Monday, 31 December 2012

SEGMEN: Bloglist dan Blog REVIEW by BudakVanilla

TAMAT

STICKY POST

Assalamualaikum..
hari nie nak buat satu segmen dan ini segmen yang pertama saya buat. . :) harap ramai la join. . :) sebab syarat2nya simple je. . :)


http://1.bp.blogspot.com/-74V8a3EGgRM/UNqKe9PgOeI/AAAAAAAABWA/khJG_DPUhUA/s400/BudakVanilla.gif

syarat-syarat:
1. wajib follow blog nie. . :)
2. subscribe facebook .. (wajib bagi yang ada facebook) *sidebar
3. follow twitter (wajib bagi yang ada twitter) *sidebar
4. ambik banner kat atas dan buat satu entry "Bloglist dan BlogReview By BudakVanilla" dan backlink kan ke entry nie.. :) 
5. tag 2 kawan. . :) (sunat)
6. letak link entry (bukan link blog je!. .di kotak komen)
7. wajib jujur.. (akan diperiksa ya..)


ganjaran:
1. 10x Bloglist selama 1 tahun (2013-2014)
2. 5x Blog Review
3. 5x Banner
4. 5x Cursor

pemilihan pemenang:
1. TOP REFERRAL *1x Blog Review *1x Bloglist  *1x Banner *1x Cursor
2. Random ORG. :)

SEGMEN TAMAT: 31.12.2012

SENARAI PESERTA *sentiasa diupdate*

Hari terakhir SEGMEN: Bloglist dan Blog REVIEW by BudakVanilla

Assalamualaikum..
hari nie hari terakhir segmen pertama saya. .yang join boleh tahan sikit la. .:) hehe. .JOIN SINI. .tamat pada tengah malam nie so masih banyak masa untuk join. .:D esok saya umumkan pemenang. .pada 1 Januari 2013. .jom la join semua. .hadiah agak ohsem la kot lagipun syarat2 senang je takyah nak susah2. . :D insyaALLAH. .bagi yang dah join tu. .terima kasih ya sudi join. .sangat berterima kasih. . :)

Thursday, 27 December 2012

Limited Edition GiveAway by Dysha Sahhir

Assalamualaikum..


saya jarang join giveaway. .hehe. .saja nak join giveaway Dysha Sahhir nie sebab blog beliau comel tau. .comel sangat. .hehe. .harap dapat la jadi salah seorang daripada 20 orang blogger bertuah tu ye. . :) klik2 banner kalau nak join. .syarat pun mudah. . :)

Senarai Peserta SEGMEN: Bloglist dan Blog REVIEW by BudakVanilla

Assalamualaikum. .
Sila check link blog korang betol ke tak. .kalau takda bagitau la ye. .kalau salah atau double pun bagitau gak ea. .ingat no. korang. . :)

sesiapa yang belom join tu. .jom la join SINI 


1. http://sikucingsengal.blogspot.com/2012/12/bloglist-dan-blogreview-by-budakvanilla.html
2. http://ainpunyeceritalah.blogspot.com/2012/12/bloglist-dan-blogreview-by-budakvanilla.html
3. http://www.hunnyzafirah.my/2012/12/bloglist-dan-blogreview-by-budakvanilla.html
4. http://kekapasberceloteh.blogspot.com/2012/12/bloglist-dan-blogreview-by-budakvanilla.html
5. http://missp0tpet.blogspot.com/2012/12/segmen-bloglist-dan-blog-review-by.html
6. http://pelengkaprusukiri.blogspot.com/2012/12/bloglist-dan-blogreview-by-budakvanilla.html
7. http://mukamalu.blogspot.com/2012/12/segmen-bloglist-dan-blog-review-by.html
8. http://mespacegirl.blogspot.com/2012/12/bloglist-dan-blogreview-by-budakvanilla.html
9. http://schaazman.blogspot.com/2012/12/segmen-bloglist-blog-review-by-budak.html
10. http://kauhadirkanpelangi.blogspot.com/2012/12/bloglist-dan-blogreview-by-budakvanilla.html
11. http://meyrajohn.blogspot.com/2012/12/bloglist-dan-blogreview-by-budakvanilla.html
12. http://dearsupermario.blogspot.com/2012/12/bloglist-dan-blogreview-by-budakvanilla.html
13. http://www.aimisyahirah.com/2012/12/bloglist-dan-blogreview-by-budakvanilla.html
14. http://ain-nadia.blogspot.com/2012/12/segmen-bloglist-dan-blog-review-by.html
15. http://shekechik.blogspot.com/2012/12/bloglist-dan-blogreview-by-budakvanilla.html
16. http://choiseongjosecret.blogspot.com/2012/12/bloglist-dan-blogreview-by-budakvanilla.html
17. http://adirahusna.blogspot.com/2012/12/bloglist-dan-blogreview-by-budakvanilla.html
18. http://budakkecikbermonolog.blogspot.com/2012/12/segmen-bloglist-dan-blog-review-by.html
19. http://nutyra.blogspot.com/2012/12/segmen-bloslist-dan-blog-review-by.html
20. http://hudarazida85.blogspot.com/2012/12/bloglist-dan-blogreview-by-budakvanilla.html
21. http://theprincessofstarlight.blogspot.com/2012/12/bloglist-dan-blogreview-by-budakvanilla.html
22. http://syananykcik.blogspot.com/2012/12/bloglist-dan-blogreview-by-budakvanilla.html
23. http://momokequaltogemok.blogspot.com/2012/12/segmen-bloglist-dan-blog-review-by.html
24. http://chocolatesunshinedanbo.blogspot.com/2012/12/segmen-bloglist-dan-blog-review-by.html
25. http://aquablackchocolate.blogspot.com/2012/12/bloglist-dan-blogreview-by-budakvanilla.html
26. http://arrienlove.blogspot.com/2012/12/bloglist-dan-blogreview-by-budakvanilla.html
27. http://sehahlifes.blogspot.com/2012/12/segmen-bloglist-dan-blog-review-by.html
28. http://izzah-norlizah.blogspot.com/2012/12/segmen-bloglist-dan-blogreview-by.html
29. http://tunjuksitu.blogspot.com/2012/12/bloglist-dan-blogreview-by-budakvanilla.html
30. http://cikannesweetyncool.blogspot.com/2012/12/bloglist-dan-blogreview-by-budakvanilla.html
31. http://eyllamomsenn.blogspot.com/2012/12/bloglist-dan-blogreview-by-budakvanilla.html
32http://mystorytimez.blogspot.com/2012/12/bloglist-dan-blogreview-by-budakvanilla.html
33. http://misskechik881.blogspot.com/2012/12/bloglist-dan-blogreview-by-budakvanilla.html
34. http://dorayakino.blogspot.com/2012/12/bloglist-dan-blogreview-by-budakvanilla.html
35. http://itisstories.blogspot.com/2012/12/bloglist-dan-blogreview-by-budakvanilla.html
36. http://bicarakotakhatiainaa.blogspot.com/2012/12/segmen-bloglist-dan-blogreview-by.html
37. http://axieanayumi.blogspot.com/2013/01/bloglist-dan-blogreview-by-budakvanilla.html



TAMAT. .










