Sunday, 27 May 2012

cara untuk tutup malu :)



Cara untuk TUTUP MALU apabila:

TERJATUH: kalau la korang sedang jalan-jalan, syok2 bergaya dengan ayunya, tiba2 lak ada terlanggar terpijak dan macam ter2 situ. Korang nak cover rasa malu la konon. Korang boleh buat2 pengsan (mesti ada brann!), takpun korang buat2 cari benda jatuh (tapi takkan korang sendiri lak jatuh kan). Ade lagi, kalau tak nak buat cara ‘over’ tadi tu. Kalau jatuh korang cepat2 la bangun balik dan terus jalan macam takde apa2 berlaku. Kalau orang gelak takyah peduli. Terus jalan je.

TERSALAH ORANG: kalau korang sedang jalan2 lagi, Nampak la sorang mamat atau awek nie macam korang kenal (memang sebijik macam korang kenal). Pastu korang tegur lak dia tu. Pastu lak dia cakap dia tak kenal korang pun, korang memang salah orang. Cara nak tutup malu lak pura2 cakap “eh, kau dah lupa aku ke?”, takpe camtu la kawan”. Takpun cakap je la salah orang. (kalau korang laki dan yang korang tegur tu lak awek, mesti dia perasan korang nak ngorat dia..tak ke haruu). Bagi orang yang kena tegur orang yang salah orang lak (harap korang faham ayat nie..hee), dah kena tegur tu, buat la macam kenal dan cakap “bila kau nak bayar hutang?” (mesti orang tu fikir korang gila) pastu dia pun blah la.

TERLANGGAR: kalau korang jalan kaki (bukan guna motor/kereta)..tiba2 ada lak terlanggar seseorang nie, cara nak tutup malu adalah pura2 rabun. Kata la kat orang yang korang langgar secara tak sengaja tadi “maaf cik/encik, saya rabun..tak Nampak sangat tadi”..kompon dia tak marah. Kalau dia marah2, tengok muka dia betol2 pastu mintak maaf dan cakap terima kasih. Pastu blah je la. (hormat menghormati budaya kita..heee)


Vanilla view: Saya pernah praktikkan ada antara cara2 tersebut dalam kehidupan J. Tapi selalunya keyakinan tu yang penting. Kalau taknak buat cara2 tu pun takpe. Kita redha je. Yakin la sangat J…. ◕✿.¸¸.•´ ~Syukran..

No comments:

Post a Comment

drop a comment~
arigatouuu!