Thursday, 19 December 2013

dapat 'benda' comel

Assalamualalaikum
bangun pagi tadi, hujan renyai2 budi bahasa. macam malas je aku nak bangun. semalam line gila punya lambat. gara gara geram sangat. aku tutup laptop dan terus tido. pastu pagi bangun awal pulak. 

datang kelas, lebih hampir setengah jam menunggu, tetiba takda kelas. whooaa. bestnya. pukul 2.30 baru ada kelas. kelas fundamentals of operating system. so sepanjang pagi tu aku minum milo dalam 2 kali buat macam tu. tetido dan bangun balik pukul 2 sebab nak siap2 gi kelas os. 

masuk je kelas tu, ambik kerusi dan duduk. tetiba kawan hulur benda comel. weehh. aku dapat benda comel nie dari kawan. serious best sangat. dulu aku suka dok puji pusheen and nama yang dia sendiri buat kat beg dia tu *felt craft*. hee. makaseh ya. lain kali bagi lagi. muahahaha~

whooaa. apple comels. 

geram aku. pas dapat terus gantung kat beg. :3


aku nak cerita lagi. masuk kelas operating system terus buat lab exercise 1. soalan punya la perggh. mengugat jiwa dan raga. tapi markah ciput je derr paling tinggi 3 markah. but sokay sebab kitorang dapat rujuk uncle google. punyalah banyak jawapan dalam uncle google. ko mesti pandai tapis punya. *tapi sayang aku tak bawak penapis* hee

1 pc untuk 5 orang, mana cukup. kepala banyak, idea masing2 lain. so aku dengan kawan aku sorang nie pergi la kat pc satu nie. kongsi dua orang. senang sikit nak cari maklumat. punya la blur dia n aku nak on kan pc tu. *IT student taktau on pc, apa kes?* hahaha. aku malas nak sambung2 kan kabel kat blakang tu. 

aku memang taktau. nanti salah cucuk mau mati dan rosak pc tak ke naya. nasib baek ada la student baek hati tolong lepas kawan aku nie mintak tolong. nak harap aku mintak tolong? sampai habis masa pun memang takkan hidup pc tu. 

puan nik comel *lecturer* tu kata, kalau cepat siap boleh balik. dengan gigih aku gogel dan share jawapan ngan kengkawan. 

dah siap. aku dengan kawan aku tu yang balik dulu. muahaha.

p/s : apa la line nie. buat hati aku bengkak je. *biasa la line free nak buat cemana* redha je la.

ilal liqa'

7 comments:

drop a comment~
arigatouuu!