Lagenda Ikan Patin & Kenapa Kebanyakan Melayu Sarawak Tidak Memakannya

Friday 17 May 2013


Assalamualaikum.
hari nie nak cerita pasal sarawak. negeri kelahiran aku. :)
aku orang sarawak yang tak makan ikan patin. sebab kononnya pantang. 
entah betol atau tidak. walluahalam. aku tak percaya sangat. cuma memang aku tak makan la ikan nie sebab mak bapak aku tak makan pun. muahaha. dan aku tau memang ada legenda tentang ikan nie yang jadi sebab ada antara orang sarawak yang memang tak makan ikan patin. so aku baru tau apa cerita panjang dia. wakaka. :D so rajin2 baca la ya. 

camnie rupanya muka ikan patin tu ya. hehe :)

Ikan patin adalah salah satu jenis ikan sungai atau ikan air tawar. Ikan jenis ini memiliki bentuk yang unik. Badannya panjang sedikit memipih, berwana putih perak dengan punggung berwarna kebiru-biruan, tidak bersisik, mulutnya kecil, memiliki sesungut berjumlah 2-4 pasang yang berfungsi sebagai alat peraba. Ikan patin termasuk ikan yang hidup di dasar sungai dan lebih banyak mencari makan pada waktu malam. Diceritakan keenakan memakan ikan patin jika kena dengan menu masakan kelazatannya sehingga menjilat jari tetap walau seenak mana atau senikmat mana ikan patin mengapa ramai Melayu Sarawak tidak memakannya. Sudah tentu ada cerita legenda disebalik mengapa dan kenapa masyarakat Melayu Sarawak mahupun Melayu di nusantara tidak menjadikannya hidangan pembuka selera. Inilah paparan Borneo Oracle buat kali ini iaitu Legenda Ikan Patin Dan Mengapa Ramai Masyarakat Melayu Sarawak Tidak Memakannya.

Umum mengetahui bahawa kebanyakan masyarakat Melayu Sarawak leluhurnya adalah daripada negara-negara Nusantara seperti Indonesia dan yang lebih spesifik adalah leluhur yang berasal daripada Riau, Sumatera Barat. Sebenarnya ada sebuah cerita legenda di kalangan masyarakat Riau di Sumatera sejak beratus-ratus tahun dahulu. Cerita legenda tersebut mengisahkan seorang nelayan yang bernama Awang Gading, yang menemukan seorang bayi perempuan di atas batu di tepi sungai saat ia pulang memancing. Konon, bayi itu adalah keturunan raja ikan di sungai tersebut. Oleh kerana merasa kasihan dan simpati, si nelayan membawa bayi itu pulang ke rumahnya untuk dijaga dan dibesarkan seperti anak-anak yang lain. Bayi itu diberinya nama Dayang Kumunah. Selama dalam asuhannya, si nelayan telah mengajar Dayang Kumunah dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan budi pekerti yang baik, sehingga ia pun membesar menjadi seorang gadis yang cantik, bijak dan berbudi pekerti luhur. Setiap pemuda yang melihatnya pasti akan terpikat kepadanya.

Pada suatu hari, seorang pemuda tampan dan kaya yang bernama Awang Usop telah melewati rumah orangtua Dayang Kumunah. Pemuda itu melihatnya sedang menjemur pakaian. Saat itu pula, Awangku Usop langsung jatuh hati kepada Dayang Kumunah dan berniat untuk menyuntingnya sebagai permaisuri hidupnya. Beberapa hari kemudian, Awangku Usop datang ke rumah Dayang Kumunah untuk meminangnya. Dayang Kumunah bersedia menerima pinangan Awang Usop, asalkan ia juga bersedia memenuhi syaratnya. Syarat Dayang Kumunah yang harus dipenuhi oleh Awang Usop adalah untuk tidak meminta Dayang Kumunah ketawa walau sekalipun. Satu syarat yang pelik bagi Awang Usop tetapi demi kecintaannya kepada Dayang Kumunah syarat yang pelik ini telah dipersetujui dengan rela hati.

Setelah kata sepakat telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak akhirnya seminggu kemudian, mereka pun telah disatukan di dalam satu pesta perkahwinan yang berlangsung dengan gilang gemilang. Semua kaum kerabat dan tetangga kedua mempelai telah diundang bagi memeriahkan suasana perkahwinan tersebut. Para undangan turut gembira menyaksikan kedua pasangan yang bagai pinang dibelah dua sama cantik sama padan disatukan. Dayang Kumunah gadis yang sangat cantik dan Awang Usop seorang pemuda yang sangat tampan. Mereka pun hidup berbahagia, saling mencintai dan saling menyayangi.

