Friday, 7 June 2013

Baby and Me *korean movie*

Assalamualaikum.
hari nie aku nak cerita pasal korean movie. muahaha. enta la kenapa aku boleh terjebak dengan korea2 nie semua. korea je tau bukan kpop. heehee. aku tau movie yang aku nak cerita kali nie mesti ramai dah tengok kan? aku pun dah tengok lama. cuma sebab aku bosan taktau nak cerita pasal apa jadi aku cerita la pasal movie kan.

baby and me *korean movie* mengisahkan seorang budak lelaki sekolah menengah berumur 18 tahun yang nakal dan suka buat kacau kat sekolah dia. kira macam troublemaker la kan. dia selalu gaduh2 sampai mak bapak dia penat dah bagi nasihat dan akhirnya mak bapak dia lari dari rumah. *canggih filem nie. mak bapak pulak lari. haha* walaupun mak bapak dia lari. dia tak malu pun tapi gembira boleh bebas buat apa yang dia nak kat rumah. *ish2* . dan pada suatu hari yang hening kat kedai. dia nak beli barang untuk parti kat rumah. sedang membeli dan dia balik kat kart yang dia tinggalkan kat belakang jap. siapa la yang tak terkejut beruk la ternampak ada baby dalam kart dia *siapa la buang anak dalam kart orang nie* muahaha. ada surat suruh jaga baby tu dan kononnya baby tu anak dia. so dalam keterpaksaan dia jaga la baby tu. dia bawak baby tu kat sekolah dan pergi bekerja. dalam masa tu banyak perkara la yang terjadi. paling cian bila dia curi  susu untuk baby tu sebab takdak duit. muahaha. cian betol. part yang paling sedih bila baby tu nak kena bawa kat luar negara. punya lah menangis si lelaki nie tadi. *tau2 je la bila korea2 menangis nie. meleleh habis*. hehe. seterusnya. korang tengok la sendiri ya. :D


Jang Keun-suk as Han Joon-su *hero hensem* melting 360 degree :D
Moon Mason as Baby Woo-ram *baby hero* comel sangat rasa nak cubit2 sampai kembang.  :D
Kim Byul as Kim Byul *heroin* comel lotte macam anime aku tengok. kakaka :D
Ko Gyoo-pil as Ki-seok
Choi Jae-hwan as Choon-seong




nie part paling sedih. uhuk2. . -..-


ehem2. 

awak hensem~ melting -..-
ala jangan la tengok aku macam tu. malu tau! muahaha
*perasan tahap cipan*

aku tak suka dia camnie T.T

ape nie T.T

Jang Keun-suk tu aku suka stail dia dalam filem baby and me. nampak maskulin dan kelakian. aku tak berapa suka stail dia rambut panjang warna coklat tu. tak hensem dah. muahaha.



Moon Mason
comelnya budak nie. geram2. *comel sangat sampai aku letak gambar dia besar gedabak kat sini*


sampai sini saja ya. kalau korang nak tengok. kat youtube ada full movie. :D
p/s : esok lusa tulat entah la bila. aku nak cerita pasal drama korea ROOFTOP PRINCE pulak. tunggguuuu!

ilal liqa' :)
jazakallahukhair :)

10 comments:

  1. Kalau dia buat rambut panjang, macam jambu jaa haha

    ReplyDelete
  2. giler cute baby tuuuuuuuuuu!!!!! kalau suruh sy yg jage pon sy sanggoooppp.. huhu

    ReplyDelete
  3. Bestnya.. Geram kamek nak nangga..

    ReplyDelete
  4. Suka korean movie jer . Kpop tak berapa kott :)
    Nak try tengok lahh citer nih .

    ReplyDelete
  5. nak try tngoklah.. mcm best je..sweet klu laki jaga baby ni..hee

    ReplyDelete
  6. cite nie mmg best.. ngk byk kali x jemu..baby ngan Jang Keun-suk same2 comey...

    ReplyDelete
  7. Suka penampilan dia yang berambut pendek lagi,baru nampak handsome :)
    kalau rambut panjang tu dah mcm perempuan pun ada huhu

    Blogwalking sini :)

    What will your last 10 years look like?
    Tips agar kebaikan berterusan

    ReplyDelete
  8. dah lama tak tengok.. suka scene yang heroin dy tiba2 amik gambar depan2 muka geunsuk.. hahaha..

    ReplyDelete
  9. Dalam He's beautiful, baru nampak cute sikit even dia rambut panjang. but at least rambut dia color hitam compared to perang. LOL

    tengok cite ni skip banyak gila sebab tak minat korea, haha :P

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!