Tuesday, 21 May 2013

BudakVanilla's Diaries #1 : pemulaan

Masa: hampir maghrib
Tempat: ruang tamu (tempat biasa)

Bismillahhirrahmanirrahim.
Dear Diary,

hari nie hari pertama aku buat diary kat blog. dulu2 pun aku rasa diary jugak. tapi tu kira aku bercakap atau berkomunikasi dengan readers di alam maya. tapi kalau dah kes2 diary nie. aku buat macam aku bercakap dengan diri sendiri je la. hahaha. semua yang aku nak cerita dalam nie. but here the rules bila korang baca muahaha.

  • mohon jangan ketawakan hari2 aku. mungkin diary nie penuh merepak.
  • jangan bagitau ngan orang lain pasal diary aku nie. *nanti aku malu pulak*
  • kalau terjumpa mana2 diary merepak. abaikan. 
  • mohon jangan ungkit2 lagi benda yang korang dah baca. muahaha
  • abaikan kegilaan aku dalam menulis. 

bak kata orang. menulis ikut akal. bukan perasaan. tapi aku nak guna dua2. hehe. muahaha. nama dah diary kan. hari nie aku tak sekolah. sakit perut. senggugut. sakitnya hanya ALLAH dan kaum hawa je la yang tau. sakitnya mula dari semalam. petang2 tu aku redakan sakit dengan tido sebanyak mungkin walaupun aku tau tido banyak2 tak elok untuk otak. wakaka. :P  so lepas bangun. kepala berat2. makk aaiiihhh. perut aku masih lagi sakit dan semakin sakit. so untuk redakan sakit tu. aku buat air panas dan letak dalam botol dan terus tuam kat perut. walaupun masih sakit. lega ckit la rasanya. mak suruh aku makan benda hitam yang pelik tu. namanya majum. mak kata bagus untuk melancarkan pengedaran darah. muahaha. pandai mak aku nie kan. keh keh keh. sebab kesakitan yang membara tu. aku tak dapat tido. mesej punya mesej. aku tak sedar masa berlalu terlalu pantas. ececeh. skema pulak ayat. macam biasa aku tido lewat. perut masih sakit. orang dah suruh tido. sempat pulak aku berangan. hahahaha. ape daa.

angan2 aku time perut sakit tu. aku pejam mata siap berangan lagi perut aku kena urut. hahaha. gila betol angan2 tu. alhamdulillah. rasa selesa lak perut aku masa tu dan aku terus tertido. pagi2 nya pulak, aku nak pergi sekolah. aku malas nak bangun. perut masih lagi sakit. jadi tak sekolah la aku tadi. tapi yang tak bestnya. aku sakit. redha je la kan. rugi pulak tak sekolah hari nie. hmm.

sorang kawan aku dah nak berangkat ke uitm kota kinabalu sabah. gudluck untuk dia. :) mudahan dapat ramai kawan nanti. aku masih melekat di form 6. harap dapat pindah. sebab nak ambik seni. dah la. panjang pulak aku membebel. heheh. goodnight diary. :)

tuan punya , 
BudakVanilla



10 comments:

  1. Biasa la perempuan. Sama dengan kita, kita pun sakit, hanya org yg tertentu je yg dapat rasa. seyesly sakit x boleh citer kan ? hehe. terover pula komen. :)

    ReplyDelete
  2. try guna pad avail tu. best, nawwar baru pakai sekejap tapi dah rasa macam berkesan. orang kata kalau pakai lama2 dah kurang senggungut. tengah nak cuba jugak ni. hehe

    ReplyDelete
  3. sengugut cakaran syaitan... banyakkan minum air suam dan selawat ke atas Nabi Muhammad :)

    ReplyDelete
  4. Mun kamek sontok teketar-ketar badan nahan sakit.. Huhu.. Rasa nak pitam pun ada..

    ReplyDelete
  5. @Isabel Diaz ylh. .kmk pun slalu pya. .kotan skit ilak tek. . :D

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!