Namun, kebahagiaan mereka tidak berlangsung lama. Beberapa minggu setelah mereka menikah, Awang Gading ayahanda Dayang Kumunah meninggal dunia kerana sakit. Ini membuatkan Dayang Kumunah sering sedih-sedih kerana kehilangan ayah yang telah mendidik dan membesarkannya sejak dari kecil lagi biarpun bukan ayah kandungnya yang sebenar. Hingga berbulan-bulan lamanya, hati Dayang Kumunah diselimuti perasaan sedih. Untungnya, kesedihan itu segera terubat dengan kelahiran anak-anaknya yang berjumlah lima orang. Kehadiran mereka telah menghapus ingatan Dayang Kumunah kepada “ayahnya”. Ia pun kembali bahagia hidup bersama suami dan kelima-kelima anaknya.

Namun, Awang Usop merasa kebahagiaan mereka kurang lengkap kerana semenjak mereka berkahwin tidak pernah dia melihat Dayang Kumunah ketawa. Pada suatu petang, Dayang Kumunah berkumpul bersama keluarganya di serambi rumah mereka. Saat itu, si Bungsu mulai dapat berjalan dengan tertatih-tatih. Semua anggota keluarga tertawa bahagia melihatnya, kecuali Dayang Kumunah. Kerana keinginan yang amat sangat Awang Usop meminta isterinya untuk ikut tertawa namun Dayang Kumunah menolaknya tetapi suaminya terus mendesak. Akhirnya ia pun menuruti keinginan suaminya. Disaat dia tertawa itulah, tiba-tiba tampak insang ikan di mulutnya. Menyedari hal itu, Dayang Kumunah segera berlari ke arah sungai. Awangku Usop berserta anak-anaknya hairan dan mengikutinya dari belakang. Sesampainya di tepi sungai, perlahan-lahan tubuh Dayang Kumunah menjelma menjadi ikan dan segera melompat ke dalam air. Pada masa itu Awang Usop pun baru menyedari kekhilafannya kerana dia sudah memungkiri syarat sewaktu mereka hendak melangsungkan perkahwinan dahulu. Dikala itu tiada apa yang dapat dilakukan kerana segalanya sudah pasrah.

Sebelum menyelam ke dalam air, Dayang Kumunah berpesan kepada suaminya Awang Usup untuk menjaga anak-anak mereka menjadi manusia yang berguna dan tiada sesiapa di kalangan keturunan mereka yang dibenarkan untuk memakan ikan patin kerana barangsiapa yang memakannya adalah seumpama memakan keturunan sendiri dan boleh menjadi gila ataupun mendapat penyakit yang boleh membawa kepada kematian. Awangku Usop dan anak-anaknya sangat bersedih melihat Dayang Kumunah yang sangat mereka cintai itu telah menjadi ikan. Mereka pun berjanji dan bersumpah akan mematuhi segala larangan yang dikenakan. Sumpahan ini diteruskan ke atas semua keturunan mereka selepas itu.

Inilah cerita legenda ikan patin dan mengapa ramai masyarakat Melayu Sarawak tidak memakan ikan patin. Tidak diketahui samada kebenaran sumpahan ini ke atas semua keturunan Melayu Sarawak namun yang pasti ada sesetengah masyarakat Melayu Sarawak sememangnya tidak memakan ikan patin. Sesungguhnya setiap hal yang berlaku di dunia ini ada ceritanya dan cerita legenda adalah satu cerita yang digembar gemburkan untuk mencantikkan jalan ceritanya. Sejauhmana kebenarannya hanya Yang Maha Kuasa yang lebih mengetahuinya.

Sumber: PenPatah

pelik kan? aku tak percaya sangat benda camnie.
tapi aku takkan berani melawan kata orang tua. :D

ilal liqa' :)

36 comments

  1. hehe..orang dulu2 kan banyak pantangnya..huhu..kadang2 macam tak logik..tapi kena hormati..hoho..cerita2 dongeng mcm ni kita suka baca..hehe

    btw dh check upu? hehe

    ReplyDelete
  2. tak pernah dengar kisah dongeng ni.. selalu dengar pasal Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang aje :)

    wallahualam kebenarannya.. tentu ada sebab kenapa kisah ni diturunkan kepada generasi seterusnya.. :)

    ReplyDelete
  3. pantang orang tua, memang pelik2 bila ada kisah mcm ni.. tapi, sebenarnya ada maksud tersirat.. mungkin kalau diberitahu sebab sebenar, kita takkan ikut... perkara yg xlogik mcm ni la, orang ikut sebab takut.. btw, akak tak reti makan ikan patin.. hihi..