Monday, 24 December 2012

Tutorial Buat Banner Untuk Blog

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmannirrahim. .dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. .
hari nie nak buat tutorial tentang camne nak buat banner untuk blog sendiri. . :) senang je la. .bawah nie adalah contoh banner blog yang dah siap. .hehe. .omey tak? hehe. .nie buatan sendiri menggunakan photoscape. .agaknya mesti semua dah pandai guna kan? so hari nie buat tutorial simple giler. . :). .tapi gambar untuk banner korang mestilah dah siap awal2 sebab nie tutorial kod je. .hehe~


Jom Exchange Banner :D
memula korang g DASHBOARD > LAYOUT > ADD A GADGET >  Pilih HTML/JAVASCRIPT
dan copy paste kod dibawah. .
<center>
<img style="width: 125px; height: 125px;" src="http://4.bp.blogspot.com/-R3nBqegZtP8/UBLc-NGtN8I/AAAAAAAAAdM/OE67tiriYv4/s320/BudakVanilla.gif" />
<center>Jom Exchange Banner :D</center>

<textarea cols="13" rows="3" style="text-align: center;"><a href=”http://budaksukavanilla.blogspot.com/"><img src="http://4.bp.blogspot.com/-R3nBqegZtP8/UBLc-NGtN8I/AAAAAAAAAdM/OE67tiriYv4/s320/BudakVanilla.gif" /></a></textarea></center>



Panduan Pelangi :
Kuning : Boleh tukar saiz banner mengikut hati dan jiwa. .
Merah : URL atau link gambar untuk banner korang. .
Biru : Ayat korang sendiri. .
Putih : Link blog korang. .


tutorial nie mungkin ramai dah tau. .tapi saya saje je nak kongsi apa yang saya tau kan. .heee~sekian saja dari saya. . :D kalau ada ape2 yang korang tak paham .tanyalah ye. .jangan malu2. .:)
syukran jazilan sudi menengok entri yang tak seberapa :)
ampun dan maaf dipinta jika ada salah dan silap. .
BudakVanilla cuma hamba ALLAH yg xlari dari kesilapan. .
salam sayang wat semua yg menyayangi. .
~ilal liqa'~
© Post Original & Official®
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌
Verified Official by BudakVanilla

Friday, 21 December 2012

Sikap Berdasarkan Bulan Kelahiran

Assalamualaikum. .

syok2 online tetiba line broadband buat hal. .biasalah kan? broadband bila dah diperam lama jadi la masam (ada kaitan ka?) dengan line tenet yang slow mengalahkan siput tutt nie. .saya mengagahkan diri mengupdate status hanya dengan satu gambar. .entri kali nie panjang berjela-jela. .hehe~ besedialah membacanya dengan pelbagai riak muka~. .nak tau sikap seseorang berdasarkan bulan kelahirannya? check la kat bawah nie semua. .mana tau ada yang tepat kan? sikap2 nie mengikut kajian. . :) saya lahir bulan March. .meh tengok sikap dan sifat saya camne? ada gak yang betul dan kurang pasti disitu. .hahahahaha~ sakit pankreas ketawa camnie. . :D kalau ada yang betol cam sikap korang. .bagitau ea. .bagitau jangan tak bagitau. .rajinkan diri komen2 ya. .heheheheeh~ (rindu nak g skolah. .hahahahaha~)




Januari:
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius.Suka mendidik dan dididik.Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.Rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan.Suka smart, kemas dan teratur. Bersifat sensitif , berfikiran mendalam. Pandai mengambil hati org lain. Pendiam kecuali telah dirangsang.Agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi.Mudah mendisiplinkan diri sendiri.Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya. Cukup sayang pd kanak-kanak. Suka duduk rumah.Setia pada segala-galanya.Perlu belajar kemahiran sosial.Cukup cemburu yg sangat tinggi.

Februari:
Berfikiran abstrak.Sukakan benda yang reality dan abstrak.Intelligent, bijak dan genius. Berpersonaliti yg  mudah berubah. Mudah menawan org lain. Agak pendiam.Pemalu dan rendah diri. Jujur dan setia pd segalanya. Keras hati untuk mencapai matlamat.Tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong.Suka kegiatan yg lasak.Emosinya mudah terluka dan sgt sensitif.Mudah mempamirkan marahnya.Tidak suka benda yg remeh-temeh.Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.Sangat berani dan suka memberontak.Bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya.Pemerhatian yg tajam.Suka hiburan dan sukan.Suka benda yg bersifat seni.Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. Berkecenderungan pd benda yg tahyul. Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.belajar untuk mempamerkan emosi.

March:
Berpersonaliti yg menarik dan menawan serta mudah didampingi.Sgt pemalu dan pemendam rasa.Sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati. Sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran. Suka pada kedamaian. Sgt peka kepada orang lain. Sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain. Tidak cepat marah dan sangat amanah.Tahu balas budi dan tahu kenang budi.Pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam.Kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal.Suka berangan - angan.Suka melancong.Sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi.Kelam kabut dalam memilih pasangan.Suka dgn hiasan rumahtangga.Punya bakat seni dalalm bidang muzik.Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik.Jgn terlalu moody.

April:
Sgt aktif dan dinamik.Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal.Sgt menarik dan pandai manjakan diri.Punya daya mental yg sangat kuat.Suka diberi perhatian. Sgt diplomatik (pandai memujuk ), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org. Sgt berani dan tiada perasaan takut. Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.Emosi cepat terusik. Try control the emotion. Kecenderungan bersifat dendam.Agresif, kelam kabut utk membuat keputusan.Kuat daya ingatan.Gerak hati yg sangat kuat. Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain. Berpenyakit disekitar kepala dan dada.Sgt cemburu dan terlalu cemburu.

Mei:
Kekerasan hati & degil, kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam Mudah marah apabila tidak dikawal. Pandai menarik hati org lain & menarik perhatian. Perasaan yg amat mendalam.Cantik dr segi mental & fizikal.Tidak perlu dimotivasikan. Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain dan mudah dipujuk. Bersikap sistematik (otak kiri).Suka berangan. Kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu. Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.Daya khayalan yg tinggi.Permikiran yg tajam.Pandai berdebat.Fizikal yg baik.Kelemahan sistem pernafasan. Suka sastera,seni& muzik serta melancong. Tidak berapa suka duduk dirumah.Tidak boleh duduk diam. Tidak punya ramai anak.Rajin dan bersemangat tinggi.Agak boros.

