aku jatuh suka lak dengan lagu nie. muehehe. :) macam pernah dengar tapi dimana ya? 

page kat blog nie memang menarik minat aku yang sedang dalam minat2 suka dengan drama2 korea nie. hehe. antara page2 blog nie yang aku suka ialah :

DRAMA KOREA : kat page nie memang semua la pasal drama korea. dari huruf A hingga W dan mungkin akan sampai Z nanti. hehe. 

DRAMA JEPUN : wow. drama jepun pun ada. terbaek la blog nie. macam2 drama la yang korang boleh dapat kat blog nie. :) paling best. GREAT TEACHER ONIZUKA ada! wahaha! aku minat sangat nie. yang paradise kiss tu pun aku dah tengok. gara2 komik n anime la aku minat sangat kat drama nie. :D

DRAMA TAIWAN : wow. pun ada. pun ada. hehe

DRAMA MELAYU : hah. nie buat peminat drama2 melayu. macam setia hujung nyawa, jodoh, dan yang terbaru saya sebenarnya isteri dia dan banyak lagi. terbaek laa. 

FILEM : pun ada. hehehe. macam2 filem tempatan dan filem thailand. :)


blog nie pun ada jual cd drama2 korea full episod. 
rujuk SINI.

thanks to eymasu sebab dah dua kali menempah header n banner/timeline cover photo. :)
terbaek la. hehe. apalagi. jom la serbu blog dia. dah serbu jangan lupa follow2 cepat2. :D
ilal liqa'
jazakallahukhair. :)

Sunday, 12 May 2013

copycat suck!

Assalamualaikum.
korang tau tak apa copycat? korang suka copycat? aku tak beberapa suka copycat. tak kesah la copycat entry, copycat design, copycat gambar. semua la. aku memang tak suka. bagi aku sesiapa yang copy2 hak peribadi orang tu mungkin dah takda idea sendiri. apa2 dalam blog nie memang hak aku. aku tak suka orang copy2 nie. belum sampai tahap benci. jangan hilangkan rasa hormat aku pada sesetengah blogger. *aku taip entry dengan penuh rasa geram.* sabar la jantung.

gambar nie aku taktau la apa kenanya. :P

ilal liqa'



Saturday, 11 May 2013

11 things about me (BudakVanilla)


Assalamualaikum.
hari nie. seriously takdak idea nak buat entry. muahaha. mata pulak sepet sebelah sebab sakit mata. mak aii. hodohnya mukaku. ya ALLAH. sabarlah jantung hati limpa paru paru dan perut. :D ok. dah baca tajuk? wow. aku ditag seorang blogger comel iaitu Norhaizam Mustaffa aka Aein. :) thanks sudi tag kita.  macam best je benda nie. hehe

Few rules need to be followed :
1. Post this rules.
2. Write 11 things about yourself.
3. Answers the questions the tagger set for you.
4. Create 11 new questions for those you want to tag.
5. Choose 11 bloggers to be tagged and link them to the post.
6. You are not allowed to tag back.

11 thing about me :)
1. aku blogger
2. aku pencinta seni
3. aku pendiam
4. aku friendly kalau korang friendly
5. aku minat design2 nie. *walaupun bakat kureng*
6. aku suka sangat tengok anime sambil berangan masuk dalam anime. muehehe
7. aku jiwa kental.
8. aku suka benda comel dan misteri
9. aku suka hadiah
10. aku nak dslr sangat2
11. aku harap aku dapat terbang macam superman *merapu*



so apa lagi. meh kita jawab soalan aein nie lak. bestnye. dup dap dup dap jantung. muehehe

 1. Awak suka blog saya tak ?
~opkoz la suka. sebab blog awak comel dan entry pun best2. :)

2. Apa yang special dalam hidup awak ?
~yang special dalam hidup saya banyak sangat. tak mampu nak senaraikan. kalau senaraikan jenuh la korang  nak membacanya nanti siap ada yang akan muntah hijau kang. :P

3. Sesuatu yang awak nak sangat tapi belum dapat. Apa ?
~saya nak sambung belajar dalam bidang saya minat. tapi belum dapat lagi. saya nak jugak melancong kat jepun. tapi takdak duit lagi. saya nak jugak . . . . .banyak lagi la. apesal awak tanya soalan nie? wakaka. banyak la benda yang saya nak. :P

4. Awak rasa kenapa saya tag awak ? :)
~sebab saya comel kot. hahaha *perasan tahap cipan dah nie* haaha

5. Berapa jam sehari awak hadap blog ?
~berjam jam lamanya. saya lupa nak bawak kalkulator dan kira. muehehe. agaknya nak siap satu entry mungkin makan masa selama dua jam. tak termasuk lagi blogwalking dan sebagainya. haha. acaner tuu?

