Saturday, 26 May 2012

Bercinta Menurut Islam


~.¸¸.•´✿◕ Bercinta menurut Islam ◕✿.¸¸.•´~


Dalam Al-Quran Surah Al-Nur ayat 30-31 memerintahkan kaum lelaki dan wanita Islam menutup pandangan dari perkara maksiat, menjaga kehormatan diri dan tidak boleh menzahirkan perhiasan badan kecuali yang biasa kelihatan sahaja iaitu muka dan tapak tangan bagi kaum wanita.

Perasaan Cinta sebenarnya adalah perasaan semula jadi yang wujud pada badan manusia. Mereka cinta kepada ibu ayah, anak, sahabat handai dan lain-lain. Islam tidak pernah melarang cinta ini, cuma yang Islam tekankan ialah teknik bercinta itu sendiri. Jika cinta seseorang itu kepada bapa dan ibunya melebihi cinta kepada Allah dan Rasulnya, jelas perbuatannya ini satu perbuatann yang bercanggah dengan nas Al-Quran.

Seseorang yang Bercinta mengikut cara Islam begitu mudah, tidak payah sebagaimana sangkaan sesetengah pihak. Apabila hatinya berkenan kepada seseorang gadis hendaklah ia keputusannya bulat kepada gadis terlibat hendaklah ia meminang gadis itu melalui ibu bapanya atau secara terus kepada gadis terlibat, seterusnya melangsungkan perkahwinan.

Setelah berkahwin bolehlah suami tadi bercinta dengan isterinya sebanyak mana yang ia mahu, kerana cara ini adalah satu cara yang paling halal di sisi Allah dan Syarak. Inilah satu-satu caranya bercinta dalam Islam, bukan sebagaimana yang banyak berlaku sekarang bercinta-cinta bertahun-tahun sehingga banyak berlaku perkara mungkar dan maksiat dan menjadi masalah kepada negara.

Rugilah kiranya bila seorang wanita melepaskan seorang lelaki yang baik akhlak dan agamanya, hanya untuk mengejar lelaki yang tampan wajahnya.

Rugilah apabila seorang lelaki melepaskan wanita yang baik akhlak dan agamanya hanya untuk mengejar wanita yang cantik wajahnya.

Tampan dan cantik, akan cepat pudar, dan apabila sudah tidak tampan dan tidak cantik lagi maka cinta pun musnah.

Namun memilih pasangan hidup kerana akhlak mulia dan agamanya, maka cintanya insyaAllah akan kekal sampai ke syurga Allah..

 vanilla view: alhamdulillah.. alangkah bagusnya kalau dapat orang cmnie dalam hidup sebagai pasangan kita. .:) syukran~

1 comment:

drop a comment~
arigatouuu!