Jun:
Berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan krn sikap baik, berperangai yg lemah lembut, mudah berubah sikap,perangaiidea @mood, idea yg terlalu banyak dikepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dgn segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik, cepat marah &cepat sejuk, suka bercakap & berdebat, suka buat lawak & bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan, org yg sangat tertib, pandai mempamerkan sikap, mudah kecil hati,mudah kena selsema, suka berkemas, cepat rasa bosan,sikap terlalu memilih & cerewet,kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, mudah menjadi eksekutif, suka kepada barang yang berjenama, kedegilan yg tidak terkawal, sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.

Julai:
Sangat seronok didampingi, Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang.  Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan, Mudah dipujuk dan bercakap lurus, Sangat menjaga hati orang lain, sangat peramah, emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya, Berjiwa sentimental, jarang berdendam, mudah memaafkan tapi sukar melupakan, tidak suka benda remeh-temeh, bimbing cara fizikal dan mental, sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang, layanan yg serupa dgn semua orang, tinggi daya simpati, pemerhatian yg tajam, suka menilai org lain dgn pemerhatian, mudah dan rajin belajar, suka muhasabah diri, suka megenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri, suka duduk dirumah, suka tunggu kawan tapi tak cari kawan, tak agresif kecuali terpaksa, emah dari segi kesihatan perut, mudah gemuk kawal tak kawal diet, minta disayangi, mudah terluka hati tapi lambat pulihterlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja

Ogos:
Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut, orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain, terlalu pemurah & bersikap ego, nilai harga diri yg sangat tinggi.  dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa, cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari, suka memimpin & dipimpin, sifat suka berangan, berbakat dlm seni lukis,hiburan& silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat apabila ditimpa penyakit, belajar utk relax, sikap kelam kabut, romantik , pengasih, penyayang, suka mencari kawan.

September:
Sangat bersopan santun & bertolak ansur, sangat cermat, teliti & teratur, suka menegur kesilapan org lain & mengkritik, pendiam tapi pandai bercakap, sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati, sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur, kerja yg dilakukan sangat sempurna, sangat sensitif yg tidak diketahui, org yg banyak berfikir, daya pentaakulan yg baik, otak  bijak & mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia, suka sukan, hiburan & melancong, kurang menunjukan perasaannya, terluka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan, sukakan benda yg luas, bersistematik.

Oktober:
Suka sembang, suka org yg sayang padanya, suka ambil jln tengah, sangat menawan & sopan santun, kecantikan luar & dalam, tidak pandai berbohong & berpura-pura, mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah, macam pentingkan diri sendiri, tidak menolong org kecuali diminta, suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan org lain, emosi yg mudah terusik, suka berangan & pandai bercakap, emosi yg kelam kabut, daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong,bidang sastera & seni, pengasih ,penyayang & lemah lembut, romantik dlm percintaan, mudah terusik hati & cemburu, ambil berat tentang org lain, suka kegiatan luar, org yg adil, boros & mudah dipengaruhi persekitaran, mudah patah semangat,

November:
Banyak idea dalam sesuatu perkara, sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam, daya firasat yg sgt halus dan tinggi, bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personality dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya, tak suka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari org lain, otak yg sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah,

Disember:
Sangat setia dan pemurah, Bersifat patriotik, Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, Bercita-cita tinggi, Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi, Seronok didampingi, Suka bercampur dgn org, Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai, Sangat jujur amanah dan bertolak ansur, Tidak pandai berpura-pura, Cepat marah, Perangai yg berubah-ubah, Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi, Benci pada kongkongan, Suka berlawak, Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik,




sekian saja. . :D semakin hari semakin bosan lak saya tengok blog nie. .siapa pandai mengedit blog? tolong edit blog saya kasi cantik ckit boleh? tapi saya tak suka guna blogskin. . T.T. .hodohnya blogku ini. . jeles tengok blog orang yang comel2. .

syukran jazilan sudi baca entri yang seberapa:)
ilal liqa'
saya sayang semua. . :)

Wednesday, 19 December 2012

WORDLESS WEDNESDAY::Hijab for Safety

Assalamualaikum. .
sedang bercuti nie. .saya banyak membuang masa didepan laptop dan jadi pemalas. .alahai. .maafkan anakmu nie wahai mak ku yang penyayang. .hehehe. .



Monday, 17 December 2012

Wajibkah bertudung?

Assalamualaikum. .
apa khabar korang? saya sihat2 je. .ingatkan nak cari kerja masa cuti nie. .sebab dah bebas spm kononnya. .tapi rasa malas masih melekat di jiwa. .hahahaha. .sebok nak online je kerjanya. . :D takpe. .tahun depan baru nak kerja kot. .saya masih belum puas nak bercuti lagi. .hehe~

macam tajuk kita hari nie. .wajibkah kita bertudung? bertudung tak wajib. .tutup aurat wajib. .tak kesah la nak tutup dengan tudung saji ke? asal tutup aurat. .hehehe. .betol gak. . :P


Saturday, 8 December 2012

Tips Meningkatkan FOLLOWER blog :)

Assalamualaikum. .
follower korang ckit ciput je? tak tau nak watpe? jom kita ikut beberapa tips nie. .nie tips dari saya sendiri kot. .terpulang la kepada korang nak guna atau tak. .tips nie saya selalu guna untuk tambah follower. .tapi ada gak yang saya jarang guna. .hehehe~ okok. .straight to da point. tips meningkatkan follower blog. menaikkan pengunjung blog. 

Rajin Blogwalking dan Follow blog blogger lain
nie la paling bagus. .selain kita boleh tambah follower. .boleh jugak tingkatkan trafik blog kita. .kita jangan memaksa orang untuk follow blog kita tau. .tak elok camtu. .jangan lupa tinggalkan link atau mesej di SHOUTBOX ataupun CBOX supaya blogger tu boleh blogwalking dan follow blog korang balik. .amaran: jangan sesekali memaksa cam "aku dh follow ko, ko follow aku blik.. klu tak aku unfollow ko!" dahsyat ayat tu. .boleh buat orang menyampah dan hilang minat untuk blogwalking di blog korang. .guna la ayat yang simple dan sertakan dengan smiley comel supaya orang tau korang friendly. .heee~ 


 Rajin Join Segmen dan Giveaway
wowowowo. .nie cara paling cepat nak tingkatkan follower apatah lagi kalau segmen yang melibatkan pecarian follower yang terover over. .walaupun selalunya segmen dan giveaway nie banyak karenah dan syarat yang berbagai bagai tapi kalau korang join secara tidak langsung ia akan meningkatkan follower korang. .kalau korang buat segmen dan giveaway menarik tu lagi la bagus. .tapi jangan la bagi syarat yang melampui batas cam follow lebih 20 blog. .like lebih 30 page. .tapi hadiah setakat cekodok je. .no offence ok? just joking. .heheheh~ smile ok?


