Monday, 3 June 2013

bila aku jadi pengawas PART 1

Assalamualaikum
apa khabar penghuni alam maya? ko sihat? aku sihat je walau tekak rasa perit sikit. haus pulak aku. rasa nak makan aiskrim. angan2 di suatu petang yang panas terik. kalau taknak baca entry yang panjang lebar baek kau blah. sebab banyak benda yang aku nak cerita nie.

aku nak cerita pasal pengalaman aku jadi pengawas kat sekolah dulu masa masih di tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

masa tingkatan 1. kami kat kelas kecoh2 bising2 sebab guru kelas kami seorang perempuan muda yang belum lagi berkahwin masa tu memang seorang yang selamber je. nama dia cikgu shahrul azua *dia perempuan tapi nama macam lelaki pulak*. cikgu tu suka gelak sebab dalam kelas dia tu banyak budak yang suka buat lawak. aku tak la buat lawak cuma tolong gelakkan je. hehehe. tapi kalau dah marah boleh tahan garang gak cikgu tu. suara dia nyaring. kalau tak silap aku dan kengkawan pernah dihukum berlari dari hujung sini blok B ke hujung sana blok B. faham je la macam mana aku lari. ayu gila kot dengan uniform sekolah *baju kurung* budak senior siap gelak2 lagi. sampai kelas apalagi kami yang kena hukum semua tersengih macam kerang busuk. *rasa seronok pulak berlari lari* hahahaha

dan pada suatu hari. datang la sekumpulan senior pengawas yang datang kelas. dia panggil nama kawan2 aku sorang2 dan nama aku pun ada jugak. dengan wajah excited semua nak tau sebab kami kena panggil. senior pengawas sengaja nak takut2kan kami. dia kata kami mesti jumpa penolong kanan hal ehwal murid untuk kena hukum? KENA HUKUM? wooowww. semua nervous. apa salah kami?  dah berkumpul kat satu tempat. tengok kengkawan dari kelas lain pun ada. diorang pun dipanggil sebab kononnya kena hukum. *kena hukum la sangat kan* muka semua baek2. hahaha. pstu pkhem datang. ada la budak tanya "kami nie kena hukum ke?" mseti la tak. kami dilantik jadi pengawas sekolah. wahaha. punya la bangga kembang kempis hidung seminggu.

masa jalankan tugas pertama. aku masih ingat lagi aku ditempatkan di zon 6 kalau tak silap. semua ahli zon 6 ditugaskan mengawal blok C pada waktu rehat. ketua zon ialah Z *tingkatan 5* dan penolong ketua zon H *tingkatan 5*. mereka semua baek2 dan si H tu pendiam je. dan si Z pulak suka usik aku. dengan orang lain dia guna AKU KAU dengan aku KAMEK KITAK. *maybe dia dengar aku bercakap dengan sepupu kot* sebab tu kawan2 dia pun suka usik2 dia. bagi aku biasa je sebab semua senior yang baek2 membahasakan diri mereka camtu.

pastu masa tingkatan 1 tu cuma sekali aku kena tegur dengan sorang exco tertinggi pengawas. yang jahatnya lepas kejadian tu aku benci dia dan rasa dia tu gedik je lebih. wahaha *jahat kan aku* dia kata aku nie berdiri macam patung tak buat kerja. tak buat kerja apanya? aku dah tegur pun budak2 yang makan dalam kelas tu. tau la aku nie cuma budak tingkatan 1 semua budak2 yang makan dalam kelas tu buat2 pekak badak pulak mentang2 la korang budak2 tingkatan 5. pastu kalau aku tak berdiri tegak takkan aku nak menari agogo pulak depan kelas tu. *tu yang buat aku geram dengan dia. aku dah usaha lebih. tapi tak dapat. nak buat macam mana* ko pun main lalu je depan kelas tu. dahlah tak tolong aku. JAHATT!

masa dah naik tingkatan 3. start la aku dan member lain jadi pengganas. kami pengawas yang baek2 je. muahaha. aku masih ingat lagi aku pernah menangis sebab salah sebutan masa aku jadi pegacara majlis dalam perhimpunan. mula2 semua berjalan dengan lancar sampai last sekali ada pengumuman. aku salah sebut pukul 3 petang jadi pukul 3 pagi. muahahaha. semua orang gelakkan aku. maluuuu siooottt! siap kengkawan sama umur aku yang kat kelas lain usik2 lagi. bencinya. tapi sebab aku tak layan sangat diorang tak usik lagi. hehehe.

TO BE CONTINUED. . . .

ni la gambar guru kelas aku masa form 1. 
cikgu tu orang semenanjung. taktau lak dari celah mana. hehe
cerrr cari mana aku? muahhaahha.  :)

nanti ada masa aku sambung lagi :)
ilal liqa'


8 comments:

  1. saya pulak pernah jadi pengawas perpustakaan..tpi tk beratla mcm pengawas sek kn? heee..asalkn jadi pengawas dah lerrr..hiii...nak jugk tu..;b

    ReplyDelete
  2. Pukul 3 pagi :P
    Laka laka la. Kite pon pernah jadi pengawas masa skolah agama dulu. Best jugakla... Tak banyak kerja haha :)

    ReplyDelete
  3. Tak pernah jadi pengawas. Tak jadi kriteria nak jadi pengawas.

    ReplyDelete
  4. jadi pengawas masa sekolah rendah je.. hehe.. kat sekolah menengah tu banyak sangat kerenah kalo nak jadi.. haha

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!