Friday, 24 May 2013

upu lagi?

Assalamualaikum.
hari nie batch 95 sekali lag gempar dengan keputusan permohonan bagi Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Pelajar ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti & ILKA
Ambilan Tahun 2013 . muahaha. dan aku? opcoz la join sama gemparkan. hehe. muka tak tentu arah tengahari tadi. kini semakin menghilang. hehe

kat upu aku mohon politeknik
Diploma Reka Bentuk Grafik (politeknik) Politeknik Muadzam Shah, Muadzam, Pahang *jauhnya*
Diploma Reka Bentuk Indusri (politeknik) tak dapat dikenal pasti kat mana. muahaha. :D

tup2 check upu kat tepon. alhamdulillah aku ditawarkan program EHD44. atas rasa ingin tahu apa benda program tu. aku cepat2 check kat laman web upu sendiri.

klik untuk tumbesaran mendadak

aku ditawarkan dalam
EHD44 - DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (PENGATURCARAAN)

hati tergerak kata. wuuu. amenda tu? teknologi maklumat tu.so dengan pantasnya tangan jenguk google. cari2 apa yang patut. muahaha. apa yang aku dapat cari? hah nie dia. 

SINOPSIS PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (PENGATURCARAAN)
Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, membuat kerja projek, melaksanakan kerja-kerja amali dan menjalani latihan di industri. Program ini menawarkan kursus-kursus pengkhususan dalam bidang teknologi maklumat seperti Asas Pengaturcaraan, Perisian Aplikasi, Komputer dalam Teknologi Maklumat, Sistem Digit dan Mikro Pemproses, Pengaturcaraan Visual Basic, Pengurusan Rekod, Sistem Pengoperasian, Komunikasi Data dan Sistem Telekomunikasi, Algorithma dan Struktur Data, Pengaturcaraan C++, Asas Perniagaan, Akitektur dan Organisasi Komputer, Multimedia, Sistem Pangkalan Data, Pengaturcaraan Java, Rangkaian Komputer, Pembangunan Perisian, Visual Basic dengan Pangkalan Data, Pengurusan Perniagaan, Pembangunan Web, Pengurusan Projek, Sistem Maklumat, e-Dagang dan Pengurusan Perisian. Kursus-kursus elektif seperti Prinsip Mikro Pemproses, Pengurusan SQL Server, Rekabentuk Rangkaian Kampus dan Animasi Digital juga ditawarkan sebagai pilihan kepada pelajar.



mak aiii? banyaknya pasal komputer2 nie? agaknya lepas belajar semua nie boleh jadi hacker yang berjaya tak? hahaha. yang aku tau bidang nie banyak memerlukan matematik. dah la bab matematik la aku paling lemah. otak lembab. adohai. kalau bab multimedia dan animasi digital tu aku minat la jugak. sayangnya aku minat iaitu Diploma Reka Bentuk Grafik tu tak dapat lak. aku tau pihak upu faham yang mak bapak aku taknak aku belajar jauh sangat. haahhaa. jadi pihak upu cari program yang hampir sama *malahan lebih complicated. muahaha* agar aku masih dekat ngan family. terima kasih upu. hahaha. 

so aku masih lagi keliru yang teramat. adakah aku patut ambil diploma nie yang tentunya mencabar minda otak kering aku? atau aku teruskan dengan form 6 yang perlu fokus sepenuh masa? 
hmm. susahnya nak buat keputusan. waakkaka. *sebenarnya aku agak minat dalam bidang teknologi nie*
apa pendapat korang? meh explain panjang lebar. :D

aku nak mintak petunjuk dari ALLAH. :)
ilal liqa'

23 comments:

  1. nampak C++ tu, teringat masa belajar programming untuk subjek ICT tahun lepas.. pening betul kepala ngan kod programming.. (@__@) mmg tabik betul kat sofware engineering semua tu

    apa2 pun, buat pilihan berdasarkan minat adik :) istikharah jgn lupa

    ReplyDelete
  2. tahniah dear.
    all the best :)

    ReplyDelete
  3. @Haruno Hana 하나 akak suka r main coding2 tu even pening pown.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. Stduy r kat muadzam. same tempat nan akak~ heheeheh.

    ReplyDelete
  5. ehh2. IT dapat kat mana. ? hehe. Saya pun IT kos network. kalau nak terror hacker kena amik kos tknologi mklumat (keselamatan) :)

    ReplyDelete
  6. Macam best je kos tu. Belajar pasal computer. Apa2 pun, buat keputusan yg terbaik. Istikharah :)

    ReplyDelete
  7. Wah, bunyi macam menarik je ni. Hope dapat buat pilihan yang tepat

    ReplyDelete
  8. wahh..mcm best jee..smoga adk dpt petunjuk dlm membuat pilihan..good luck dear

    ReplyDelete
  9. Tahniah :) all the best btw dapat poli mana ? :)

    ReplyDelete
  10. @Haruno Hana 하나 waa? coding2? blur k blur. .haha :D thanks ya kak. :)

    ReplyDelete
  11. akak dh msok poli ke? best x stdy dip tuh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. best la kan. .ska blaja dip. . :)

      Delete
    2. best la kan. .ska blaja dip. . :)

      Delete

drop a comment~
arigatouuu!