Rajin Buat Entri Menarik dan Berguna
menarik di sini maksudnya entri yang baik baik dan tidak menyentuh sebarang sensitiviti agama, kaum mahupun seseorang. .lebih bagus kalau buat entri yang mengandungi pelbagai maklumat yang berguna cam buat tutorial atau tips yang menarik cam saya tengah buat nie. .heheh. .kalau korang cerita pasal kehidupan korang pun boleh gak. .kira menarik la tu. . :) tapi sekarang banyak blogger yang minat blog comel ada doodle termasuk la saya. .jadi korang rajin rajin la belajar mendoodle k. .mana tau boleh jadi retis nanti. .:D


Blog Ringan dan Senang Mata Memandang
korang suka tak kalau blog loading lama2. .tunggu 10 minit nak habis loading. .lambat2. .kita nie manusia. .kalau blog belum habis loading 5 minit. .rasanya semua dah give up dan tekan X. .hahaha. .kecuali la blogger retis. .kalau blogger retis tunggu setengah jam untuk loading blog je pun sanggup kan? kalau kita nie setakat blogger biasa yang kurang sikit luar biasanya memang tak dilayan sangat la. .soobbss~ makin ringan blog makin ramai suka jenguk. .agaknya blog saya ringan tak? kalau banyak sangat widget berat la blog korang tu. .blog saya simple je. .selalunya blog yang menarik la paling senang dapat banyak follower. .especially blog simple dan senang mata memandang. .serta blog yang comel ada doodle gitu. .hahaha. .


Ada Follower Box
nie wajib ada dalam setiap blog. .kalau takda macam mana orang nak follow korang? common sense. . :)


sebenarnya banyak lagi tips. .tapi cam biasa saya seorang yang malas menaip. .heheh. .nanti la sambug lagi. .penat dah. . :P akan datang dengan lebih banyak tips yag bagus. .in sha ALLAH. . :)

ATTENSION: kalau blog korang dah ada pembaca yang setia dan banyak follower jangan sombong dan lupa diri. .nanti ALLAH benci. .tak perlu riak dan takbur. . :)

SYUKRAN JAZILAN
ilal' liqa :3 



© Post Original & Official®
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌
Verified Official by BudakVanilla


Monday, 3 December 2012

SPM nak habis. .hampir bebas. .hahaha :D

Assalamualaikum :)
saya nak bebas. .bebas. .hampir bebas. .hahahahahaha. .last exam spm saya. .esok la. .est. .english for science and technology. .hehe. .bestnyer. .tapi sedih gak kan. .5 tahun sekolah kat sekolah saya sekarang. .dan sekarang dan tak lama lagi. .saya akan blah dari sekolah tu. .uwaaa~ emo jap. .sekarang belum lagi ada idea nak wat entri best. .malas la tu kot. .hehehe. .so cam biasa la sejak dari dulu lagi rajin edit gambar yang simple. .hehe. . :D enjoy your view. .hehe. . :) btw. .gambar2 kat bawah nie. .makanan yang dijual time ekspo makanan ditempat saya. .:D jangan telan ayak liur. . :)

cupcakes elmo


1 set cupcakes I LOVE U :3


cupcakes LADYBIRD. . cute. .:)


kuih sebana. .*my mum*



my henpong. .love it. . :D saya takdak hengpong canggih2 pong. .2 pun tepon yang saya bli dengan duit sendiri. . :3 comel tak? hahaha. .nanti nak bli tepon baru lak. .nak cari yang lebih murah. .hehe. . :D

JIMAT CERMAT AMALAN MULIA :D
Terima kasih sudi nengok segala di sini. . senyum selalu. . :)
☆:*´¨`*:..:*´¨`*:.☆
saya sayang semua orang yang sayang saya. . :)
Jazakallahukhair :)
ilal liqa'
☆:*´¨`*:..:*´¨`*:.☆


© Post Original & Official®
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌
Verified Official by BudakVanilla




Wednesday, 28 November 2012

Wordless Wednesday :)

Assalamualaikum. .:)

Boleh buat maksiat, tapi dengan syarat??


saya suka like. . :) (saya suka suka??)



© Post Original & Official®
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌
Verified Official by BudakVanilla


Thursday, 22 November 2012

Apa yang orang perlu tahu pasal saya. . :)

Assalamualaikum. .
tak jawab dosa. .kalau jawab sayang. . :) tertiru tagline Maria Elena blogger femes n yang terkenal kat youtube tu. .heee~  pada hari yang indah dengan angin sepoi2 budi bahasa nie. .hari nie nak buat entry panjang2 bagi mata korang juling kalau baca. .saya yakin ada antara kita yang kurang baca so saya sengaja buat entry panjang sebab nak menanam budaya membaca dalam masyarakat kita hari nie. .cewahh. .skema punya ayat. . tak habis2 kena kutuk nanti. .heee~ sengih nampak gigi. . saya nak cerita pasal saya la. .saya nie seorang


pencinta kucing
saya suka kucing sebab kucing comel la kot. .bukan tu je la. .kucing peneman saya waktu sunyi. .bila sunyi saya selalu cakap2 ngan kucing. .tak pasal2 orang fikir gila. . memang betol la kan. .kucing peneman kita dikala sunyi mengcengkam jiwa. .hee~ saya ada seekor kucing yang dipanggil Opie. .bulu dia warna ala2 kopi susu terlebih susu. .hee~ dia sangat comel. .pandai melepas kat tempat yang dibenarkan cam jamban. .sebab dah latih sejak kecik. .kucing pun pandai berlatih ea? tapi dalam jantung nie. .ada jugak perasaan nak bela kucing warna hitam. .tapi jarang lak nak jumpa kucing hitam. .dan tapi lagi. .banyak orang cakap kucing hitam tak elok. .apa yang tak eloknya?!!! bagitau cnie!!. .kucing biasa jugak tu kan. .makhluk ALLAH jugak kan? segala takdir ALLAH yang tentukan. .saya nak kucing hitam. .kalau ada baby kucing hitam bagi la kat saya ea. .nak yang hidup2. .hehe~ geramnye ngan kecomelan kucing. .(╯3╰)


✖ pendiam
yaaaaa. .saya seorang yang pendiam. .dan saya yakin banyak orang cam saya. .saya suka diam2 dengar orang bercerita. .bila orang tanya baru saya bercakap. .lagipun saya diam bila dah takda benda nak dicakapkan. .kalau semua orang dah sebok sangat dah bercakap itu ini takkan nak meyebok sama kot. .nanti tak kena layan. .hahaha. .camtu la saya. .kadang2 malas gak nak cakap. .sebab takda benda nak dicakapkan. .ayat berulang. .tolong pukul kepala saya sat. .tapi kurang bercakap tak elok untuk otak. .saya pernah baca tu. .tapi taktau la katne lak benda tu datang. .satu lagi tapi tak habis2 ngan tapi dia ada ulamak yang mengatakan diam seseorag lebih baik daripada seseorang yang bercakap kosong. .bagi sesiapa yang pendiam tu. .jadi la bising2 ckit. .jangan banyak ye. .ckit je. .kalau nak bising pun. .bisingkanlah benda yang berfaedah. .jangan la korang bising melalak tengah rumah sambil bawak lagu isanella lak. .korang boleh bising2 bagi ceramah agama kat adik2, kawan2 ke? kompom mak bapak korang bangga. .heeeeee~ Alhamdulillah. . :)


