Friday, 12 April 2013

TANDA LELAKI BENAR-BENAR JATUH CINTA

Assalamualaikum.
ce tengok tajuk sat. wooo. jiwang2. hehe :D
saja nak post sesuatu yg jiwang. biar yg sedang dilamun cinta tu terawang rawang.
tapi jangan sampai lupa Tuhan. org kata couple itu haram.
jadi halalkan ia dengan nikah. lagipun nikah satu sunnah. :)



yang dah bersuami. jaga la incik suami dengan baek. syurga isteri dibawah telapak kaki suami.
yang belom bersuami. *jangan nak gatal2* jaga diri baek2. maruah diri keluarga agama masyarakat mesti jaga. jangan bangga melakukan maksiat. 


TANDA LELAKI BENAR-BENAR JATUH CINTA ♥
” Zaman skang boy lagi manja dari gurl “ *ye ke? heran2* bwahaha :P

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.


Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:


1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.


2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.


3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.


4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.


5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.


6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.


7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.


8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.


9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.


11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.


12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.


13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.


14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.


15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.


16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.


17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.


18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.


19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.


20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.


21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.


22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya. 


23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA


sumber: muka buku


aku taktau la tanda diatas tu betol ke tak. aku bukan lelaki. kekadang aku tak faham gak perasaan lelaki nie camna. so bagi yang lelaki tu. kalau ada yang salah bagitau2 la kan. wakaka~


ilal liqa' :)

10 comments:

  1. hahaha...betul2..semua point betul..bagi dayah lar..haha..nice sharing :D

    ReplyDelete
  2. tapi x semua laki sama.. ada yg jnis mcm 'lain'sikit..hehehe

    ReplyDelete
  3. Nice sharing....
    Adalah jugak betulnya kott.....

    ReplyDelete
  4. Buat la tanda2 girl dilamun cinta plk. hihi. btw, inro tu best ! Tak betul pon semua ni, bf I tak cam ni. wkwkwkwkw

    ReplyDelete
  5. hahah sgt btul la entry ni..:))

    bukan mudah owg nk sygkn kita dgn spenuh hati

    ReplyDelete
  6. hup...mcm ni rupanya..hahaha! bru sya tau. jeng3

    ReplyDelete
  7. Hehe salam! semue point yg tercatat diatas adalah benar belaka.. coz az dpt kesan perkara2 diats berlaku pda si Putera az.. kate orang senjata perempuan adalah air mata, manakala air mate lelaki adalah air mate yg sgt berharga, knp az ckp cmtu? nnt la, org yg singgle minggle ni mmg xkn rse ia nye btol, tunggu esok ble dah jumpe si Putera hati yg tepat.. ^_^

    ReplyDelete
  8. ada yg jenis ikut logik.. kalo marah, xcinta la.. pffftttt...

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!