    ReplyDelete
  4. bukan pa x pt makn ikan ya bah..da allergic kali..alah bh..nie ndak jadi nk pelek2 kas ya...

    ReplyDelete
  5. Suke makan Ikan patin masak tempoyakkk... Yummy~!

    ReplyDelete
  6. Ada cerita gak eh ikan patin ni. Kita tak pernah makan pun. Hehe.

    ReplyDelete
  7. Betul betul... Asben org sarawak pun mmg pantang makan patin...

    ReplyDelete
  8. Kuarga mek orang nang pantang ikan tok. Mun makan juak, akan ada gatal yg x pat d ubat. Mun d ubat, bait jap ajak. Pas ya datang balit. Sampey duit jual ikan ya pun x boleh dpakey.. Nak dongeng2 ya x tauk lh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keturunan ikn patin lah tuk.hihihi jgn marah guro ajak!

      Delete
    2. Ada uwg mdh...pke tulang ikan patin pon ngubat gatal2...tulang ya bakarr sampe jd debu kah..pas ya debu tulang cmpur dgn myk kelapa...sapu2 tmpt berkenaan

      Delete
    3. Ada uwg mdh...pke tulang ikan patin pon ngubat gatal2...tulang ya bakarr sampe jd debu kah..pas ya debu tulang cmpur dgn myk kelapa...sapu2 tmpt berkenaan

      Delete
    4. Hi, kamik orang MEXICO dr Baja California. Kamik baru belajar bahasa Sarawak. Kamik suke makan ikan patin. Yummy!!Bagre es sabrosa!!

      Delete
  9. Sbelah bapa saya pun x mkn ikan ni. Sebab kprcayaan kluarga kalau mkn effect ke kulit. Gatal d kulit mcm ilang pigment(putih2.) Memang ada benar ada beberapa kluarga merka mngalami pnyakit tersbut. Shingga kmk adik bradik x mkn ikan pun. Hihihi.. sekadar brkongsi crita

    ReplyDelete
  10. Suami sy org swk makan je..yg penting niat kita setiap makanan minuman dan binatang yg halal..boleh di makan.. Kalo kita kata xbleh makan sbb pantg org dulu2 kalo mkn nnti jadi mcmni2.. Tu dh jatuh syirik..kita sndiri xnmpk dpn mata tentang cerita ini ..kita hanya mndengar yg di sampaikan dr sorg2 yg bercerita dan dia sndiri tidak pernah mlihatnya.. Wallahualam semua kuasa Allah.. Alhamdulillah suami sy makan kerana percayakan Allah.. Dr cerita ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wallahualam. mungkin ada allergic baru takboleh makan. memang kalau pasal pantang larang nie tak boleh percaya sangat sebab boleh syirik.

      Delete
  11. eark... bna ka?? kmk pun melayu swk ok jak xda pun pnh dgar pantang makan ikan patin... ranto blah ney ya???

    ReplyDelete
  12. alergik sbnrnya.. sbb ya rame org xdpt mkn ikn ya.. dongeng ikan patin

    bukan lagenda ikan patin.. sik sama ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin juak. sbenarnya bukan lagenda n dongeng. .ya MITOS. sebab xda siapa tauk kebenaran disebaliknya.
      wallahualam'

      Delete
    2. Dongeng..bukan mitos bukan lagenda. Mitos sesuatu cerita yg ada kaitan dgn agama. Lagenda cerita kepahlawanan

      Delete
    3. Dongeng..bukan mitos bukan lagenda. Mitos sesuatu cerita yg ada kaitan dgn agama. Lagenda cerita kepahlawanan

      Delete
  13. Aku x brani makan sbb d kpg kami ada contoh sorg pmuda tmpan mkn ikan ni krn xpcaya... Terus muka nya berlubg jd hodoh... Skrg ingat ku dia msih hidup lg... Dan nmpak muka nya... Smpai skrg aku x sggup tgung risiko... :-)

    ReplyDelete
  14. Tak kan usop x pernah comolot bini dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Just imagine selama ya bini x pernah tetak/gelak...boleh buat filem ya.......