✖ minat anime, komik, kartun, manga
saya minat benda2 nie semua sejak sekolah rendah lagi. .mungkin sejak saya kecol lagi. .saya pun tak tahuuu. .hilang ingatan jap. .majalah komik pertama yang saya beli adalah KREKO. .rasanya edisi yang ke9. .tak pasli la jugak tu. .pastu beralih minat kat majalah komik ARENA pulak. .heee~ lepas berhenti ngan semua majalah tu. .saya terus beli komik yang terus dibukukan. .memang la semua komik dibukukan. .lagi satu saya minat sangat tengok anime kat tv sana tu hah. .salah satu anime yang saya minat sejak dulu adalah anime BLEACH. .saya suka watak2 dalam anime tu walaupun nampak brutal ckit. .hehe. . :P sanggup heret kaki pergi kedai buku semata mata nak beli komik. .hee~ kalau perempuan lain sebok membandingkan orang di sekeliling mereka dengan watak2 dalam novel. .saya lak membandingkan orang cam watak dalam anime dan komik. .saya pun baca novel gak. .tapi komik la yang sesuai dengan jiwa jantung perut usus saya. . :P sakit pankreas gelak2 baca komik. .


malas dah nak tulis panjang2. .so buat camnie je la. .huohoho~ gelak menyampah. .
✖ tak minat korea sangat
✖ benci cicak
✖ teringin nak makan sushi 'halal'
✖ suka doodle
✖ minat seni Grafiti

sebenarnya banyak lagi benda. .especially pasal ISLAM. .tapi setakat tu je la. .untuk hari nie. .penat lak nak taip panjang2. .insyaALLAH ada masa lagi saya taip yag lebih panjang. .hehhhhhheheehhehhehehehehheehhhh. .gelak sakit perut

KON - patung yang boleh bercakap dlm anime BLEACH. . :)


Syukran jazilan sudi baca apa yang saya taip2 panjang2 nie. .hehe. .
ALLAH maha besar. .PRAY for GAZA. .may ALLAH bless them. .
maafkan saya kalau ada ayat2 diatas menganggu ruang di hati korang. .
☆:*´¨`*:..:*´¨`*:.☆
saya sayang semua orang yang sayang saya. . :)
Jazakallahukhair :)
ilal liqa'
☆:*´¨`*:..:*´¨`*:.☆

© Post Original & Official®
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌
Verified Official by BudakVanilla



Saturday, 17 November 2012

FreeBies: Header Muslimah *4 transparent headers*

Assalamualaikum. .
saya menjelma lagi. .:P untuk hilangkan bosan yang melampau hingga membekukan otak yang sedia beku. .saya edit gambar2 then terus jadikannya header comel. .entah la comel ke tak. .korang boleh je ambik mna2 yang korang nak. .:) say THANKS ok?? okok. .kalau nak saya tolong wat header inbox saya di FB. .ada faham? tak faham takpe. . :P doakan saya untuk SPM jgk ok? terima kasih. .uwaaa~ terharu. .



http://1.bp.blogspot.com/-tmpexD3IQGM/UKZnoHKbanI/AAAAAAAABC0/kWruldvTrtE/s1600/freee.png


http://4.bp.blogspot.com/-8YAHiD6oDVg/UKZnpSQW6rI/AAAAAAAABC8/49GAWNZH6SI/s1600/freee1.png



http://3.bp.blogspot.com/-_mTGaF7nT7Q/UKZnrTXmWJI/AAAAAAAABDE/rhKEMtcpwOc/s1600/freee2.png



http://4.bp.blogspot.com/-k9pAaoFDQXQ/UKZnuFQOVbI/AAAAAAAABDM/JlDFNCm7bqc/s1600/freee3.png


jom kita sama2 berdoa agar ALLAH tabahkan hati pejuang2 islam dan
penduduk di bumi yang sedang berperang sekarang. .
moga ALLAH memberkati umat Islam. .



syukran jazilan sudi menengok entri yang tak seberapa
di blog simple2 nie. . :)
ampun dan maaf dipinta jika ada menyakiti sesiapa. .
BudakVanilla cuma hamba ALLAH yg xlari dari kesilapan. .
salam sayang wat semua yg menyayangi. .
~ilal liqa'~


© Post Original & Official®
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌
Verified Official by BudakVanilla

Monday, 12 November 2012

My first doodle :)

Assalamualaikum. .
apa khabar manusia sekalian alam? tengah SPM sempat gak garu2 hidung nak wat doodle. .doodle2 nie lahir dari cetusan idea haprak saya yang hampir tak jadi. .tapi bila ditengok dari sudut berbeza nampak cute la jugak. .hehe~ apepun trimalah santapan mata doodle yang tak seberapa jadi nie. .nak crita ckit. .bila free dari SPM walaupun sekejap. .masa yang terluang digunakan untuk study. .kadang2 ada gak curi masa sejam dua mencongak depan laptop gara2 nak tengok anime faveret saya. . BLEACH!!!!! apesal anime nie wat saya speechless~ hehe. . tiba2 guruh kilat menyambar. .angin yang tadinya sepoi2 indah budi bahasa bertukar menjadi angin kencang, ,kkyyaaaa~ BudakVanilla terbang ditiup angin kencang (sapa sruh kurus sangat) =,="

comel tak? tak comel? xpa la. . :P


betol2 :)


sape la tak suka ice-cream kan? yum2. . *-*



I love Islam :)

saya suka ayat2 yang mempunyai unsur islamik. . I LIKE :)


Nota kaki: semua doodle2 yang korang tengok tu. .saya sendiri yang wat. . :)
jangan copycat tanpa kebenaran k? okok +,+


hidup dalam dunia ini hanya secebis rahmat daripada ALLAH untuk kebahagiaan akhirat,
tetapi walau demikian, ALLAH memperingatkan supaya jangan lupa mengenai urusan dunia,
berbuat baik sesama manusia dan jangan jadi perosak. .
~Syukran Jazilan wat yang sudi baca entry tak seberapa nie~
ampun maaf dipinta jika ada tersalah bahasa dan kata. . :)
saya hanya manusia biasa yang tak lepas dari salah. .:P
terima kasih atas segalanya. . 
saya sayang siapa2 yang sayang saya. . :P
ilal liqa'

© Post Original & Official®
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌
Verified Official by BudakVanilla