6. Apa perkara yang paling banyak awak share di blog ?
~mungkin pasal hidup dan peribadi? alamak. saya pun taktau. hehe. agaknya apa ea?

7. Dah berapa lama bergelar blogger ?
~tak lama pun. haha. saya mula buat blog pada mac 2012 dan aktif blogging pada mei 2012. agaknya berapa lama tu? muahaha. terima kasih la bagi sesiapa yang jadi pembaca setia blog nie. uhuk2. terharunya. korang si pembaca setia dah masuk dalam life budakvanilla yang perahsia nie dah. so jangan berani keluar dari life BudakVanilla. hahaha~ kidding :P

8. Haiwan apa yang awak suka ? Kenapa ?
~saya suka kucing. sebab kucing manja gitu. dahla comel manja lagi. *sapa tak suka kucing? sila angkat jari telunjuk tinggi2* hehe

9. Kalau nak memilih jodoh. Duit atau rupa yang awak pilih ? *soalan maut :p
~saya tak kesah. yang penting hati dan bertanggungjawab. duit boleh dicari rupa lak tak kekal. hehe. sweet tak BudakVanilla nie? *sweet la sangat kan. uwek2. muntah darah*

10. Kerja sekolah atau tido. Yang mana diutamakan ?
~tido diutamakan kerja sekolah didahulukan. kalau tak tido nanti ngantuk masa buat kerja sekolah. dan kalau buat kerja sekolah masa mengantuk nanti banyak kesalahan dan belum tentu lagi siap. hehe *merapu panjang2*

11. Biru atau hijau pilihan hati awak. Kenapa ?
~mengikut kata hati jantung saya, saya suka biru sebab biru tenang mata memandang. macam laut kan? saya pun suka hijau sebab ku lihat hijau *eh eh eh*. sebab Rasulullah saw suka hijau :)

wahh? dah habis ke? syok pulak main jawab2 soalan nie. melimpah ruah jawapan. hahaha *rasa macam retis kena interview pulak* perasan tahap cipan kali kedua. :D



11 soalan untuk blogger yang kena tag :)

1. apa pendapat korang pasal blog BudakVanilla nie. *bagi komen membina sikit nanti belanja cekedis seketul*

2. bagi pendapat korang macam mana perangai BudakVanilla berdasarkan cara penulisan dalam blog nie. :)

3. apa hobi dan cita2 korang masa kecik2 dan sekarang? bandingkan. hee

4. korang suka baca buku apa? novel? komik? buku ilmiah?

5. apa yang korang tau pasal anime. muehehe

6. mimpi manis korang yang paling korang ingat? :)

7. kalau diberi peluang nak pergi mana2 tempat didunia. korang nak pergi mana n kenapa.

8. kalau lah wujud si pari2 yang menunaikan tiga hajat korang. apa tiga hajat tu?

9. kalau korang diberikan peluang untuk jadi satu watak dalam filem yang korang minat. agaknya watak siapa tu dan filem apa? :D

10. sebelum tido malam2 korang suka buat apa? sebab?

11. nyatakan beberapa perangai korang yang dirasakan pelik tetapi benar *hehehehe*


mangsa tag :)

hmm. taktau dah nak tag siapa. hahaha. :P
so siapa nak kena tag komen je. nanti aku tag. hehe
jawab baek2 semua soalan tu. jujur tu penting. wakaka. :D

ilal liqa'





Friday, 10 May 2013

Rezeki May :)

Assalamualaikum.
gembiranya rasa hati bila hadiah dah sampai kemarin.
gembira cam nak terlompat2 dah. haha. *kemain excited nie*
Poslaju datang. yahooo.
alhamdulillah, hari tu aku join giveaway SINI.
dan keputusan menang lak SINI. entry kreatif katanya. hehe
yang aku tau. semua yang join. dapat hadiah.
cayalah! thanks sangat2 bro Mohd Ridzwan. :)

masih dalam parcel poslaju dan eksaited sangat nak bukak. wakaka. 

jeng jeng jeng. lepas aku koyak parcel dangan ganas. ini yang terkeluar. muehehe

tadaaa! botol air biru yang super cool.
biru mak jah tu. aku suka sangat. 
sayang pulak nak guna. :)
jadi kita mungkin akan simpan dalam bekas kaca jadi kenangan. *ececeh. propaganda semata*

THANKS A LOT :3


mudahan murah rezeki :)
ilal liqa'