      Delete
  15. Lect serawak yana post entry ni..walaupon yana bkn org serawak, ttp xmkn ikan patin ni..huhu..

    ReplyDelete
  16. Mun diekot belah mak kmk berketurunan dyg nang xmkn ikan tok... p kmkorg adik beradik da pernah mkn ikan tok alhamdulillah..xda pa2....

    ReplyDelete
  17. kalau dyg tu maknanya keturunan org suruhan istana lah yg tak mkn ikan ni. ye ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. dyg yg berbinti awg tu keturunan brunai. Dyg yg berbinti abang khabarnya dr keturunan sumatera kot asal usul dr merpati jepang?

      Delete
  18. Dri sudut kesihatan, ikan patin tidak berapa sihat utk dimakan kerana ikan patin banyak mengandungi lemak dan lemak tersebut bukan jenis lemak yang sihat.. Lemak ikan patin lebih kurang sama bahayanya dengan lemak lembu, sapi dan seumpanyanya..
    So, bagi sesetgh org yg tahu sikit pasal ikan patin ini, bukan tahu pasal lagenda atau ape entah, tidak makan ikan ini.. sekadar berkongsi pengetahuan sahaja..

    p/s: tp, ya bkanlah sbb utama org xmok mkn patin tok..
    rasa ikan patin tok, bg yg penah merasa la, agak laen ckit rasanya dr ikan laen..
    kamek makan juak ikan ya, tp xslalu bab belemak gilak ikan ya.. makan 2 3 bhgn dah asa mual perut tok..

    ReplyDelete
  19. btol crta ya..coz fmly kmi pantang mkn ikan patin.kalau mkn bdn akn sakit atau kudis buta.gatal2 pulak tu.ubatnya juga tulang ikan dbakar dan dbuat ubt ....tpi skit nya akan dtg slpas 2 thun.sbp sye dh kene gara2 ibu sye hamil sye msa tue mkn ikan patin ..smpai bila2 keturunn kni dlarang mkn ikan patin ...

    ReplyDelete
  20. Yg x boleh makan kebanyakkan dr keturunan dayang dan awang.

    ReplyDelete
  21. patin x mkn...belukang mkn....hihihihi...

    ReplyDelete
  22. Pernah nak langgar pantang keluarga belah saya bila bpk mertua suruh masakkan ikan patin, akibat nya mata sakit rasa dicucuk2 dgn jarum (berair2 dan pedih) dan kulit gatal2.. padahal mkn pun tak.. sy tukang siang dan masak je..
    Ingatkan kebetulan je tp bila bpk mertua suruh masak lagi 2 kali seterusnya, jadi lagi mcm tu.. gatal2 belum sembuh betul tp nasib baik ada bidan kat kmpng suruh bakar tulang ikan dan tumbuk halus buat sapu kat mata n kulit yg gatal tu... Alhamdulillah dgn izin Allah, sembuh sampai skrg.
    Start dari tu saya x berani lagi nak siang/masak ikan patin..

    ReplyDelete
  23. Lagenda,mitos...pasal ikan patin tok..memang belum pasti ada....ya terpulang dengan individu or keluarga kta pun....mun dah family kta xmakan mesti ada sebab2 tertentu ..jadi kenak kta harus nak pertikaikan patang larang kebanyakkan owg melayu sarawak x makan ikan patin tok...

    ReplyDelete
  24. Cerita ni sama dengan cerita puteri tujuh dari kayangan...tapi bila langgar pantang jadi puteri dan balik ke kayangan..

    ReplyDelete
  25. Mungkin benar mungkin tidak. Saya pun asal dr samarahan sarawak. Kalau bukan dr mata kepala sendiri mungkin saya x pcaya. Namun ia terjadi kpd bapa saudara saya sndiri bila mana termakan ikan patin ini hampir menjadi buta dan ubatnya memang tulang patin yang di bakar dan di tumbuk halus dan sapu di mata. Alhamdulillah matanya sembuh. Kisah kedua adalah kazen yang hekerja sebagai askar di melaka. Sengaja melanggar pantang makan ikan patin. Katanya semia itu cerita karut. Sekarang dah buta x dpt melihat dunia. Itulah akibatnya x mendengar kata dan pesan org tua.

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!