Saturday, 27 October 2012

sabarlah sayang

Assalamualaikum. .
dipagi yang cerah dan sunyi dengan bunyi burung mencicit disana sini. .satu rasa yang aman menular ke jiwa. .syukur ya Allah. .aku sebagai hambaMu masih hidup di bumi yang penuh ranjau ini. .semakin hari ku merasakan dugaan hidup semakin memberat tatkala rasa dan perasaan seorang manusia biasa yang perlu dipimpin masih terlekat teguh dijiwa. .siapalah aku yang hendak membenci sesiapa yang juga merupakan hamba Allah. .siapalah aku yang ingin mengadili semua dosa2 yang telah dilakukan. .walaupun cerah langit disinar mentari. .mendung di jiwa tiada siapa yang tahu. .ttttaaapppiiiiii. .kau hadir bagai pelangi. .dikala hujan lebat disertai guruh. .kau datang menghulur tangan. .teguh berdiri bersamaku. .sentiasa sisiku dikala suka dan duka. .menerima aku seadanya sebagai insan lemah yang bila2 akan rebah dibumi Allah ini. .kau mewarnai duniaku yang dulunya sepi. .setia bersamaku sehingga sekarang. .terima kasih. .:) ~berkumandang lagu Bila Diri Disayangi (uk's)~

hehe~ dengan pendahuluan yg begitu hmmppphhh. .sy rasa sy patut berdiam diri. .ada kaitan ke? tapi nak cerita satu hal ini. .sy baru tau nie. .dan sy suka apa yang dimaksudkannya. .

✿~ Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati ~✿

apakah yang dimaksudkan ngan ayat 2?


~> I’m so confused <~ (=.=)'
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa ??
Then I asked my dad what’s that mean.
Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: *blur (>,<)'
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Anak: Ooooooo... Ook...(n_n)'
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak: *termakan cili . hee (",)'
♥~ So, the conclusion is...Jangan mudah terasa hati...
♥~ Maknanya kita tak redha dengan Allah...
♥~ Nanti Allah pun tak redha dengan kita...Na’uzubillah...
~♥> "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu...Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu."
Astaghfirullah al-azim...

baru la saya tau. .sy kopi pasta ayat tersebut dr 1 page di FB. .jom kita belajar untuk bersabar dan menerima redha Allah. .sabar separuh dari iman. .sy diam bukan bermakna sy takut. .sy xmelawan bukan sebab sy xde ayat nak cakap. .sebab sy hormat. .sy syg. .sy xsggup melukakan. .walaupun lukanya memang ada. .kebisuan sy melukakan. .tapi kata2 sy akn memedihkan luka tersebut . .sy belajar menerima kesalahan. .sy belajar erti kesabaran. .heee~  terima kasih!! kasih diterima. . :)




*bersabar la wahai insan lemah*
Allah sentiasa bersamamu. .
syukran jazilan sudi baca entri yang tak seberapa
di blog penuh habuk berdebu nie. . :)
ampun dan maaf dipinta jika ada menyakiti sesiapa. .
BudakVanilla cuma hamba ALLAH yg xlari dari kesilapan. .
salam sayang wat semua yg menyayangi. .
~ilal liqa'~


© Post Original & Official®
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌
Verified Official by BudakVanilla



Saturday, 6 October 2012

Doodle itu Abstrak :D

Assalamualaikum. .
segala penghuni alam semesta yang saya amat hormati. .i hormat u bila u hormat i. .ingat tu!. .sempat jugak wat intro cm2. .ingat retis nak guna u u. .i i nie. .menyampah lak -..-. .tak habis2 nak menyampah dengan diri sendiri. .hehe~ sabar jantungg. .haiii. .apa khabar penghuni alam maya? harap anda sihat2 belaka. .saya pun sihat cuma hati tak berapa sihat. .jangan tanya kenapa. .sebab saya pun tak tau. .hee~
terus ke tajuk utama. .DOODLE itu ABSTRAK. .selalunye dalam kelas bila bosan2 saya selalu mendoodle. .kalau dulu sebelum saya tau makna doodle saya selalu anggap hasil lukisan atau contengan di bawah minda separa sedar saya cuma contenganntanpa makna di atas kertas. .hehe. .~kantoi mengigau dalam kelas. .serabut dah otak. .takda kena mengena pun...

kalau kita search apa maksud doodle di wikipedia. .1st line dia. .
A doodle is an unfocused drawing made while a person's attention is otherwise occupied. Doodles are simple drawings that can have concrete representational meaning or may just be abstract shapes.Stereotypical examples of doodling are found in school notebooks, often in the margins, drawn by students daydreaming or losing interest during class

tengokk. .kan betol apa yang saya cakap. .hehe~ maknanya saya sering mimpi dalam kelas. .hahaha. .tak la jugak. .sejak fokus SPM nie. .jarang dah mendoodle di atas kertas kosong. .kadang2 dalam nota n buku teks. .jangan tiru aksi ini. . :P gambar tersebut adalah salah satu contoh doodle yang saya buat. .saya selalu buat doodle atas kertas n time boring je. .hehe. .rajin je menconteng. .belajar pun mesti la rajin jugak. . :D. .doodle nie simple jer. .tapi kalau korang nak tengok doodle yang OHSEM. .tengok kat youtube. .wooowww. .i want to doodle on my wall. .heee. .SHARPIE~

By: BudakVanilla. .~~~Doodle art is interesting :)

sedikit nasihat untuk sesiapa yang suka mendoodle menconteng atas buku teks seperti saya. .kegiatan tersebut yak elok ye. .jangan ikut jejak nie. .heee~ dan bagi semua pejuang2 SPM yang bakal menghadapi detik cemas 5 Oktober 2012. .semoga berjaya dan all the best diucapkan. .amalkan Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal. .Study Smart. . :) semoga terus dapat apa yang dihajatkan. .korang pun doa2 la untuk saya jugak. .insyaALLAH. . :)


*Syukran Jazilan sebab sudi baca entry yang entah apa2 nie. . *
ampun maaf dipinta kalau ada wat salah atau
wat anda tersinggung atau tersungging. . :P
yang baik datang dari ALLAH. .
dan yang buruk datang dari kekhilafan diri. . :)
~ilal liqa'~
saya sayang orang yang sayang saya. .:)

© Post Original & Official®
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌
Verified Official by BudakVanilla





