review kehidupan 2013

Tuesday 31 December 2013




Assalamualaikum
meh buat review kehidupan kita dalam tahun 2013. bagi aku tahun 2013 amat bermakna dan penuh suka duka. memang banyak perkara yang terjadi dalam tahun 2013. semuanya menjadi kenangan paling bermakna dan berharga dalam hidup.

antaranya ialah
awal tahun sebab dah habis SPM, aku kerja kat kedai bunga dan penat sangat la kerja. pastu lari macam tu je. hahaha. part nie memang lawak. dan kemudian aku masuk form 6 kat SMK Lanang, rasanya tak sampai sebulan pun aku kat sana. masa cuti sekejap aku kerja pulak ngan bos bapak aku jadi nurse sementara dekat klinik. aku benci kerja tu. hehehe. bosan tau. mengadap orang yang takdak perasaan. tapi atleast dapat jugak ilmu kan.

lepas tu, masuk poli. menghadapi minggu suai kenal yang sangat meletihkan jiwa dan raga, first time jumpa roomate, masuk kelas dan jumpa kawan baru. pertama kali dalam hidup jauh dari family. first time jugak bulan puasa jauh dari family, cuci baju sendiri. *rasa diri ini berdikari pulak*. uruskan semua sendiri. makan minum dan duit. *pandai2 la berjimat*. homesick selalu. nangis tengah malam rindukan family. muahaha.

habiskan semester 1 di politeknik mukah dengan pointer yang boleh la. dan masuk semester 2 bagi sesi disember 2013. doakan aku.

tahun 2013 jugak aku beli henpon dan kamera. meningkatkan lagi minat aku dalam photography. dan jugak.

muhasabah diri. moga aku akan jadi lebih baek pada tahun 2014.
azam dan buat awal2 sejak awal muharram dulu. heee

2013 banyak mendewasakan pemikiran aku. ALHAMDULILLAH masih diberi peluang untuk hidup dalam dunia yang sementara nie. :)

kengkawan ajak outing dan stay out luar poli masa tahun baru nie. tapi aku rasa lebih baek duduk dalam bilik je. muhasabah diri banyak2. lagipun malas pulak nak membazirkan duit untuk malam tahun baru. hee. so aku tahun baru dalam bilik je la. mohon sesiapa yag baik hati pergi la ke bilik aku bawak makanan ye. kita celebrate sama2 sambil tengok movie USTAZ MU TUNGGU AKU DATANG. hee :3

dan SELAMAT TAHUN BARU 2014.

goodbye 2013,
welcome 2014.

ilal liqa'

14 comments

  1. happy new year kak ;3

    ReplyDelete
  2. happy new year kak!! :D Semoga 2014 nanti, lebih banik dari tahun. Aminn :)

    ReplyDelete
  3. Huhuhu betul, qila pon duduk rumah tengok tv jah. Heheheh tengok ustaz mu tunggu aku datang? :O
    Woot woot cerita tu best ;)
    Islamic. Tp tak puas sbb UAI sekejap sgt haih hihihi

    ReplyDelete
  4. selamat tahun baruu.. good luck in your life :)

    ReplyDelete
  5. yeahh. sy pun baru je habis tgk cite tu. hehe, not bad lah

    ReplyDelete
  6. Slmt tinggal 2013 :)
    Slmt dtg 2014, mohon yg baik lebih byk dr sebaliknya. Aamiin InsyaAllah. Gudluck !

    ReplyDelete
  7. @Kay thanks ya.. happy new year gk. . :)

    ReplyDelete
  8. @Sabrina SA happy new year jgk... :D inshaallah.. aminnn.. hehe :3

    ReplyDelete
  9. @Akeyla Azmi hehehe.. dh tgk ea? mmg best jgk cta tu walaupun UAI datang sekejap je..

    ReplyDelete
  10. @farah.fauzi thanksss :D selamat tahun baru jugakk. :)

    ReplyDelete
  11. @Wahidah BME aminnn... inshaalllah,,,, thanks ya,, :)

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!