Saturday, 21 December 2013

yey, dah sampai rumah

Assalamualaikum
hari nie aku balik rumah dah, jejak kat rumah dah guling2 atas katil. kat bawah katil pun dah. muahaha. penat wei. cuti seminggu nie nak buat apa ea? heee

sebelum tu, meh tengok gambar sambil bercerita tentang aku dan sepupu aku nak balik rumah. :3

tiket bas. masa nie dah masuk bas pun. aku malas pulak nak susun2 gambar nie. sebelum masuk bas, aku bawak sling bag satu dan luggage satu. masa aku nak masukkan luggage kat bawah bas tu, sad life kau tau, nobody help me. dah la luggage berat cam bangang. lepas susah payah aku angkat dengan gigihnya dan kawan2 pun sokong dengan cakap "(nama aku) kan kuat. yeah" yeah tu aku tambah je. dan lepas aku susah2 tadi kan, baru datang sorang lelaki tu tanya "dapat?" ko ingat aku tak dapat angkat luggage seberat dua guni beras tu? ceh. haha. dah la luggage aku terpaksa letak kat atas tayar besar tu. malang. dah takdak tempat lain kan. nasib selamat. 

mee goreng nie aku makan sebelum naik bas. boleh la tahan. aku makan berapa suap je. pastu tapau. takdak selera lak nak makan. entah kenapa dan bagaimana. dah sampai rumah aku bagi kat adik2 je. malas nak makan. 

milo peng kat kedai sama. yang aku tak berapa bekenan dengan air milo nie, milo tu tak hancur. berketul ketul lagi dalam tu. hmm. tu memang dah menghilangkan mood aku sebagai manusia yang cerewet tentang makanan dan minuman.

eksaited memula masuk bas. besar wehh tempat duduk dia. ko nak duduk terkangkang besar2 pun tak kesah. siap aku bersila lagi atas tu. paling best aku kat tepi tingkap. muahaha. dapat tengok pemandangan. hee. ingatkan tadi sepanjang perjalanan tu aku enjoy. rupanya tidak.

tidak! yaaaa. aku sakit perut der. senggugut. ALLAH je tau betapa sakitnya aku menahan sakit. hmmmm. nak sapu minyak panas cap kapak takut se bas tu cium bau. aircond kan. hahaha. so sebagai cara untuk menahan sakit, aku tidur dan tidur.

bangun je tidur, aku tengok kat tingkap ada kereta eksiden, pastu sambung tidur lagi, tak kesah dah air liur meleleh. bangun lagi, ada lagi eksiden. whooaaa. berapa banyak kereta eksiden aku tengok hari nie?

3 jam berlalu, sampai pun kat rumah. alhamdulillah. 



SNEAK PEAK!
aku ada beli tudung bawal plain kangaroo. murah woo. aku beli sepuluh keping. 
entry lain aku cerita. heee~


ilal liqa'



8 comments:

  1. salam singgah sini.....
    http://ceritamayapersada.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. wahhhhhhhhhhhhhhh hehehhehe sangat nyummy ah mee tu :( nakkk?
    hihihihi

    ReplyDelete
  3. Hey you. Lama tak singgah sini. Blog pun dah berubah. Hehe. Cuti ke ? Happy holiday ya :D

    ReplyDelete
  4. kenapa namanya bawal kangaroo??..huhu...btw, nice trip yeah..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum...BW sini jugak...
    http://zarralavender.blogspot.com

    btw, bawal kangaroo tu mmg murah..hihi

    ReplyDelete
  6. mee goreng tu serius nampak sedap!

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!