Friday, 7 September 2012

FreeBies: headers transparent *8 headers*

Assalamualaikum. .
lamanya dah wat status kat blog nie. .dah nak berhabuk blog saya. .lama dah tak bukak. .buzy memanjang ngan study :) study la sangat ya. .SPM dah dekat sangat!!! 2 bulan je lagi. .apa2 boleh terjadi kan? hmm. .takutnyerr!!! nervous :D. .
ok la. .malas lak nak taip pamjang2. .hehe. .so taip pendek2 je la. .heee. .lama dah tak mengarut. .ok2. .di bawah adalah headers BLOG hasil edit2 oleh saya sendiri. .hehehe. .semua tu header TRANSPARENT :). .kalau nak ambik. .boleh2. .inform2 gak kt kotak comment. .kalau ada apa2 problem bgtau k. .this is my 1st try to make transparent simple header. .sekiannnnn. . :D

http://1.bp.blogspot.com/-GFY6HlcB9tU/UEoH4-nOheI/AAAAAAAAAxs/AYV-i48LQHo/s1600/transparent1.png


http://2.bp.blogspot.com/-3KcVDuK-EwU/UEoIQ6ds08I/AAAAAAAAAx0/WQCt7aFKayY/s1600/transparent2.png

http://4.bp.blogspot.com/-qYLYP6OP-e0/UEoIeXIxZPI/AAAAAAAAAx8/tm0KhAbGp48/s1600/transparent3.png

http://3.bp.blogspot.com/-OZ01NHNObt8/UEoIlggDCzI/AAAAAAAAAyE/GRUoNron9wQ/s1600/transparent4.png

http://4.bp.blogspot.com/-zCaNVx4mx5E/UEoI0Dl-N1I/AAAAAAAAAyM/6B6rJ5s46dw/s1600/transparent5.png

http://1.bp.blogspot.com/-AiO8p_zVR5k/UEoJDGbVWqI/AAAAAAAAAyU/Pi4sjb-TWV4/s1600/transparent7.png

http://3.bp.blogspot.com/-JU0i2t_C7zw/UEoJWAzH1pI/AAAAAAAAAyc/J7GtP3N50bw/s1600/transparent8.png

http://4.bp.blogspot.com/-tJN841xzOUM/UEoJq7ZOpNI/AAAAAAAAAyk/m0Mjjukcxao/s1600/transparent10.png


okok. .sekian saja header simple. . :)
Syukran Jazilan sudi tengok2 cnie. . :)
~Jazakallahukhair~
ilal liqa'

nota kaki: kalau nak sy tolong wat header transparent utk blog kamu. .juz inbox sy di FB :)

© Post Original & Official®
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌
Verified Official by BudakVanilla


Wednesday, 15 August 2012

Raya oh raya oh raya!!!??

Assalamualaikum. .
sedang duduk di tepi pintu memerhatikan bintang berkelipan di langit. .indahnya suasana malam nie. .tiba2 bunyi letupan besar kedengaran "KeBabOOommmm" seiring dengan bunyi latah mak cik sebelah rumah. .rupa2nya ada orang main mercun sebelah rumah. .saya yang sedang enak melayan malam2 terakhir ramadhan turut terkejut beruk mengenangkan karenah manusia zaman sekarang yang cukup pelik. .berapa banyak dah kes putus jari, putus tangan, putus segala2nya akibat main mercun. .tapi orang tak jugak sedar2 bahaya main mercun nie. .katanya tak main mercun dekat2 nak raya nie memang macam tak sah. .macam tak meriah. .agak2 korang, betol tak camtu? tak betol2. .bomm bomm bunyi mercun. .buat bising je. .menganggu ketenangan mak cik yang buat persiapan raya. .sebab asyik sibuk melatah mengalahkan rappers :D. .eh2. .cam lari dari tajuk lak. .bukan lari pun. .cuma jogging2 je. .heee


ok2. .terus ke tajuk kita hari nie. .hari raya dah boleh dikira dengan jari dah mulai sekarang. .yang main mercun tu hati2 la. .takut hilang jari. .tak dapat lak nak kira beberapa lagi hari nak raya. .hee. .gurau je. .jangan marah. .raya memang dah dekat sangat. .macam mana ngan persiapan raya korang? dah beli baju baru? dah wat biskut, kuih2 raya apa semua? dah sedia nak balik kampung? dah pasang lampu lip lap supaya rumah korang terang benderang time raya nie? dah naikkan langsir baru? dah cat rumah? semua dah buat? puas hati semua? hee. .
nak cerita macam mana lak persiapan raya kali nie. .tahun nie raya tak gempak2 sangat macam tahun lepas. .hehe. .raya tak wat banyak sangat biskut cam tahun lepas. .mak pun buzy ckit sampai la hari nie ngan bisnes dia yang semakin maju. .shopping raya lak camne? shopping ngan adik sangat memeningkan. .malas betol nak pilih2 baju. .so ambik baju paling murah. .beli. .hhaha. .yeah. .saya no sense in fashion. .just interest in certain style of hijab. .yeah right. .tak sabar nak tengok lampu lip lap berkelip2 di rumah jiran. .asyik rumah jiran je kan. .rumah sendiri takda lampu lip lap. .cuma ada lampu kalimantang. .nak tengok? tengok la. .cantik jugak. .hee


bila dah kenang2 raya nie rasa sedih lak kan. .napa sedih? KERANA saya semakin tua matang sekarang. .tak boleh lagi jadi cam budak2 yang main redah je rumah orang yang tak dikenal gara2 nak kumpul duit raya. .nak cerita gak pengalaman raya kat kampung masa kecik2 dulu. .saya, adik dan para sepupu hari raya pertama memang sibuk mengalahkan orang yang bekerja. .hee. .sibuk redah rumah orang yang tak dikenali. .kalau rumah tu ada gula2. .ambik simpan banyak2 dalam kocek baju takpun beg kecik yang mak sediakan untuk simpan duit raya. .bila dah sampai rumah para sepupu sibuk bandingkan berapa banyak gula2 yang dikumpul. .tu dulu2 masa kecik2. .malam2 lak sibuk main bunga api. .nak main mercun tak berani lak. .budak2 memang tak sedar dunia bila raya. .juz tau erti keseronokan. .bila dah 'dewasa' camnie. .bila raya asyik buzy memanjang. .buzy watpenye?? buzy layan tetamu datang rumah. .cuci pinggan mangkuk entah apa. .tapi kadang best jugak. .best apa?? entah la sebab dah matang kot. .orang tak anggap cam budak2 lagi..tak perlu ditegur. .hee. .macam lain kan?? tapi sayang. .orang dah tak nak bagi duit raya lagi kat kita. .mak ngan bapak ada la bagi ckit2. .harap2 tahun nie dapat duit raya. .heeee. .duit. . .duit. . .mata duitan sungguh. .tidak2. .:D


bila dah dekat nak raya nie. .ingat2 la amalan baek jugak. .jangan terlalu sibuk bagaikan nak rak dengan persiapan raya je. .amalkan bersederhana ya. .bila dah raya nanti banyak2kan amalan baik cam bagi duit raya ke?? apa ke?? sedekah jugak tu. .mesti ikhlas tau. .ada sesiapa nak bagi duit raya kat saya? seringgit pun takpe. . (haahhaa. .kecian lak ngan diri sendiri). .wow. .panjang gila entry kali nie. .heee. .bukan selalu pun wat entry panjang2 camnie. .bukan ada orang nak baca sangat pun. . :). .sekarang saya dihinggapi flu atau selesema. .running nose. .heee. .sibuk2 wat entry panjang. .sekali bersin. .berterabur hingus atas keyboard lappy. .yukksss. .pengotornya. .hehe. .harap cepat baik sebelum raya. .tak nak la raya sakit2 kan. .so jaga la kesihatan korang baik2 ye. .then, 1 lagi. .Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. .saja nak wish awal2. .takut tak sempat nak update blog bila raya nanti. .(≧ω≦) ampun maaf dipinta. . :)


sidebar picture for muslim blogger *freebies*

http://4.bp.blogspot.com/-MPR-iYZPCaI/UCrzFP1CJCI/AAAAAAAAAs4/7C-ASD5zohs/s1600/muslim+blogger+-gurl.jpg


http://2.bp.blogspot.com/-qcIZIlcdWoU/UCrzINClxvI/AAAAAAAAAtA/SEqYVh4eOHk/s1600/muslim+blogger-guy.jpg

korang boleh ambil dan letak di sidebar atau mana2 korang suka. .no hal punya. . (∪ ◡ ∪). .proudly Muslim bloggers right? hehe. .ok la. .sampai disini saja entri kali nie. .ampun maaf dipinta kalau ada ayat yang buat anda tak senang duduk disitu. .✖‿✖ mmmmaaaaaaaaaffffff saya tak sengaja. .
Syukran sudi baca entri tak seberapa
~Jazakallahukhair~
*ilal liqa' (jumpa lagi)*

© Post Original & Official®
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌
Verified Official by BudakVanilla

Wednesday, 1 August 2012

dugaanku ketika ramadhan *lucu ke?*

Assalamualaikum. .
wow. .dah seminggu kita berpuasa. .alhamdulillah setakat nie puasa saya penuh. .hehe. .bangga konon. .budak2 pun pandai. . :) bulan puasa nie memang banyak yang best. .banyak gak dugaannya. .camne dugaan puasa korang? amacam? ada yang mengugat iman tak? biasa la. . :). .nak crita pasal dugaan saya lak pada bulan yang mulia nie. .dugaan saya tak la sebesar dugaan Rasulullah. .tak jugak sekecik kuman protozoa. .sememangnya dugaan yang sederhana yang kadang2 boleh mengugat keimanan n pahala puasa saya. .rasanya korang pun mesti ada yang camtu. .antara dugaan demi dugaan yang dilalui ketika puasa ialah


*jalan kaki balik dari sekolah*
sekolah saya kira jauh dari rumah. .ambik masa lebih kurang 30 minit dari rumah. .kalau pagi2 bapak selalu hantar saya n adik. .tapi bila dah balik. .saya selalu jalan kaki sorang2. .sorang2 tu. .adik saya balik awal2. .masa kami balik tak sama langsung. .dah la balik tu masa petang2. .melintas lak kat kawasan rumah kedai yang ada anjing2 garang, pekerja warga asing. .bila balik sorang2 camtu macam2 yang saya fikir. .kadang2 bila terserempak dengan anjing2 separa garang. .rasa nak cabutt n nangis je. .tapi mengenangkan puasa takut penat lari2. .takut makruh nangis2. .kita tahan je la. .lagipun ada orang bagitau kalau kita takut ngan anjing tu n terus lari ala atlet olimpik. .anjing tu akan kejar kita. .heeee. .serammm! tak pe la. .pastu. .melintas lak jalan besar yang banyak kenderaan tanpa jejantas. .uwaaa. .saya bab melintas nie dah la kureng ckit. .nak melintas pun kadang2 pegang baju or tangan mak, adik2. .cam budak kecik. .dah besar2 tak pandai melintas. .bila dah melintas sorang2 jadi gelabah. .lutut pun bergegar. .alahai. .tunggu jalan betol kosong tanpa kenderaan baru berani berlari dengan pantas keseberang sambil mengucapkan alhamdulillah sebab masih hidup. .tabahkan la diriku ya ALLAH. .


*tertengok aurat*
haaa! nie paling banyak orang terbuat secara sengaja atau tidak sengaja. .astaghfirullalazim. .biarkan perkara nie nampak ringan. .tapi memang berat. .kat mana kita nampak aurat nie? kat mana lagi kalau tak kat tv. .facebook. .bazaar. .kat blog pun ada jugak yang dedah aurat. .kalau perempuan ngan perempuan kira ok lagi. .kalau lelaki yang tertengok aurat tu. .kan dah kurang pahala puasa. .so bagi perempuan yang auratnya terdedah. .tutup2 la time bulan puasa nie. .cian kat lelaki yang pi bazaar tu. .kurang pahala diaorang klu tertengok2. .n wat lelaki lak. .tunduk2 kan la pandangan mata ultra laser korang tu. .tau la mata lorang tu mengancam. .heeee. .dah2. .buat peminat drama sinetron n telenovela tu lak. .bulan puasa nie. .kurangkan tengok crita camtu. .n tengok la rancangan yang berunsurkan islamik ckit. .kehkeh. .kan bertambah pahala n amalan kita. .alhamdulillah. .bijaknya berceloteh cnie. .tapi diri sendiri tak buat. .hehe. .betol la. .jangan mudah tergoda tau. .tak elok. .tak elok. .


*tercium bau makanan*
nie semua orang tau. .xyah nak crita. . :P
sape la tak terliur kalau tercium bau kari masak ayam yang berkualiti terbaik dari ladang datang dari arah rumah jiran sebelah depan belakang kiri kanan semua la. .angin yang bawak. .jangan salahkan angin yang membawa bau tu. .salahkan diri sendiri yang tercium. .so bila tercium bau2 keenakkan nie. .cepat2 la tutup idong. .takyah la nak kembangkan idong n sedut bau tu dalam2. .wow. .makruh puasa nanti. .tapi kadang2 bila kaum hawa tolong2 mak masak di dapur pun tercium jugak kan? ada ke yang terus tergoda? rasanya takda la kot. .hehehe .doa2 la ya. .moga dikuatkan iman kita, ,kuatkanlah imanku ya Allah. .insyaallah. .o(≧o≦)o

setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. . :)

yeeehhh. .sampai cnie saja celoteh kita hari nie. . :)
sebenarnya banyak dugaan puasa nie. .tapi cukup la setakat tu yang saya senaraikan. . :D
maafkan saya jika ada yang berkecik hati dengan ayat2 saya. .
saya tak maksudkan siapa2 pun. .cuma untuk diri saya sendiri dan jadi teladan untuk korang jugak. .
heeee. .senyum selalu. .jangan masam2. . (∪ ◡ ∪) 
syukran jazilan sudi baca
jazakallhukhair:)
ilal' liqa :)
><(((°> ¸.•´¯`•.¸¸><((((º> ¸.•´¯`•.¸¸><((((º>

© Post Original & Official®
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌
Verified Official by BudakVanilla